Tak ada beban cari beban. Beban tidak perlu dicari. Cari atau tidak beban tetap ada. Beban tidak boleh lari dari hidup kita. Dari alam kanak kanak hingga ke alam dewasa, beban tetap ada. Kalau hendak dihitung memang tidak terhitung. Hitunglah kalau boleh!!!...
Lagi dewasa kita lagi banyak beban. Beban datang dan beban pergi. Dan beban sebenarnya amat berat. Seseorang yang ditimpa beban akan mengeluh, akan berungut dan akan merasa sakit. Beban merupakan tanggungjawab dan kita tidak dapat lari atau menghindarnya. Tugas kita adalah tanggugjawab dan dengan sendirinya menjadi beban. Anak isteri adalah tanggungjawab kita dan ia adalah beban. Orang tua kita, harta benda kita, rumah tangga kita, makan minum dan kerja buat adalah tanggungjawab, juga menjadi beban kita.
Sementara itu, selain dari beban yang secara otomatik menjadi tanggungjawab kita, kita dibebankan pula dengan pelbagai beban lain dan sampingannya. Gaji kecil menjadi beban, harga barang naik menjadi beban dan kalau berhutang lagi bertambah beban.
Bila anak anak kita membesar, bertambah lagi beban. Anak hendak kesekolah, dan kalau cerdik atau bodoh, bebannya sama. Sehinggakan nikah kahwin merekapun bebanlah kepada kita. Dah mati dan dah masuk lubang lehad masih lagi menjadi beban kita. Pendek kata kita tidak boleh lari dari bebanan hidup dari muda hingga ke tua.
Beban terakhir kita ialah kepada Allah Subha Nahu Wataala. Cukup amalan selamat. Tak cukup Na 'U Zubillah Min Zalik...

Berjalan dan tersinggah disini, entri yg menarik perhatian saya...
ReplyDeleteMaaflah saudara kalau teringin juga saya untuk komen entri saudara...
Memang dalam kita tak sedar, sepanjang perjalanan kehidupan ini beban terus membebani kita..
Tiada beban yang dapat dihapus sehingga terpejam mata selamanya. Menanti bebanan yang tersedia disana pula, selepas selesai bebanan diDunia.
Tiada yang kekal tetapi disana juga...
Salam pakcik,
ReplyDeleteTakde tanggung beban iru orang gile... hehehehe
(mungkin orang gile pun ade beban yang kite tak tau...)
Salam PakNgah,
ReplyDeletekalau kita jenis membandingkan bebanan kita dengan bebanan orang lain , aduh...lagi berat rasanya .
jadi dengan adanya rasa bersyukur dengan apa yang kita ada, sedikit sebanyak akan memudahkan perjalanan hidup kita...
lagipun tiada yang cacat dengan tanggungan yang diberikan Allah , semuanya sudah cantik dan terbaik untuk semua orang.
p/s semenjak adik2 saya masuk 'U',adalah juga terasa bebanan jadi seorang ayah... apapun Selamat Hari Bapa :))
salam pak ngah,
ReplyDeleteselagi kita belum tutup mata, hidup adalah satu bebanan malah dah tutup mata pun nanti, jadi bebanan kepada yang masih hidup untuk menguruskan jenazah kita.
Patraque, salam...
ReplyDeleteSaya ucapkan selamat singgah. Silalah ke teratak buruk saya ini bila senang dan lapang. Tetapi jgn sampai membebankan sdr...
Bobo, salam...
ReplyDeleteJangan cari beban. Bak kata: Tak ada beban batu digalas. Cari penyakitlah tu namanya ...
Ida, salam...
ReplyDeleteBeban takkan habis habis,Wok.Tanggunglah beban itu jangan sampai membebankan diri. Kamu mampu, tanggunglah dengan seikhlasnya.
Fadh, salam...
ReplyDeleteYa, itulah beban kita yang kita tak dapat elak. Selagi bernafas selagi itulah ada beban...
Pak Hasim salam..
ReplyDeleteTiada beban batu digalas..macam mane teh?
endiem,salam...
ReplyDeleteHa ha ha Samalah dengan Takde kerja cari kerja.
atau 'hak orang mengaku hak ita'