Apabila kita lapar sangat atau makanan yang kita makan itu sedap sangat, akhirya kita akan sendawa, herrh! herrh! beberapa kali. Alhamdulillah!...kita bersyukur kerana kenyang atau sedap. Bagi orang barat sendawa memalukan, pelik juga ya!...
Bagi kita orang Islam, bila kita sedang makan atau makanan belum habis, tiba tiba sendawa dua kali . Sendawa kali kedua itu adalah amaran supaya kita berhenti makan sekalipun kita masih lapar atau makanan itu masih sedap sangat. Jangan sampai kali yang ketiga, haram pula jadinya.
Sendawa berlaku kerana makanan telah mengambil alih kekosongan dalam perut kita, maka angin keluar ikut mulut jadi sendawa dan kalau ia keluar ikut dubur jadi kentut.
Kalau kita kembong, perut masuk angin misalnya, dan bila diurut pula dengan minyak angin, akan berlakulah juga kalau tidak sendawa mesti kentut.
Bau sendawa mengikut bau dan rasa makanan yang kita makan sedangkan kentut tetap busuk. Pepalih bau sendawa, kurr! semangat kalau apa yang kita makan itu, durian atau petai, jering dan kerdas. Lebih lebih lagi kalau kentut. Baunya, phuuuuh!..Orang lain cepat tahu.
Kamus Dewan kata sendawa adalah terjeluak setelah makan lebih kerana lapar atau sedap sangat, maknanya terkeluar semula, termuntah muntah. Perut dah tak boleh terima.
Zaman akhir akhir ini atau diwaktu akhir zaman, orang sendawa semakin bertambah, sebab orang makan kerana lapar atau kerana sedap sangat, juga kian bertambah. Makanan yang hendak dimakan kian bertambah dan mudah pula diperolehi. Ini berpunca daripada terlalu banyak benda benda yang hendak dimakan dan semuanya mudah pula disuap. Justeru, semakin banyak pula orang yang perutnya menjadi gendut dan buncit. Orang gendut dan orang buncit jenis ini tidak sendawa dan tidak kentut. Pasti.
Kalau tak percaya tanyalah bekas bekas orang besar Kerajaan 50 tahun dan bakal orang orang besar Kerajaan 1 Malaysia.

pepatah ada kate~
ReplyDeleteberhenti sebelum kenyang.
kan?
hehe.
salam pakcik,
ReplyDeletesaya selalu sendawa bila duk termenung di hujung bulan....
kesian juga mereka yang ada angin dalam badan, kalau ada kursus kat Hotel ,deme semua asyik kena gelak jer...
ReplyDeletesebab duk sendawa dalam dewan... hahahaaa... tak tau sama ada sejuk dek air-cond atau deme makan macam2 sebelum itu.
kini ramai yang sendawa kekenyangan kerana makan rasuah dan menghirup hasil titik peluh orang lain.
ReplyDeleteKECUAIAN ATAU " MERABAN?
ReplyDeleteSeorang budak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas selepas terkurung ketika bermain seorang diri dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di rumah neneknya di Kampung Batu 9, Jalan Kereta Api, dekat sini, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Mohd Farhan Aiman bersama bapa, Mustafa Majid, 39, ibu, Mimi Azura Zaidon, 35, serta empat lagi adik-beradiknya baru tiba dari Kuantan untuk melawat neneknya yang sakit akibat lumpuh di kampung berkenaan.
Bagaimanapun, ketika ibu dan bapa serta adik-beradiknya turun, mangsa masuk semula dalam MPV berkenaan sebelum menutup semua pintu dan bermain seorang diri di tempat duduk bahagian tengah sebelum kehilangannya disedari bapanya, kira-kira jam 2 petang.
Terkejut melihat keadaan anaknya yang terbaring dalam keadaan sesak nafas, Mustafa cuba memberikan bantuan pernafasan menggunakan mulut (CPR) sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lipis (HKL) sebaik tiba untuk menerima rawatan kecemasan.
Mustafa ketika dihubungi enggan mengulas panjang mengenai kejadian itu kerana terlalu sedih.
“Yang sudah berlaku itu sudahlah...bukan saya tidak mahu menceritakan kejadian, tetapi tidak mahu keluarga terus menanggung kesedihan.
“Saya minta maaf banyak-banyak kerana tidak boleh mengulas lanjut dan arwah memang anak kesayangan kami,” kata kakitangan Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPK) itu.
Jenazah mangsa selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampung berkenaan, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, mengesahkan kejadian itu dan berkata hasil bedah siasat di HKL pada jam 3.30 pagi semalam, anak bongsu daripada lima beradik itu disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.
Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan ibu dan bapa mangsa berhubung kejadian itu untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis, kira-kira jam 3.45 petang kelmarin.
Katanya, polis mengesahkan kejadian itu tiada unsur jenayah dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.
“Kejadian ini kali pertama dilaporkan berlaku di daerah ini dan polis berharap kes seperti ini tidak berulang pada masa akan datang,” katanya.
>>Untuk di rungkai..
vchentaMAYA, salam...
ReplyDeleteBerhetilah makan sebelum kenyang - sunnah.
Sekiranya nasi ada 3 ke 4 suap lagi untuk berhenti
sendawa telah 2 kali. Adakah makan itu hendak di tinggalkan atau teruskan...
Bobo, salam...
ReplyDeleteBiasalah tu Bobo. Kenyang memikir, ha ha ha
Komitmen...
Ida, salam...
ReplyDeleteMakan macam macam, sendawapun kena macam macam. Sebab makan lebihlah tu. Duduk dlm Air-condn. pulak tak kena gaya semput, Aduh! haru...
Fadh, salam...
ReplyDeleteItulah diantara sendawa yang membawa kepada penyakit hari ini. Tidak ada ubat pembasmi, ha ha
MdSuak, salam...
ReplyDeleteAl Fatihah...
Cuai, alpa, takdir. Mati hidup, tanah kubur dan jodoh pertemuan ditangan Tuhan.
Sah ini bukan meraban...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMaaf atas pembetulan:
ReplyDelete1)Apabila kita lapar sangat atau makanan yang kita makan itu sedap sangat, akhirya* kita akan sendawa,
sepatutnya *akhirnya
2)Bagi kita orang Islam, bila kita sedang makan atau makanan belum habis, tiba tiba* sendawa dua kali .
sepatutnya *tiba-tiba
3)Kamus Dewan kata sendawa adalah terjeluak setelah makan lebih kerana lapar atau sedap sangat, maknanya terkeluar semula, termuntah muntah*.
sepatutnya *termuntah-muntah
4)Kalau tak percaya tanyalah bekas bekas* orang besar Kerajaan 50 tahun dan bakal orang orang** besar Kerajaan 1 Malaysia.
sepatutnya *bekas-bekas dan **orang
Sekian...