Rokok amat sinonin dengan lepak, borak dan meraban. Lepak, borak dan raban tanpa rokok tidak diterasakan sebagai sesuatu yang lengkap dan puas. Pelepak, kaki borak dan orang meraban rata rata dan biasanya adalah perokok. Dimanapun mereka melepak, berborak dan meraban rokok tetap terjepit dijari dan bibir. Rokok amat intim bagi mereka. Suasana yang berkepulan dengan asap biru adalah sebuah enviromen yang mengilhamkan. Justeru akan berteraburlah ide ide yang baik dan bernas dan meraban. Akhirnya keadaan, keperluan dan gimiknya jadi menagihkan.
Rokok telah dihisap manusia sejak beribu ribu tahun dahulu. Rokok sudah established. Rokok juga telah mengestablishedkan dunia. Sebahagian besar ekonomi dunia bergantung kepada industri rokok. Negara Negara pengeluar rokok dunia "New York, London, Paris" adalah sponsor terulung untuk kebaikan dunia. FAM pernah mendapat sponsor Dunhill untuk menjayakan Liga Malaysia. Itulah peranan rokok dalam arus perdana membangunkan mental dan material.
Negara kita adalah diantara pengeluar tembakau dan diperbadankan sebagai Perbadanan Tembakau Negara.
Tembakau dan rokok adalah barang perlu dan cukai keatasnya amat tinggi.Ia merangsang ekonomi Negara. Merokok telah menjadi ketagihan banyak orang termasuk anak anak orang Asli yang tinggal jauh dipendalaman. Usia 4 ke 5 tahun rokok sudah tercuking dibibir mulut. Presiden America Barrack Obama adalah seorang perokok tegar dan dia tidak menyalahkan dirinya kerana merokok, sebaliknya menyalahkan pembuat rokok yang boleh menjadikan rokok menagihkan.
Ada falsafah mengatakan merokok boleh menaikkan image sesorang. Ia boleh membentuk perwatakan seseorang menjadi lebih mantak dan kelihatan lebih macho dan gentlemen. Jika dikaitkan rokok, arak dan perempuan ia adalah sebuah falsafah kesempurnaan bagi seorang lelaki. Saya pernah terbaca dalam sebuah jernal, seorang wanita barat mengakui bahawa adunan bau badan lelaki, rokok dan arak boleh menimbulkan daya berahi yang amat tinggi.
Sesungguhnya saya adalah seorang perokok tegar dan mulai merokok sejak lebih 50 tahun yang lalu, berpunca dari harga teh 15 sen secawan. Untuk menggenap bayaran 20 sen sebatang rokok diajukan sebagai duit cucur. Bukan saya tidak mengeluh kerana rokok yang saban hari harganya kian meningkat. Bukan saya tidak insaf kerana para doctor sering menasihati supaya berhenti merokok. Rokok tidak baik untuk kesihatan. Namun rokok tetap sinonim dengan kehidupan seorang perokok, termasuk saya.
Demi keinsafan dan keluhan kerana merokok, saya lebih banyak menyalahkan kenaikan harga daripada terus merokok, lalu saya cipta sebuah sajak:
RINDUKU
Rinduku cuma pada kepulan asap biru
yang membakar hujung jariku
yang menghitamkan kelopak hatiku,
kini pedihnya kian terasa
semakin pilu
bila tikanya aku
menyeluk saku.
Kuantan, Awal 1984.

salam,
ReplyDeleteabah saya juga bolehla dikategorikan perokok tegar,kadang tu cam berganti puntung je gayanya..mak saya cukup marah.Alhamdullilah,dia dah berhenti merokok sejak 6 bulan lepas sebelum dia menjalani pembedahan selaput mata.(itupun kerana kedua2 matanya dah x nampak langsung).
Kalau kita masuk ke hutan,tak yah la tanya orang asli berapa jauh lagi destinasi yg kita tujui..dia mesti kata sebatang rokok je...kita ni bayangkan dekat je la,rupanya ada sekerat hari nak nyampai...rupa2nya orang asli ni,dia hisap sebatang rokok tu byk kali...hampeh tol!
