Apa pendapat anda mengenai "Tua itu Tuah dan Muda itu Mudah"!!!!
Bagi saya, tua itu tuah, kerana tuahnya banyak, hidup lama misalnya. Tulang temulangnya tidak rapuh dan tidak mudah patah.
Bagi kamu, orang muda yang serba serbi mudah. Belum tentu bertuah. Silap silap kelecik boleh tergeliat dan kalau tak ada tuah, boleh jadi patah.
Dalam perjalanan ke arah tuah, orang muda kena berhati hati memilih antah, jangan sampai terpedaya dengan sikap dan gaya hidup serakah.
Sekian, terima kasih.
Bagi saya, tua itu tuah, kerana tuahnya banyak, hidup lama misalnya. Tulang temulangnya tidak rapuh dan tidak mudah patah.
Bagi kamu, orang muda yang serba serbi mudah. Belum tentu bertuah. Silap silap kelecik boleh tergeliat dan kalau tak ada tuah, boleh jadi patah.
Dalam perjalanan ke arah tuah, orang muda kena berhati hati memilih antah, jangan sampai terpedaya dengan sikap dan gaya hidup serakah.
Sekian, terima kasih.
Tua itu tuah,kerana masih lagi dapat mengecap kenikmatan udara di bumi Allah.
ReplyDeleteMuda itu mudah....mudah dan cepat meninggalkan dunia ini kerana merempit dan mendadah..haha..
Gurau je....
Biar tua kelapa byk santannya jgn tua keladi byk gatalnya...
ReplyDeleteMuda biar berbudi tanpan,jgn hanyut hayalan dunia.
asalamualaikum,seronok baca blog pakcik. saya pun dah lama meninggalkan lipis,kadang2 ada nama yg disebut memang saya kenal sangat macam aruah cikgu mat intan,cikgu mat ludin, husin pendek belia.masa pakcik meninggalkan lipis pada 70 an saya masih kecil....sekolah rendah.harap pakcik dapat mengimbau kisah lama..saya cukup minat tulisan pakcik. tq keep it up . azerin kota bharu
ReplyDeleteSalam Pakngah,
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pendapat pakngah tentang Tua itu Tuah lebih kepada ruang dan peluang yang Allah bagi untuk beramal ibadat kepadaNya.
Muda itu mudah , bagi saya pula ... satu peringkat umur yang kebanyakan kita mengambil jalan mudah atau membuat keputusan dengan pendek akal , tidak memikirkan kesan jangka panjang atau kesan kepada orang disekeliling . Satu peringkat lebih kepada mementingkan diri sendiri.
Tapi dari sudut yang lain pula, kadang2 sikap 'mudah' itu boleh diteruskan , contohnya apabila bergaduhnya golongan kanak2 , mereka mudah pula berbaik dan bermain bersama dalam masa yang singkat , hal ini jarang berlaku kepada orang2 tua yang lebih sensitif dan pendendam .
Untuk mencapai atau memperolehi sesuatu dalam hidup juga , golongan muda lebih agresif .
Contohnya kalau mereka nakkan sesuatu perkara mereka mudah dan banyak bertanya daripada golongan dewasa yang malu atau ego untuk bertanya.
Yang paling 'best' sekali , golongan muda tak banyak 'kompelin' dari orang tua ,sebab mereka lebih teruja untuk mencuba sesuatu.... daripada memberi alasan tidak mahu buat.
hahaha..
Golongan muda yang saya ceritakan disini lebih kepada golongan kanak2 yang mahu membesar , saya selalu jadikan anak saudara sebagai kajian.
Untuk golongan muda peringkat saya , kajian masih dijalankan ke atas diri sendiri .
hahahaa...
Saya pernah terbaca , tahap kematangan seseorang itu boleh dinilai dari cara mereka menangani dan mengawal perasaan marah .
Apa pendapat pakngah tentang ini ?
p/s Insyaallah saya akan pos gambar yang Makngah minta minggu depan.
hai, salam,...
ReplyDeleteKamu sekadar memberikan makna dan pengertian saja kpd kedua dua perkara itu.Tua satu pengertian dan muda satu pengertian.
ubilepih, salam...
ReplyDeleteJangan jadi tua keladi semakin tua semakin jadi.
Satu peringatan utk org muda kot! . Jangan jadi ketam, puas ibunya mengajar suruh berjln betul. tapi tak mau dia. Selagi kita buat perbandingan selagi itulah tiada titik pertemuannya.
azerin, salam..
ReplyDeleteTerima kasih kerana singgah di laman p'cik. P'cik sekadar suka suka aje menulis sikit sikit. Untuk memenuhi masa yg banyak terluang, jadi sekadar mengimbau imbau hal lama yg nostalgia.
Cikgu Mat Ludin masih ada. Hussin Pendek sekarang menetap di Ktn. P'cik pun dah lama tak jumpa dia.
Ida, salam...
ReplyDeletePengertian kamu masih lagi one track minded, ha ha
"Aku malaslah nak melayan deme seme ni, letih aku, baik aku tidur, ha ha ha."
Esoklah jumpa dlm entri satu lagi, ok!.
terimakasih atas reply....cikgu mat ludin ni di relong rasanya ...sama sama bergiat pengakap dgn aruah ayah saya-othman ngah
ReplyDelete