Followers

Monday, July 27, 2009

Sepanjang hayat 96 - Mesyuarat Agung DPMP yang ke 39

Semalam ( ahad) saya ke Kuantan balik hari. Turun gelap lepas solat subuh dan sampai di Tman Budaya kurang 10 minit pukul 10.00 pagi. Pergi dengan Komprix dan Mael. Hantu punya Komprix pandu kereta tak cukup syarat. Saya mana boleh pandu kereta jauh-jauh begini sebab sudah tua. Nasib baik masa balik sang baju putih seluar hitam berjalur tepi, membelakangkan ke arah kami datang. Dengarkan saya punya serapah:

Siuh kiri siup kanan
Puh kira puh kanan
ular lidi besar lengan
jangan mematuk jangan menyerang,
pergilah jaub-jauh
jangan kami kena geruh
Phuuuuhhh..
berkat sidi guruku,
sidi yang menjadi kepada aku
berkat kata......

Selamat.

Di Taman Budaya,
Lepas salam sana salam sini, tegur sana tegur sini sambil senyum tak berhenti, saya terus ke tandas senangkan diri.

Tepat jam 10.00 terus masuk dewan.
"Kalau macam ini tiap-tiap kali mesyuarat, semua perwakilan ada dan cukup kourum kan bagus!!!" saya terdengar nobelis Baharuddin CD (BCD) bedrsungut...

Ya saya menghadiri mesyuarat agung Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) kali ke 39, di Taman Budaya Negeri Pahang Kuantan.

Mesyuarat dengan bersemangat dan dengan serius merumuskan bahawa:
- PPSMI hendaklah dipercepatkan sebelum 2012, sebaik-baiknya hari ini juga,
- Memertabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi sepenuhnya - 100%,
- Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu,
- Nyahkan Bahasa rojak,
- Semua Menteri / Kementerian hendaklah meggunaka Bahasa Kebangsaan dalam semua urusan baik dalam dan luar Negara,
- Satu Malaysia satu Bahasa adalah hak perjuangan DPMP,
- Menjadikan DPMP sebagai induk yang berkeluarga besar untuk mendokong perjuangan Kesusateraan dan Kebudayaan Negara bangsa,
- DPMP perlu mengembangkan sayapnya, menjemput semua orang Pahang menjadi ahli dan berjuangan bersam- sama untuk memertabatkan rumusan di atas.

Apamacam, okeh tak!!!....

8 comments:

  1. salam,
    wah!ni yang buat orang2 muda jeles kat pak cik,sanggup berjalan jauh dan masih bersemangat lagi...saya yang dok dekat pun tak pernah berkesempatan menonton teater atau apa2 aktiviti kerana saya hanya seorang perempuan yang masih mempunyai laki...hahaha..payoh ngat kalo jenis minatnya tak sama ni!!

    ReplyDelete
  2. Salam Pakngah,
    hahahaaa... macam gitu pula jadinya ,kalau dah mula berkawan dengan anak muda , tiba - tiba boleh ingat semua jampi serapah...

    Semua rumusan yang telah dibuat itu memang 'ok' banyak....(alamak adakah ini juga satu contoh bahasa Rojak? hehehe..)

    ReplyDelete
  3. salam pak ngah,

    menjadi sungguh jampi serapah pak ngah he he he

    saya menyokong sepenuhnya segala resolusi(boleh pakai ke perkataan nie) yang telah digagaskan oleh DPMP.

    ReplyDelete
  4. Yth Saudara Hashim Zabidi,
    Mesej ini dari Syed Shahir. Alamat e.mel saya: syedshahir@gmail.com
    Sejak beberapa hari kebelakangan ini saya ikuti tulisan saudara lewat Blog: Titik Bukan Noktah.Saya kira ianya menarik. Jika bung punya waktu dan kesempatan mohon hubungi saya.
    Hormat dari saya,
    Syed Shahir

    ReplyDelete
  5. hai, salam,...

    Pakcik kena jemput sebenarnya. Kalau suka-suka hati, memang tak kuasa. Jauh dari Lipis ke Ktn dan balik. Dahlah gitu jln dgn orang muda pulak, semayang entah apa entah. Aduh letihnya.

    Elok tak sama minat. Kalau sama parah belanja...

    ReplyDelete
  6. Ida, salam...
    Jaganlah jelus. P,ngah pakai baju batik merah lengan panjang tau. Makngah pula dilarang ikut. Aduh! jumpa kawan-kawan lama, borak macam tak habis. Kawan-kawan berkeliling minta supaya tak balik sebab banyak lagi perkara yang hendak diborakkan.

    Kena balik juga. P,ngah janji akan cuti seminggu utk duduk Ktn saja dan selesaikan borak, ha ha ha.

    Benda kalau dah jadi rojak, memang sedap. Ketagih, susah hendak buang. Jadi kenalah berjuang...

    ReplyDelete
  7. Fadh, salam...
    Orang lama katakan, jampi serapah ni dah sebati aje, ha ha ha...

    Sebab tu orang asli payah nak masuk Islam. Kata mereka, seme kena baca. Makan kena baca, mandi kena baca, tidur kena baca, bangun tidur kea baca, ha ha ha.

    DPMP ni macam tu lah. Masa mesyuarat resolusi macam-macam. Habis je mesyuarat resolusi pun hilang...

    ReplyDelete
  8. Yth sdr Bung Shahir @ kantan, salam,...

    Aduh!, macam mimpi rasanya saya, apabila berhadapan dengan sdr di laman ini. Saya seperti hilang kata-kata dan apa nak sembang balik dah tak tahu.

    Terima kasihlah kerana sudi singgah dilaman saya.Harap singgahlah selalu.Saya telah mencari-cari e-mail sdr tapi tak dapat. Saya akan usaha lagi. Barangkali saya yg kurang fasih dengan hal layar melayar ni. e mail saya ialah Hamzah5131@Gmail.com

    Apa khabar bung! saya sudah lama tidak aktif dalam banyak hal sekadar menulis sikit-sikit sebagai perentang waktu. Sedikit hari lagi saya akan keluarkan buku saya mengenai Makam Keramat Bukit Tersan setelah di edit oleh sdr BCD.

    Saya gembira di atas kedudukan sdr sekarang sebagai orang No. 1 dlm Trade Union.

    Assalam mualaikum, jumpa lagi.

    ReplyDelete