Followers

Friday, April 17, 2009

Sepanjang hayat 61 - Alahai Orang Pencen...

Orang pencen, orang pencen!!!!

Diperhentian bas lama, dibandar baru yang sudah menjadi lama, di atas bangku panjang diperbuat daripada batu, bersebelahan dengan orang hindu penjual surat khabar ala candy shop, beratap dan bercat kuning, tempat orang menunggu bas sebenarnya, telah dimonopoli oleh orang orang pencen. Semua orang pencen berkumpul disitu. Dari jam 8.00 pagi hingga jam 10.00, tak ada muka lain, yang kurus kering, yang gemuk lembam, yang terjebit, yang sedang menahan sakit, yang nak bangun berpapah, yang nak duduk mengaduh semua ada, dan semuanya masih gian hendak bercerita , mendengar cerita dan membawa cerita. Aduh! pengsan!

Orang orang pencen dari segala kategori ini adalah dari kaum cikgu, ustaz, pegawai kerani, pegawai luar, buruh dan sebagainya semuanya ada. Tidak ketinggalan yang baru nak kena sakit, dah kena sakit, sedang menderita sakit dan yang baru keluar dari rumah sakit. Semua jenis sakit mereka ada, yang kencing manis kencing tawar, darah tinggi dan rendah, sakit lutut malah yang sakit buah pinggang pun ada. Yang kena gout terdengkut dengkut, yang kena prostat sekejap terkencing dan sekejap terkencing, yang batuk terkekeh kekeh. Aduh macam macam. Kasihan!!!

Ceritanya, cerita hal sakit. Ada yang baru kena satu penyakit, ada yang kena dua jenis penyakit dan ada yang monopoli semua tiga jenis sakit. Namun begitu yang hisap rokok terus hisap rokok. Yang kelakar pula, ada yang membariskan beberapa batang pena penuh di saku bajunya, seolah olah dia belum pencen.

"Bukan ada dakwat lagi tu, dakwatnya dah kering". Lalu mereka tergelak Bagus lah ada kelakar, ada keriangan, boleh menambah sahari lagi usia mereka.

Lalu ada seorang yang memperlahankan keretanya dihadapan barisan hardcore disitu,
"Oi, sedara, kawan kita tu, semalam dah pergi dah jalan."
"Sapaaa?"
"Sapa lagi, yang lelah tu leee..."
Ramai ramai,"Inna lillah hu wa inna ilaihi ro jiuun..."

Sudah minum teh tarik, beli senaskah Sinar Harian, dan beli sayur sikit, mereka pun belah.

Kalau tak percaya, tuan tuan datang esok.....

2 comments:

  1. Salam PakNgah,
    Saya rasa aktiviti sosial di atas baik untuk kesihatan Warga Emas atau orang pencen.
    Sekurang - kurangnya , sel - sel otak mereka bekerja untuk berfikir dan seterusnya bercambah. Ini boleh mengelakkan simptom hilang ingatan / nyayuk.

    oohhh ini cerita mereka yang baca akhbar Sinar Harian . Sedangkan Pakngah baca The Star !
    hahahaa...

    p/s Makngah dah tengok ker gambar2 yang saya ambil di rumah Pakngah tu...

    Saya suka tengok Gambar Pipi bersama adik2nya yang masih kecil. Kalau tak silap sibongsu berdiri sebelah PiPi. Saya suka famili potret.
    Dengan adanya gambar2 seperti itu , kita adik beradik tak perlu bergaduh hanya kerana hal2 dunia. Saya nak marahkan adik2 pun tak sampai hati... kalau terkenangkan gambar2 mereka ketika bayi.
    Saya pun hairan mengapa bila usia bertambah lanjut , ada setengah adik beradik boleh berpecah belah. eh saya tidak bercerita tentang
    adik beradik saya. Kami ok.
    Cuma hairan mengapa ada adik beradik boleh bergaduh dan tak bertegur sapa, merugikan masa sahaja. Hidup atas dunia ni dah ler kejap.

    Pada pendapat PakNgah , apa yang menyebabkan berlakunya hal ini ?
    (hahaha... saya dah buat topik sendiri ni )

    ReplyDelete
  2. Ida,salam....
    Pakngah cerita fasal orang pencen. Yang pencen tu P,ngalah. Cerita p'ngahlah tu. Itulah hakikat orang berpencen.
    Pesara melayu tak ada duit, kalau adapun mereka bukan nak beli ubat, nak sihatkan badan. Apa yg mereka fikir simpan duit nak naik haji. Tak sedar dirinya sakit. Bila berjumpa sesama pencen, topik nya "gona aok, darah tinggi naik, gout ke , kencing manis ke makan ubat apa, kawan ada akar kayu. Kalau aok nok kawan boleh beri. Rialitinya pesara memang suka kena sakit,Kalau sudah sakit baru ada topik cerita.

    Makngah nak minta gambar sekeping dua untuk album dia. Boleh beri tak?

    Pergeseran adik beradik tu biasalah Ida. Carik carik bulu ayam. Tetapi ada yg serius. Bila sampai tahap serius atau ke tahap "kasih saudara sama berada", susahlah sikit. Adik beradik klu boleh jgn duduk dekat ., biar jauh sikit.Kalau dekat ada persaingan tertentu - materials. Klu kita duduk berjiran, jiran tu sahabat. "kasih sahabat menutup malu" Jadi biar sahabat pd adik beradik. kalau begitu biarlah berkasih jauh.

    ReplyDelete