Followers

Thursday, April 16, 2009

Sepanjang hayat 60 - Kuala Lipis dahulu dan sekarang ,Penggal 5.

Bercakap mengenai tempat tempat untuk mengadakan perjumpaan, perhimpunan, mesyuarat agung, kursus, forum, latihan malah untuk kenduri nikah kahwin pun,Lipis tiada masalah. Tempah dan bayar. Mudahkan!...

Majlis Daerah ada 2 dewan
Bangunan UMNO ada 1 dewan besar,
Centre point Hotel ada 2 dewan besar dan 2 dewan kecil,
PERKIM ada 1 dewan boleh memuat lebih 30 orang,
Pertubuhan Peladang ada 1 dewan capasiti sama dgn PERKIM,
Inst.Pertanian ada 1 dewan,
Pahang Club ada 1 dewan terbuka,
Dewan dewan lain dibawah jagaan JKKK sekitar 6 km radius terdapat di Tempoyang, Penjom, Kuala Lanar, tidak termasuk dewan dewan di sekolah, Maktab dan kelab kelab cina.

Dewan dewan ini semua macam tak berfungsi, tidak digunakan dengan baik dan untuk kebaikan orang ramai. Agaknya tidak ada aktiviti yang perlu menggunakan dewan. NGO tidak berfungsi dan tidak ada aktiviti.

Apa guna dewan itu dibuat? Untuk apa?

Mana Persatuan Belia,
Mana Persatuan Penulis, dpmp misalnya,
Mana Persatuan Orang Pencen,
Mana Persatuan Bekas Tentera dan Polis,
Mana Biro Biro dalam Persatuan itu,
Mana, mana ada.

Dahulu saya pernah syorkan pada orang politik, supaya buat aktiviti seperti mengadakan forum, polimik,pidato latihan (tari menari cha cha & rumba), sekali seminggu setiap malam minggu sebagai latihan dan mengsah bakat bakat muda dan yang terpendam.Hal ini patut dianjurkan oleh Biro Kebudayaan UMNO, seperti pernah dibuat dalam kenpen minggu dan bulan bahasa dulu.

Sekiranya syor itu diterima dan dipraktikkan, tentulah sekarang masalah tidak timbul untuk mendapatkan pensyarah, pemidato bagi mengadakan kursus kursus politik UMNO yang sekarang semakin serong dipandang orang.

9 comments:

  1. Salam pakcik,
    saya rasa mungkin sayalah yang termuda mengikuti DPMP satu masa dulu,waktu itu saya cuma 13 tahun je.(Mentakab)dibawah En.Rosscik dan Cikgu Jalil.
    Kami beraktiviti hanya menggunakan kantin Sek.Keb.Abu Bakar sahaja,mungkin usaha Cikgu Jalil kot.Banyak kekurangan di waktu itu tapi hasil semangat dan latihan di situ kami pernah membuat persembahan di beberapa tempat.
    Persatuan Belia???Abah saya pernah menerajui Persatuan Belia di tahun 70 an di Port Klang.Saya juga pernah aktif dengan belia diakhir 80 an,dan saya telah menjelajah hampir separuh semenanjung kerana aktiviti yang dianjurkan.Kegemilangan Persatuan Belia di zaman abah berbeza dengan saya dan sekarang,zaman anak saya,Persatuan Belia dah semakin hilang taringnya...
    Dimana silapnya???

    ReplyDelete
  2. Salam Pakngah,
    dekat Kg Sega , ada pusat Belia 4B. Kagum juga saya...
    Tapi kata 2 pupu saya, mereka dah tak aktif , sebab Ketua yang rajin dan aktif dah kerja kat bandar / KL .Sudah tiada pengganti. Kat Sega itu juga ada perpustakaan yang menyediakan perkhidmatan internet. Tapi tak ramai pula yang nak menggunakannya .

    ReplyDelete
  3. hai, salam...
    Kamu pun ikut aktif dlm DPMP & 4B. Awal 80 p'cik Peng. Belia 4B Daerah Lipis. Pertengahan 80 p'cik di Ktn ikut aktif DPMP.( pengikut sampai skrng).

    Cikgu Jalil,rasa rasa p,cik kenal. Orangnya pendek je bukan tapi ada personaliti. Dengar dia dah lama aruah.

