BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT TAMAN BUDAYA NEGERI PAHANG, KUANTAN.
Saudara-saudara Perwakilan Yang Saya Hormati Sekalian,
Saya ingin mengumpan sedikit pandangan pada Mesyuarat Agung pada kali ini agar saudara-saudara terpancing untuk melahirkan satu pandangan yang lebih besar dan lebih bermakna. Marilah kita sama-sama menilai kembali perkataan "persuratan" yang menjadi kata kunci kepada pertubuhan DPMP ini. Pada hemat saya "persuratan" pada nama DPMP, bukanlah sekadar membawa amanat terhadap penulisan, bahasa, sastera dan budaya. Sebaliknya, ia membawa amanat yang lebih besar merangkumi setiap cabang keilmuan dan kehidupan samaada yang tersurat dan tersirat.
Kita harus perbetulkan ini. Jika selama ini kita tersalah pandang terhadap amanat yang dipikul oleh DPMP, sedangkan DPMP ini, sebenarnya sebuah pertubuhan Melayu yang sangat ideal dan sangat luhur.
Dengan makna persuratan ini, amanat DPMP menjulang peradaban satu bangsa, berjuanga untuk raja, negeri dan masyarakat, memelihara ketuanan bangsa, dalam wadah yang selama ini kita secara sedar atau tidak sedar, terfokas hanya kepada aspek penulisan. Dengan hal sedemikianlah telah tergaris satu sempadan antara DPMP dengan orang ramai, atau punmasyarakat. Saya khuatir, jika masyarakat terpisah daripada DPMP, di mata masyarakat hanya melihat DPMP, bukan sebagai pertubuhan eksklusif yang mereka segan dekati, tetapi DPMP dilihat sebagai sebuah pertubuhan yang terpinggir dan terpisah, ibarat kapal antik di tengah lautan, direnang tak sampai, dilambai tak datang.
Barisan kepimpinan DPMP hari ini saya berharap bersedia membuka pintu pertubuhan ini untuk menjadikan keluarga DPMP ini sebuah keluarga besar, sebuah keluarga melayu, sehingga setiap orang Melayu merasakan DPMP itu mereka dan mereka itu dirasai kepunyaan oleh pertubuhan ini. Dengan melebarkan keanggotaan pertubuhan ini kita harus pertamanya, mendidik orang Melayu di negeri Pahang bahawa mereka harus peka dan insaf terhadap peradaban, kenegerian dan ketuanan Melayu mereka dan integriti serta martabat kemelayuan mereka.
Dalam setiap jalur kehidupan dan bidang kerja orang Melayu, ada yang akhirnya kenal DPMP, ada yang akhirnya menjadi ahli DPMP. Mereka harus sedar dan disedarkan bahawa, walau pun mereka tidak bercita-cita menjadi penulis, pengarang, penyair, novelis dan cerpenis umpamanya, namun DPMP adalah pertubuhan Melayu yang terkendong seluruh zat kehidupan Melayu di negeri Melayu ini.
Apabila keluarga DPMP menjadi besar, sebagai contoh termudah, bukan sahaja pertubuhan ini menyumbang kepada pertumbuhan sosio-budaya Melayu yang teras dan mantap, tetapi kemeriahan, keindahan,kegembiraan berpersatuan di dalam DPMP akan benar-benar dapat dikecapi. Inilah sasaran yang sangat diperlukan oleh DPMP pada masa ini, pada hemat saya.
Kita telah melihat bagaimana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, apabila Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Melayu telah dipindahkan ke dalam bahasa Inggeris, sebahagian besar orang Melayu tidak mengambil berat dan tidak merasakan ia sebagai satu ancaman kepada bangsa Melayu apatah lagi maruah dan kedaulatan serta ketuanan Melayu. Ramai yang leka. Ramai berpeluk tubuh. Malah, ramai yang menyerah kalah!
Kalau perlu - ini pandangan dan cadangan ikhlas saya - DPMP melebarkan perjuangannya, dengan mengembangkan lagi perlembagaan pertubuhan ini dengan memasukkan secara lebih jelas dan terperinci, aspek-aspek sosio-budaya, ekonomi dan pendidikan Melayu, agar DPMP dekati dengan lebih mudah oleh orang Melayu yang selama ini merasakan pertubuhan ini asing bagi mereka.