Bila dah ada gambar orang putus jari, gambar jantung berlubang dan perokok yang ditimpa penyakit akibat merokok pada kotak rokok.. tup2 timbul idea baru.. isikan rokok rokok tadi kedalam container baru dan dan buangkan kotak rokok yang ada gambar hero2 merokok.
ReplyDeleteentah di mana enaknya merokok, saya tidak tahu sebab saya bukan perokok. dan saya amat bersyukur kerana rokok bukanlah bahan yang menjadi ketagihan saya. cuma terkadang terfikir jua, mengapa begitu taksubnya perokok akan rokok sedangkan sedia maklum rokok memudaratkan kesihatan bukan sahaja diri sendiri malah orang lain.
ReplyDeleteSalam Pakngah ,
ReplyDeletearwah ayah saya meninggal disebabkan barah tekak - peti suara , saya syak punca utamanya merokok ,hampir setahun tiada suara... terpaksa makan gula - gula 'hacks' sebab panas tekak katanya. Asalnya dia tak nak ke hospital , bila dah tak boleh bernafas , baru nak ke Hospital dan doktor terpaksa tebuk saluran pernafasan . Bila pembedahan untuk buang peti suara tidak dapat di lakukan...
2 hari kemudian ayah meninggal.
kawan2 lelaki yang sebaya dengan saya juga mula berhenti merokok sebab ada penyakit seperti gastrik dan gaut. Memanglah rokok bukan punca utama... tapi untuk menjaga kesihatan badan, mereka sanggup berhenti.
Bila dah rasa sakit macam nak mati baru rasa kesian pada anak bini katanya.
Entahlah manusia ni macam2... ada juga kenalan saya perjuangkan bumi hijau , tapi rokok tak pernah lepas di tangan, Doktor ? hahahaaa... ramai juga yg merokok. Ikut suka deme lar... kalau sakit tanggung sendiri,
yer ker ?
tidak juga...ramai akan menderita , lebih2 lagi orang yg sayangkan deme.
p/s maaf tiba - tiba emosional pula hari ini :(
ah tak kacip la kalau tak merokok. Amcam kalau cawan kat mamak tu ditampal gambar orang kena strok, kencing manis yang potong kaki, darah keluar dari mulut, bukan kalau minum teh tarik tu memudaratkan.
ReplyDeleteMacam mana road tax kete belah belakang tu diletakan gambar accident yang mengerikan seperti terkeluar otak hilang anggota badan, baru semua bawak perlahan, atau sama je?
Mari berfikir sama.
koi setuju ngan rodong koi di atas ni..gambo2 tu x dapat menghalang sikap manusia,setakat lihat je x cukup kaw lagi dia kena rase baru la tau..
ReplyDeletedulu uwan koi pun merokok jugek kala x silap koi arite rokok jenama dunhill dan benson hedges,paste dia berenti gitu ajer..koi pun tatau napenye dia bleh berenti merokok..nak kabo dia sakit tekok koi tengok sehat je sekarang nih..mungkin toki koi x suke agoknye sebab dia x merokok..
kala melepak mana sah dgn x merokok, mmg benor kata pakngahnye kebanyakan yg kuat lepak pun kaki rokok..skrg ni da jd trend pulok oang pompuan hisap rokok..kenape yek?mungkin sebab TULOH krn asyik ngate org lelaki je yg ade tabiat tu..tuhan nak tunjuk.lpas ni jgn duk ngate org yg merokok tu busuk la ape lah takut2 nt aok pulok yg jd perokok..bende ni pnah berlaku.
hai, salam...
ReplyDeleteNasihat p,ngah janganlah merokok.Klu cik abang aok hisap rokok nasihatkan dia supaya berhenti.Yg merokok tu biorkan. Nanti mereka sedor sendiri. Dah kena sakit nanti, taulah dia langit tinggi rendah, ha ha ha...
salam pakcik,
ReplyDeletemelepak sambil merokok baru lah kene. macam melepak sambil mengeteh.
endiem, salam,...