    Silap Belia ni pada Pemimpinnya. Bos no.1 UMNO. UMNO fikir dia sudah kuat, le ni terkangkang kangkang. Budak muda habih lari.

    ReplyDelete
  4. Ida, salam...
    Kampung aok tu bukan tak canggih, mmg canggih.
    Apa kurangnya Kg Sega hah?.

    Orang orangnya cerdik cerdik belaka, tapi setakat kedai kopi,tak lepas kemana.

    Pegang jawatan tinggi, besar, panjang sampai jadi menteri tak ada. Penghuruhara banyak.Ha ha ha...
    Tak lama komputer tu semua akan jadi sarang lelabah le.ha ha ha...

    ReplyDelete
  5. aslamualaikum..
    dalam posting yang lepas pakcik ada mencari...
    pakcik leh refer orang ni Haji Tengku Mustapha b Haji Seti Al Rawa tempat Kampung Bengkeng, Dong, Raub, Pahang

    ReplyDelete
  6. atau di sini http://www.naqshabandi.blogspot.com

    tapi lokasi jauh..nak hubungi senang siki sebab ada map nga alamat serta phone no

    semoga pakcik selamat muhamad

    ReplyDelete
  7. Salam pakcik,
    Saya dah lama meninggalkan DPMP,saya tak tau pun pasal 'aruah'.Saya rasa betul,dia orangnya tidak tinggi dan kulit cerah,smart.
    Saya cuma aktif DPMP tahun 83-84 je,then pindah ke Felda,terus terputus ngan diorang.Che Rosschik,pindah ke Bentong,saya pernah lihat dia memegang watak2 kecil dalam beberapa drama di tv dan pernah berlakon dalam satu filem bersama Sarimah.
    Saya belajar di Kuantan tahun 86,saya ada kawan seorang penulis,tak tau pakcik kenal ke..Amaruszati Noor Rahim.
    Pasal Belia 4B ni,sebenarnya saya bergerak sendiri,saya frust ngan persatuan yang tak profesional langsung.Saya AJK ketika umur 18 tahun.bila mesyuarat, selalu tak tepati masa,kadang lewat sampai 1-2 jam,bendahari x bawak penyata kewangan dan ramai cam blur je.padahal saya yang paling muda.
    akhirnya saya pergi ke pej.belia daerah Temerloh,jumpa pegawai dia dan saya mohon untuk mengikuti apa2 kursus yang sesuai untuk saya.
    Dari situ saya aktif sensorang.
    Di usia yang sama,saya juga pernah jadi pemerhati mesyuarat UMNO di Dewan Temerloh,jiwa saya tak leh nak g la pakcik,diorang ni pantang ada seorang yang memuji orang lain maka naik ramai lagi perwakilan yang menambah pujian tu dengan pidato yang berdegar2.Itu lah kali pertama dan terakhir saya join diorang ni..sungguh, saya meluat...

    ReplyDelete
  8. slk,
    Assalamualaikum...,
    Saya tak berapa ingat samada saya ada menyentuh hal ini dlm entri yang lepas. Tapi tak apa.

    Saya kenal Almarhum Tengku Hj.Mustapha bin Tg.Hj.Seti tetapi tidak rapat.Zaman muda adalah spt anak muda lain juga. Minat music. Bila dewasa mencebur diri dlm bidang politik. Dipilih utk bertanding dlm PR atas tiket UMNO / Perikatan/ Barisan.Menang. Penggal akhir sebagai ahli Dewan dilantik Speaker Dewan Negeri Pahang. Selepas bersara beliau mencebur diri ke bidang Tarikat Naqshabandi lalu menjadi khalipah di Surau Jeram Pankin, Dong Raub hingga akhir hayatnya.

    Itu saja yg saya tahu. Hubungi saya jika ada kelapangan. Selamat Muhammad.

    ReplyDelete
  9. hai, salam...,
    Banyak juga pengorbanan kamu di bidang sosial. Skrng belum berhenti lagi bukan, sekadar tidak aktif sahaja. Bagus la tu, sekurang kurangnya ada sesuatu yang boleh dijadikan nostalgia di masa tua nanti. Ada kenangan utk anak anak di hari depan.

    Bila org tanya fasal belia , fasal penulisan, kita ada modal, ada sesuatu yang kita boleh perkatakan. Jumpa lagi....

    ReplyDelete