Followers

Friday, March 27, 2009

Sepanjang hayat 45 - Tunggu Komen.

Saya masih menunggu kalau kalau ada ahli ahli PPKM yang komen entri ke 44 saya bth.pada 26 Mac 2009 yg lalu. Sudah melebihi satu hari masih belum ada. Jika tidak ada jelaslah bahawa mereka ini sememangnya sudah tua, dah tak ghot (rot) lagi. Jadi buat apalah nak cadang perkara perkara yang bukan lawan mereka itu lagi? Bukankah buang masa namanya.

Kalau saya panjang umur, dalam mesyuarat agung tahun depan, saya nak jual akar kayu, spt tongkat ali, lebai samad, tunjang bumi, tengkuk biawak, ubi jaga,rempah gunung,akar sambau, akar lalang, jerangau dan lain lain lagi. Sya nak kempen dan syor kepada ahli ahli PPKM supaya makan benda benda ini. Rebus akar kayu ini dengan air sebanyak 3 cupak, jadikan dia satu gelas kecil dan minum. Tengok apa jadi. Lepas tu barulah ada tenaga nak buka kedai baru, nak piket, nak berarak anti PPSMI dan lain lain.

Sekurang kurangnya dengan tenaga itu nanti, sempatlah nak pangkah calun pilihanaraya dalam PRU 13 nanti. Jangan biarkan orang muda sahaja. Macamlah orang tua ahli ahli PPKM ini teruk sangat. Tetapi kalau tak ghot juga, kita kadurlah ke diri kita ni dah tua. Ikut sajalah apa si Najib cakap. Jangan dengar sangat cakap Mahathir tu, sebab diapun dah tua macam kita juga, ha ha ha...

9 comments:

  1. tak ada orang komen, saya nak komen dulu lah

    ReplyDelete
  2. Adat “ mencerang”
    Menyemai di bencah, menuai di bukit,
    Belaukar di rempuh denai di rintis
    Pancang” di pacak,Pawang di panggil.

    "Kemiyan”dibakar dalam tempurung,
    Takut ketegur Puaka di rimba
    Masa di ambil selepas tiga senja,
    Tebang menebang, tebas menebas,
    Habis bertempiaran cicak mengkarung

    Riuh rendah seluruh rimba,
    "Senekah” dan “ Kuang” bersaut sautan
    Tupai dan kera lari bercempera
    Kelawar berterbangan tidak ketahuan,
    “Menkubung melayang ,terdakap pohon keruing,

    Beliung diasah Kapak dan parang tersedia
    Gergaji panjang sedepa,di arak seluruh hutan,
    Seluruh belantara gegak gempita,
    Kayu kayan,kecil besar, tidak di kira,
    Ibarat di rempuh gergasi jantan kehilangan bini,

    Pohon tualang di sentuh jangan..
    takut berpuaka bergigi jarang,
    Tunggul Banir berlumut hijau jangan di terjah,
    Takut tersampuk gelatang gajah,

    Bercakap besar jangan sekali,
    Penunggu hutan senantiasa memerahati,
    Silap gaya seluruh kampung,terkena badi,
    Badan mengeletar dari malam bawa ke pagi,

    Nasihat Tok pawang mesti di patuhi
    Pantang larang kena ikuti,
    Supaya tak meracau di malam hari,

    Hutan dan belukar sudah bertukar,
    Menjadi abu dan bara kayu,
    Guruh di langit mula terdengar..
    sayup dan hiba di dalam hati,
    Tanda Hujan turun hingga ke pagi,
    Baru belukar menjadi “ Cerang “

    ReplyDelete
  3. Salam PakNgah...
    tak ramai yang sanggup mengaku kekurangan diri..
    apatah lagi mereka yang dah ada banyak pengalaman hidup.

    Hidup Pakngah !

    hahaha saya tak boleh komen banyak - banyak , isu sensitif ni ...

    ReplyDelete
  4. salam...pak cik...

    story pakcik best la...lucu plak tue.....lbh kurang cam ank pak cik la kan....tp sebab pakcik senior...mesti die tiru pak cik kan...heeee...

    pe2 pun chaiyok pak cik...biar tua asal perjuangan tuk negara tue ade...

    biar apa org nk kate...kita juga manusia biase...heeee..

    btulkan pak cik...rukia berkata-kata.....
    PEaCE!

    ReplyDelete
  5. Che Awang Muda, salam...
    Mana komennya?....

    ReplyDelete
  6. Mdsuak, salam...
    Itulah Adat. Adat adat ini belum terpinggir, masih digunakan disesetengan orang dan tempat. Adat adat ini akhirnya teramkum sebagai Petua. Petua lebih berkesan dpd.Ilmu.

    Org cina misalnya, apabila hendak memulakan kerja mereka kena membakar colok, dirikan tokong kecil besar, makan besar dsbg nya, sebagai menghormati dan mendapat restu dpd yg ghaib.

    Alam kita ni ada dua - Alam nyata dan Alam ghaib. Alam nyata ialah tempat benda benda yang nampak dan Alam ghaib tempat benda benda yg kita tidak nampak, tetapi kedua dua alam ini masih diatas satu tempat bernama dunia (Alam sejagat)

    Org sekarang tak percaya adat - katanya karut, tahyul dan bidaah. Justeru takde pantang larang, takde pedinding, takde pembias dan semenya takde. Org tua tua kata, jangan langgar pantang larang. Kalau langgar tak patah kiat.

    ReplyDelete
  7. terra ida,salam...
    Pakngah suka bercakap mengenai perkara yg berat berat, bukan politik, bukan ekonomi bukn juga sosial tetapi hal yg bersangkut dgn kehidupan yg hakiki dan tersembunyi. Misalnya hal Ketuhanan,bak amalan dan meditasi. Kalau campur, sila ikut..

    ReplyDelete
  8. rukia, salam....
    Belum pasti, samada pakcik ikut style dia atau dia ikut pacik. Pakcik tahu main blog Pi yg ajar. Tapi 2 X 5 samalah tu, he he he. T,kasih ikut blog pakcik.

    ReplyDelete
  9. salam pak cik...

    x kira la saper ikut saper...rukia sajer jer nk ngusik....heee...

    bila rukia amati wajah cucu pak cik kat blog nie....rukia dapat rasekan ketenangan...
    seronok tgk depa tersenyum...
    senyuman yg iklas dr hati yg suci...

    rukia pun x tahu...ader ker senyuman tue dlam diri rukia ketika seusia ngan depa...

    errmmmm...pe2 pun sye akan jd follower setia pak cik k.....

    chaiyok!...teruskan citer ...sye x sabo nk dgr lagi nie...heeee..PeACE!

    ReplyDelete