Dengan ini, DPMP akan lebih ramai kawan, lebih ramai pendukung dan penyokong, lebih ramai saudara Melayunya. Lebih banyak pentas dan forum dapat disertai oleh DPMP, lebih banyak aktiviti dan program dapat dijalankan, lebih meriah, lebih hebat, lebih seronok dan lebih gagah DPMP.
Barangkali pandangan saya ini terlalu ideal. Terlalu fantastik. Terlalu bombastik dan barangkali juga di hati saudara-saudara saya ini,satu keterlalauan yang terlalu, terlalu!
Urus Setia DPMP,
E-1319, Wisma Al Warisan,
Jalan Bukit Ubi, 25000 Kuantan.

salam pakcik,
ReplyDeletebaru2 ni saya balik ke raub,saya ada singgah di gali dan bercerita dengan salah sorang anak arwah cik rahim(Capah) pasal pakcik..dia kata dia kenal pakcik..selalu geng2 arwah, kalo ke rumah,dia kata dia la tukang buat air.Paling sibuk bila dah dekat2 pilihanraya!!Dia ada menyebut nama baharuddin sidi..mungkin kah ini orangnya??
berkenaan DPMP ni,saya setuju...memang ramai orang yang tidak menyedari dan tidak tahu pun kewujudan sebuah pertubuhan yang sebegini rupa.DPMP seolah2 tidak mesra rakyat..sepanjang saya menyertainya dulu,tidak ada rakan2 sebaya yang menceburinya kerana tidak mendapat maklumat yang sebenar tentang fungsi DPMP tersebut!!DPMP sepatutnya diperkenalkan diperingkat sek2 lagi...kerana ramai pelajar2 yang berminat dan berbakat!!
Tok Mat Insyallah keluar esok. pergi hospital berehat kat sana sedap jugak pakcik. makanan berkhasiat. darah cheak selalu. cuma banyak nyamuk masa saya tidur situ..
ReplyDeleteAssalamualaikum buat Sdr Hashim,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi tinggalkan komen dlm blog saya. Semoga sentiasa dirahmati sekeluarga, hendaknya. Selamat Berpuasa. Rindu saya, dah lama tak balik ke Kuantan...
Salam Bapak!!!! sekadar memberikan secalit pandangan yang naif,dari pemikiran org kecil seperti saya...sebenarnya apa juga pertubuhan orang melayu selalu jadi ternanar ada lah di sebabkan adanya unsur2 politiking dan terdapat orang yang cuba mencari kepentingan diri.Kesian orang melayu sebenarnya,lihat saja rajuk Pak Samad dengan sikap politikus2 melayu kita.Mereka itu pagar yang memakan padi.Maaf jika bicara saya ini tidak sesuai di hati bapak maupun sesiapa sahaja.Selamat Berpuasa.
ReplyDeletesalam ramadhan nul karim
ReplyDeletehai, salam puasa,
ReplyDeleteLama p.cik tak menulis. 'Modem' buat hal sikit.
Apa yg hai sebut tu betul.
Baharuddin Sidi atau BCD orang yg sama. Kawan baik kami sejak dari dulu/ muda lagi sampai sekarang. Sayangnya Wak Dol (Rahim) dah meninggal.Tapi klu dia masih hidup usianya mungkin sudah 90 tahun atau lebih.
Maksud cadangannya ialah mengenai DPMP yg walau pun sudah wujud lama masih belum dikenali orang, tidak mesra rakyat. Dia mencadangkan agar fungsi DPMP lebih luas menyeluruh dalam semua bidang bahasa seni dan budaya dan mengajak seluruh rakyat di Pahang menyertai DPMP.
Norza, salam puasa,...
ReplyDeleteSaya puas meningati apalah yg saya komen tentang n3 puan. Setelah mencarinya, Oh! "sesaat yang hasil" Allah Hu Akbar.
Carilah sesaat yg hasil dalam Takbir itu.
Selamat berpuasa.
ubilepih, salam puasa,...
ReplyDeleteMemang,
pandangan Ubi terhadap persatuan orang melayu, tidak silap lagi,
kerana ada kepentingan dihujungnya hajatnya, maka persatuan orang melayu porakperanda, lalu hilang punca , jatidiri dan segala.
