Followers

Saturday, March 28, 2009

Sepanjang hayat 46 - Lapan tahun jadi orang Bujang Bhg.1.

Tempat yang saya suka bertandang ialah ke rumah Pak Lah (bukan PM) di Kg.Keledek. Pak Lah bercakap sleng Kedah campur Siam. Dia cuba bawa sleng tempatan tetapi tak menjadi. Ada masa susah nak faham sleng Pak Lah ini. Pak Lah dilahirkan di Myamar/Burmah di sebuah kampung melayu beragama Islam, di selatan Myamar bersempada dengan Thailands di mana orangnya bercakap melayu loghat Kedah dan menjadi anak tiri kepada Kerajaan Myamar.

Pak Lah nama penuhnya ialah Abdullah dan ayahnya bernama Ahmad @ Abdullah bin Ahmad.

Ahmad sewaktu usia 20han ditangkap Jepun lalu di bawa ke Thailand jadi buruh paksa k'api maut. Menjadi buruh k'api maut sangat susah, sangat menderita, segala macam penderitaan dideritanya. Orang mati setiap hari, mati sakit mati kelaparan dan segala macam kematian. Dalam keadaan yang serba susah dan derita itu, Ahamd dapat meloloskan diri lalu lari. Lari punya lari sampailah dia ke sebuah kampung di selatan Burma bersempadan dengan Thai. Berkahwin di sana dan dapatlah Pak Lah dengan beberapa orang adik beradik.

Ahmad sekarang sudah balik ke Malaysia, ke Kuala Lipis dan ke kampungnya di Keledek. Masih sehat dan setelah ibu Pak Lah meninggal dia kahwin lagi dasn sekarang hiduplah dia aman damai di samping isteri tempatan dikelilingi anak cucunya yang ramai.

Pak Lah dalam masa singkat dapat kewargaanegaraan Malaysia dan mudah di terima menjadi peneroka di Felda Chegar Perah. Beberapa tahun kemudian Pak Lah menyerahkan tanah Felda kepada anak sulungnya lalu menetap di Kg.Keledek.

Yang istimewanya Pak Lah ini cukup kuat beramal, tak pernah tinggal solat 5 waktu. Dia buat pondok ala surau hampir rumahnya sebagai tempat dia beramal. Saya sering ke pondoknya berbual, bersembang dan bercerita. Bila ke pondoknya, orang rumahnya mesti hantar air minuman tak kira waktu, baik siang atau malam. Lepas itu kena makan nasi pula. Itulah Pak lah dan keluarganya di antara orang yang saya kira sangat baik hati.

Menurut Pak Lah di Thailands tempat dia belajar agama Islam, para jemaah dan orang ramai tidak buat muzakarah atau ceramah atau belajar mengaji dalam masjid apatah lagi berhampiran dengan mimbar. Kalau buatpun, tempatnya di Balaisah atau di ruang kakilima masjid. Katanya, masjid ialah tempat orang bersolat. Kalau buat ceramah di situ tentulah mengganggu orang bersolat. Lain sangat dengan kita di Malaysia ini, buat ceramah atau muzakarah dalam masjid dan orang lain kalau nak solat kena buat di luar atau di kakilima masjid. Terbalik bukan? Justeru, bolehkah kita ambil kira bahawa inilah di antara faktor orang kurang mahu datang ke masjid.

Sementara itu, Pak Lah banyak ilmunya baik dunia mahupun akhirat. Antara ilmunya, dia telus Alam Ghaib. Orang Alam Ghaib seperti orang bunian duduk atas dunia sama dengan kita. Kalau ambil kira dunia kita ini padat dengan makhluk Tuhan, termasuk manusia, jin, syaitan, manusia bunian, haiwan unggas dan segalanya. Masya Allah...

3 comments:

  1. Salam ziarah..
    betul juga pendapat Pak Lah tu kan..bila ceramah dibuat di dewan masjid..guru pulak duduk depan mimbar..terpaksalah orang yg nak solat bentang sejadah kat kaki lima..

    ReplyDelete
  2. salam pak cik...

    alhamdulillah Pak Lah masih lagi di beri peluang yang cerah dan tenang utk meneruskan kehidupan yer....walaupun zaman lampau PaK Lah sgt perit dan menderita...tp Pak Lah di beri nikmat yg x terhingga oleh ALLAH s.w.t hingga ke hari ini....Dan kita sbg manusia biase seharusnya bersyukur atas nikmat dunia yg kita ada sekarang ni....kita tak tahu lagi adakah kita akan merasa nikmat yang sama di alam kebangkitan semula nanti...

    Pe2 pun bljr dr pengalaman itu boleh mematangkan diri kitakan pakcik..

    Biarlah kita berkongsi hidup dgn makhluk lain di ats muka bumi ini...tp amal yg kita bawa ke alam kebangkitan nanti ...tdk mungkin dapat kita kongsi bersama dengan yang lain...

    heeee...
    OK nanti sampaikan salam rukia kat Pak Lah yer pakcik...

    Chaiyok teruskan perjuangan ilmu mu itu hingga ke akhir hayat..

    tok pak cik Hasyim yg Rukia hormati&kagumi...semoga pakcik berada dikalangan org2 yg diberkati ALLaH dan semoga di panjangkan umur dan di beri kesihatan yang sihat sepanjang hayatmu...

    :))PeAcE!...

    ReplyDelete
  3. PINATBATE

    dan

    rukian kuchiki

    Salam,......

    Terima kasih kerana berkunjung ke halaman Pakcik. Itulah diantara benda benda yang wujud dan mempunyai pengertian yg berlainan. Oleh itu kita harus bijak pula memilih berasas kpd keilmuan dan akal.

    ReplyDelete