Followers

Saturday, July 18, 2009

Sepanjang hayat 93 - Susah.

Talipon berdering, biarkanlah, saya tak ambil pot. Berdering lagi, untuk anak saya gamoknya. Kali ke tiga saya nak angkat, tetiba berhenti. Main-main...siapa yang main-main ni. Orang dihujung sana ke saya yang main-main...ha ha ha

Lalu saya tunggu, kok dia nak berdering lagi. Betul dia berdering rupanya. Gagang saya angkat dan pekapkan ketilinga sambil menunggu:

- Assalammualaikum,
- Mualaikum salam,
- Ingatkan dah aruah,
- jangan bimbang dah hampir dah
- he he he, jangan gitulah ah
- pehal
- Tak nak mengeteh ke
- kawas ni susah,
- susah apa pulaaaak
- Weh! tak boleh ceritalah...susahnya...
- ceritalah weh, kome nok dengar ni,
- jangan we! tak terdengor di aok kang
- kuarlah, kome boleh tolong,
- jangan, kalau kawas cerita kang, seme orang jadi susah, seme orang jadi tak tentu hala..
- pe ke hal teruk bebenor tu,
- pe tidaknya, kalau kawas cerita kang, tiga hari tiga malam tak habis. Takkan tak menyusahkan aok seme. Kawas nak bercerita dah satu hal 3 hari 3 malam tak tidur, tak makan,tak minum, tak merokok. Aok seme kena mendegar cerita kawas selama itu pulak. Tiga hari tiga malam tak tidur, tak makan, tak minum,tak merokok. Bukankah susah namanya.
- jadi, tak nak mengeteh lah aok dengan kome.
- tidak weh, kawas ni susah. Mengeteh tak boleh, makan minum tak boleh sembarangan, merokok tak boleh dan nak tidur dah susah, darah dah naik sangkat ni dah...
- ha ha ha....

Jadi, kena hati-hati nak talipon saya. Salah-salah gaya, semua orang akan jadi susah...
sebab dek saya...

8 comments:

  1. Salam pakcik,

    Pakcik sihat ke? Perenggan akhir tu bunyinya macam tak sihat.

    ReplyDelete
  2. salam pak hassim,

    beso amet weh susohnye..
    koi sudi dengo kalo cite bab titik buke noktoh..

    ReplyDelete
  3. Salam PakNgah,
    dah lama saya 'follow' blog Pakngah ni, setakat 3 hari 3 malam tu apalah sangat...
    jadi apa cerita ?

    p/s harap - harap puncanya bukan dari pemilik laman web hilangpunca , hahahaa daus dah tak main blog macam kita dah :D

    ReplyDelete
  4. Emblem of Purity, salam...

    Orangtua selalunya macam tu lah. Ada masa sakit dan ada masa sihat. Tapi klu kawan p,cik tu datang dan pcik kena cerita tiga hari tiga malam, rasanya mahu masuk wad, ha ha ha...

    ReplyDelete
  5. aku, salam...
    Titik bukan noktah akan menjadi buku tak lama lagi. Tunggulah dia akan bercerita dengan sendirinya nanti, ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. Ida, salam,..
    Tak lama aok kata, 3 hari bercerita dan 3 malam menyanyi. Dari titik sampai noktah. Teh kena cukup, rokok kena cukup, makan minum cukup dan tidurpun kena cukup. Ha ah masa bila pulak nak bercerita? Jangan dengar sangat dongeng orangtua. Aduh!!!...

    Daus tu biarkanlah dia...orang dah hilang punca...

    ReplyDelete
  7. Salam pakcik,

    Adat la tu bila dah berusia... Boleh jatuh sakit sebab makan. Kalu pikir-pikir balik ade unsur kelakar tu...

    ReplyDelete
  8. Bobo, salam...

    Adat hidup penuh dengan pelbagai gaya dan ragam. Dalam pada berserius tu ada kelakar. Dalam kelakar tetiba senyap....padamlah tu.

    ReplyDelete