Jadi, apa alternatif kita?
Jangan biarkan Pak Samad sorang saja
yang menyalak bukit itu...
sekadar menjadi anjing.
Tidak akan runtuh iya..
tidak akan patah pagar dan bukit itu...
sekiranya masih ada orang melayu yg kecik hati.
Selamat berpuasa...
Assalamualaikum Pak Hashim,
ReplyDeleteSemoga dirahmati Allah dan diberikan kekayaan kesihatan tubuh badan.
Saya ada membaca tentang catatan Pak Hashim dalam Blog Titik Bukan Noktah ini berkenaan Keturunan Tok Baginda Demu Raya di Yong.
Sebenarnya, saya diminta oleh sahabat-sahabat untuk membuat kajian tentang Sejarah Kg. Pagar. Dalam usaha saya itu melalui perbualan dengan orang lama di Kampung, mereka kerapkali menyebut tentang Tok Demu (pada awalnya saya sangkakan ejaannya Tok Temu) dan Tok Deyong.
Bagaimana saya boleh berhubung dengan Pak Hashim untuk saya sahkan sejarah pembukaan Kg. Pagar, Penjom yang dibuka oleh keturunan Tok Baginda Demu Raja di Yong.
Baru-baru ini juga saya juga ada mengambil foto terkini Masjid Lama Kg. Pagar, Penjom yang dikatakan tidak musnah semasa banjir besar tahun 1926. (Kalau Pak Hashim mengetahui tentang Sejarah Masjid ini, mungkin boleh membantu saya untuk menghuraikannya.
Terima Kasih Pak Hashim. Harap dapat berhubung nanti.
Assalam mualaikum. selamat menyambut hari raya Aidil Fitri.
ReplyDeleteNampaknya betulah cerita lama tentang Pak Kadut. Menang sorak, kampong tegadai dan bila nampak luncai terjun dengan labu-labunya kita biarkan..biarkan..biarkan.
Apa susah. Kalau dua- dua merajuk ana kawin tiga.. hei.
mesti pandai pembohong
mesti pandai temberang
tetapi, jangan sampai
haai pecah tembelang.
maaf zahir dan batin.
msha.
cucu baru tiga.
ReplyDeleteShim!
saya nak jemput kenduri bawa balik menantu pada
17 oktober, 2009 bertempat di Dewan Mat Kilau, jam 11 pagi hinga 3 petang. Bawa keluaga sekali.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Saudara Hashim Zabidi sekeluarga serta kepada pembaca blog ini. Maaf Zahir Batin.
ReplyDeleteYang Ikhlas
Mat Amin
(KINI DAN SILAM) http://matamin02.blogspot.com
Salam Pak Hashim,
ReplyDelete"salam Syawal yang jernih".
selamat hari raya pak hashim zabidi.
ReplyDeleteShaimy (Galeripantaitimur),
ReplyDeleteSelamat hari raya, maaf zahir batin.
Tak dapat nak janjilah Shaimy,
Kalau tak ada aral melintang,
kalau badan tidak terlentang
kalau ada umurku panjang
kalau tak ada anak cucuku menghalang,
tau sajalah mereka selalu bimbang
Insya Allah adalah aku datang.
Salam Raya Pak Amin,
ReplyDeleteTerima kasih Pak Amin kerana dari jauh mengucapkan selamat hariraya kepada saya dan keluarga. Saya berdoa semoga Pak Amin sihat-sihat sentiasa. Semoga Pak Amin terus menulis dan menceritakan kesah silam itu untuk orang kini.
Usaha Pak Amin yang murni mudah-mudahan ada ganjaran dikemudian hari.
Selamat berjuang Pak Amin.
Salam raya sdr.Zulkifli Mohamed,
ReplyDeleteSama-samalah kita berhari raya,
sama-samalah kita bertakbir
sama-samalah kita berzikir...
Salam raya AJ,
ReplyDeleteSementara syawal masih panjang,
sama-samalah kita berpanca tangan,
saling bermaaf-maafan,
pohon restu dengan tenang,
pada Allah yang maha penyanyang,
mudah-mudahan usaha kita berpanjangan...