ReplyDeleteKah kah kah....Betul sangat kata aok tu. Ha itulah gayanya manusia. Tak ndok ngaku kelemahan sendiri. Cakap sendiri juga yg betul...
Fadah, salam...
ReplyDeleteKalau belum merokok p,ngah nasihat sangat sangat,janganlah cuba-cuba. Klu dah menagih nanti, Masya Allah, tengah malampun keluar bila putus rokok. Buat kata orang dulu, "berhantu" rokok ni, ha ha ha...
Ida, salam...
ReplyDeleteMemang dah banyak sangat contoh bahawa merokok tidak baik utk kesihatan, tetapi manusia tak serik, angkuh, egoish. Mu Ida, cerita ayah mu blh buat sempadan pada org yg belum kena.
Nasihatkanlah kawan kawan supaya jgn merokok. Esok kok dah ada anok laki, pastikan mereka tidak merokok, sebab? tengok contoh!
P,ngah nasihat aje, tapi p,ngah tak berkira kira lagi nak berhenti, aduh!...
Shafik salam,...
ReplyDeleteSama je merokok dgn memandu. Buatlah gone pun, takkan serik. Dah kena baru tau. Itulah, nyesal kemudian tak berguna.
Fik, ini semua takdir belaka. Kita tak boleh nak salahkan sesiapa. Manusia, nama dah manusia. Akal nya panjang. Tuhan pun deme nak
tipu, ha ha ha...
Koi (9M2mzr)salam,...
ReplyDeleteHaa tu lah p,ngah kata, usah dilarang deme tu. Bior lantak. Duit deme, badan deme, nyawa deme, ha ha ha.
Kalau kita nasihat beriya iya, esok kena kekita pulak. Padan muka kita. Skang doh melarat ke hok perempuan pulak. Trend konon! Bior nya gasok...
Tapi p,ngah masih menghisap lagi. Tak lama lagi p,ngah herhentilah...
Bobo, salam,...
ReplyDeleteBetul sangat kata aok tu Bobo. Melepak, mengeteh dan merokok tu, satu keturunan agoknya. Macam aur dgn tebing. Macam isi dgn kuku. Rasi amat.
P,ngah ingat,kena buat satu rencana tajuk "Lepak, Teh dan Rokok" masuk mana mana jernal kesihatan. Suruh Pipi, agoknya, ha ha ha...
Fadh, salam,
ReplyDeletePembetulan,pngah tersalah eja nama Fadh, maafkan
pngah ya...
salam. haha. betul,rokok adalah vitamin bagi perokok tegar. rokok adalah kultur hidup, rokok adalah antibiotik, walaupun sebenarnya rokok adalah sampah sarap.
ReplyDeletehati sering terbahagi dua, antara berhenti merokok dan terus merokok. hati sering berkecamuk, bertengkar angkara kedua-duanya.
akhirnya, jalan paling menyenangkan, terus saja merokok, walaupun batuk dah tak basah, lidah dah tak peka, jari telunjuk dah bertukar warna. paling parah, bila paru-paru dah tak warna warni lagi.
saya perokok tegar. saya mahu berubah. tapi saya tak punya daya. lemahnya saya.
rokok merbahayakan kesihatan, itu saja :)
ReplyDeletejohan adam, salam...
ReplyDeleteTeruskan biar dia bertengkar. Sampai kemana mahu bertegang lehir. Siapa kalah siapa menang. Jawap nya satu kalah satu menang. Jadi johan kena ikut yang menang, ha ha ha Harap harap biarlah yg menang tu "berhentilah merokok".
Tuhan tidak mengubah nasib seseorang melainkan dirinya sendiri. Jadi yg mengubah itu kita. Kita ubahlah dengan hari ini hisap 20, esok hisap 19, lusa 18, tulat 17. Demikianlah seterusnya.
Assalamu alikum...
zaiba,salam
ReplyDeleteMentang mentang deme kerja hospital. Itu tak boleh ini tak boleh. Pooorrrrah!!!
haha, saya membawa pekeliling kemeterian kesihatan
ReplyDelete