Borak atau beborak memang salah satu budaya orang melayu dimana mana, sejak zaman berzaman. Makna borak kalau mengikut Kamus Dewan ialah perbualan mesera, tidak formal biasanya tentang hal hal yang tidak serius atau tidak penting.
Pergilah kemana mana kita akan jumpa orang melayu beborak. Di kedai kopi, warong warong, dianjung rumah, diperhentian bas,dilorong lorong, dibawah pokok malah di pejabat pejabatpun pegawai, kakitangan, pelanggan melayu beborak. Apakah yang diborakkan?
Borak borak
Borak kosong,
Borak besar,
Borak pedeaah,
Borak panjang,
Borak bola,
Borak sesaja,
Borak politik dan segala macam borak.
Pantang ada topik, adalah borak. Di kampung, kedai kopi kampung, walaupun dah siap dengan parang tepek, alat kerja,dengan tujuan pergi kerja, singgah dulu pekena teh tarik sambil borak borak. Di bandar orang pencen selepas atau sebelum pekena teh tarik berkumpul dan borak dulu kat Bas stand. Di Pejabat, selepas Punch card borak dulu dan sambung lagi dekat kantin. Apakh yang diborakkan?
Mereka kakiborak ini semuanya pakar dalam segala bidang dari hal yang sekecil kecilnya hinggalah ke yang sebesar besarnya. Kalau soal politik, dari politik tempat tidur sampailah ke politik tanahair, baik parti kerajaan mahupun pembangkang hinggalah ke politik luar negara. Satu dunia mereka boleh pusing.
Daripada pengertian borak mengikut Kamus Dewan, bende bende yang mereka borakkan itu sebenarnya tidak serius dan tidak penting. Jadi mereka hanya suka buang masa. Mereka tidak pernah ambil iktibar bahawa masa itu emas.
Kalau banyak sangat borak, terutama yang perempuan, borak mereka semakin hampir dengan gossip.
Dari satu segi, kalau disaring borak borak mereka itu, ada juga yang boleh dipakai. Sebab kekadang ada lojik dan ada benarnya. Justeru ada falsafah mengatakan bahawa "The best politicians are the men in the streets".

mmg betul tu..kebanyakannye borak yg kosong je,citer pasal ayam x bagi makan lembu tak berkandang dan macam macam lagi..tp kalo duk borak2 dgn ustz atau imam masjid lain pulok citernye..
ReplyDeleteSalam.. Pak Hashim ..Le ni ada borak cyber.. seperti chatting, forum dan blog.. sms .. Yang sedapnya dalam borak cyber ni citer hal ehwal politik. Blog blog politik pun ramai yang minat. Maklumlah mengata orang memang sedap. Tak kira kem atau parti mana.. ha ha ha
ReplyDeleteSalam PakNgah,
ReplyDeleteBerborak walaupun sekadar bercerita tentang lauk pauk , anak - anak , Jualan Murah ... dapat menghilangkan tekanan di tempat kerja. Cuma kena pilih masa yang sesuai biasanya ketika minum pagi dan setengah jam sebelum balik, isu ini tidak serius dan tidak memberi kesan kepada produktiviti di pejabat saya. Sebab ada tempat lepak disediakan untuk berborak sambil minum air - Coffee Corner. Siapa yang bosan atau stress boleh buka "meja" disana... tidak perlu melepak dan menganggu dimeja orang lain.
Gosip dan mengumpat pula biasanya wujud sekiranya timbul perasaan tidak puas hati dengan tindakan individu tertentu , asalnya nak luahkan perasaan marah tetapi dah menjadi mengumpat...
macamana tu ?
kalau di jerantut orang panggil 'memungkor'. perkataan asal 'pungkor'. 'pungkor' ni bukan menipu. tapi borak untuk suka-suka. macam tok selampit buat cerita tu la. kita tahu dia tipu. tapi kita suka dengar.
ReplyDeletep/s: pak cik, bila nak bikin puisi untuk media cetak?
salam pakcik,
ReplyDeletedalam borak-borak sebenarnya kita generate idea, berkongsi pendapat dan pengalaman. mana ada borak kosong sebenarnya.... hahahahaha
Salam Pak Hashim,
ReplyDeleteCHIN PENG
Ketika ramai masih menentang idea ini, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerajaan membenarkan bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke tanah air....
SILA BORAK..
salam..
ReplyDeletepakcik jom berborak! ;)
Koi(9mzr) anak marzu anak jon travolta, salam...
ReplyDeleteKalau dgn Imam dan Ustaz borak paling sedap ialah mengenai kahwin lebih atau kahwin muda. Saya sanggup potong jari kalau mereka tak suka, ha ha ha...
endiem, salam...
ReplyDeleteSaya setuju. Sekurang kurangnya kita dapat meredakan sedikit borak meraban. Mungkin borak org cyber bernas sikit, ha ha ha...
Ida, salam...
ReplyDeleteBorak ni ada baik dan ada buruknya dan ada tempat tempatnya. Kalau tak borak langsung, apa pula kata org? Jom borak....ha ha ha...Sikit sikit takpe...
rahimin, salam...
ReplyDeleteAgaknya,memungkor ni bagi org zaman dulu ialah pd masa menuai padi, mengerek padi, mengemping dan nenek / wan pula memungkor supaya cucu cucunya cepat tidur.
Dah lama benar saya tak berpuisi. Tak berapa pandai, membaca saya suka. Saya skrng sedang menulis sebuah cerita kalau boleh dikatakan noblet yg saya adpat dpd satu salasilah Tok Baginda Demu.
MdSuak, salam...
ReplyDeleteCHIN PENG.
Kata pengulas, Anuar mencari publisiti murah.Bagi saya Anuar ni meraban dan kadang kadang melatah.
The dicision about Chin Peng was final. Bak Chin Peng dah selesai. Pembangkitan ini adalah utk borak borak saja. Bagi saya sejarah Malysia perlu dicatat nama Chin Peng. Geng Chin Peng, Dr. Burhanuddin, Ibrahim Yaakob, Rashid Mydin, Abdullah CD, Shamsiah Pakeh, Zainab Baginda, Boestamam, Ishak Hj.Muhammad dll adalah pencetus kemerdekaan Malaya. Generasi muda dan akan datang perlu tahu.