Kerajaan 1 Malaysia sedang mengajar rakyat Malaysia cara-cara membasuh tangan. Dengan ajaran basuh tangan yang betul ini mudah-mudahan rakayat Malaysia tidak akan disinggahi oleh apa-apa penyakit lagi selepas ini. Syukurlah.
Walau bagaimanapun saya yang setua ini berasa malu kerana masih didesak supaya basuh tangan dengan betul. Rupanya selama ini kita belum pandai basuh tangan. Agaknya orang membasuh tangan tatkala mengambil wudhu' mungkin tidak betul pada pendapat Kerajaan 1 Malaysia. Masya Allah...
Kekotoran yang macam mana mesti dibasuh dengan cara yang betul itu? Kekotoran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin atau rakyat jelata?
Walau bagaimanapun saya yang setua ini berasa malu kerana masih didesak supaya basuh tangan dengan betul. Rupanya selama ini kita belum pandai basuh tangan. Agaknya orang membasuh tangan tatkala mengambil wudhu' mungkin tidak betul pada pendapat Kerajaan 1 Malaysia. Masya Allah...
Kekotoran yang macam mana mesti dibasuh dengan cara yang betul itu? Kekotoran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin atau rakyat jelata?
salam pak hashim,
ReplyDeletekite rakyat kena basuh tangan, ok la..
kalau kerajaan, mesti kena mandi wajib tahap samak sekali..
Tak cukup dengan basuh tangan, disediakan pula dengan hand sanitizer supaya tangan rakyat jelata bersih sebersih-bersihnya seperti tangan mereka yang "bersih".
ReplyDeletePenuh tersirat..
ReplyDeleteHarap ada yang menyucikan 'mereka'....
hidup barisan nasional. Kerajaan yang prihatin dengan nasih rakyat!
ReplyDeletebersyukur lah!
salam pak ngah,
ReplyDeleteislam itu indah...semuanya sudah lengkap...segala perkara terkandung dalam al-quran...namun masih ramai yang buta mata hati untuk mendalami ilmu yang terdapat di dalamnya...maka jadilah kita umat islam yang tidak mensyukuri nikmat Allah...
aku, salam...
ReplyDeleteTahap samak dia orang ni, agak banyak mana tanah?
Tapak gali tanah tu patut benam dia orang, itupun tak cukup bersih.
Emblem, salam...
ReplyDeleteTangan rakyat jelata yang sentiasa menadah itu tidak kotor disisi Tuhan berbanding tangan menteri yang disenkerling ke belakang tetapi baru saja menerima benda- bende yg kotor.
Firol, salam...
ReplyDeleteItulah harapan rakyat jelata
agar tidak diperhamba untuk menyucikan
tangan mereka.
AMMOSHAM, SALAM,
ReplyDeletesaya tidak fikir begitu...
AMMOSHAM, salam...
ReplyDeleteSaya tidak fikir begitu...
Fadh, salam...
ReplyDeleteIslam itu sudah sempurna,
Yang tidak menyempurnakannya ialah manusia,
macam mereka.
Pak hashim.. salam
ReplyDeleteKerajaan 1 malaysia suroh kita basuh tangan bila berlaku outbreak H1N1. Namun begitu banyak lagi perkara lain yang lebih penting dalam menangani outbreak yang disebabkan oleh virus selain dari basuh tangan. Contohnya perhimpunan ramai2, seperti sambutan hari pengguna di kuantan baru2 ini, Jom heboh, sua rasa , dan macam2 maknika sambutan.. Itu semua patut dielakkan kerana virus cepat merebak melalui cara bergini. Bukan saja dengan menutup pusat IPTA dan Sekolah, banyak lagi perkara lain yg perlu diberi perhatian. Dema tu sekolah je tinggi2, menda yang senang begini pun tak faham.. cuba lah op op dulu, bila dah reda penyakit lantaklah nak buat pesta apa pun.. tak ye gitu?
salam,
ReplyDeletesokmonya gitu le,kita sentiasa diingatkan,tapi selalunya ingatan2 tu nampak cam tak serupa bikin!!
setuju sangat ngan endiem pasal pesta2 tu patut dibatalkan untuk mengelakkan berbagai virus yang sedang menular....bukan setakat H1N1..virus gejala sosial pun semakin parah..
Tangan kena basuh juga walau pun aok me duk makan ayam goreng kentoki..
ReplyDeleteSalam Pakngah,
ReplyDeletekalau makan tempoyak , sambal belacan atau budu... basuh dengan air saja tak lepas kan ?
jadi perlu berfikir dan berkira - kira juga untuk menjamah makanan di atas. Apatah lagi selepas makan , ada mesyuarat atau tiba - tiba 'ter'salam dengan bakal mak mertua hahahaaaaa...
endein, salam...
ReplyDeletePerkara basuh tangan ni kecik aje. Yang besarnya membesar-besarkan isu tu.
Dalam adat perkahwinan 'basuh kaki' maknanya naik dengan tak payah bayar apa-apa lagi, sebab seenya dah beres.
Basuh tangan dlm kontek ini, saya mengambil faham bahawa seseorang tu 'berlepas tangan' dari segala kesalahan.
hai, salam...
ReplyDeleteIyalah, macam takde keja cari keja aje gayanya. Buatlah bende lain yg lebih berfaedah, tak gitu!!..
relevan, salam,...
ReplyDeleteBasuh macam manapun, kome tau juga aok me makan ayam ketoki tu, ha ha ha...
Ida, salam,...
ReplyDeleteBila lepas makan apa-apapun, tangan kena basuh bersih-bersih, sampai hilang bau, hilang rasa dan hilang rupa. Sunat.
Hakikat bersih di hati.