Followers
Saturday, September 19, 2009
Sepanjang hayat 101 - SELAMAT HARI RAYA ' IDILFITRI
Saya atau aku atau keh HAJI HAMZAH @ MOHAMAD HASHIM BIN HAJI MOHAMAD ZABIDI atau PAKNGAH dan isteri MAHANI BINTI ABU SAMAH atau MAKNGAH:
Menyusun jari 10, memohon ampun ampun maaf di hari baik bulan baik ini, di atas segala kesalahan, kesilapan dan keterlanjuran tutur-tulis dalam membelog sebanyak 100 entri dan komen-komen sama ada memberi dan menjawab yang telah saya buat untuk teman-teman blog, pengikut-pengikut dan peminat-peminat saya sekalian.
Manalah tau kok ada yang tercuit, tercapit dan terjentik maklumlah dalam hidup ini macam-macam boleh terjadi sama ada disengajakan atau tidak. Ya! macam-macam boleh berlaku. Tengah-tengah bercakap tiba-tiba mati pun ada. Oleh hal yang demikian dan justeru kerana itu, saya minta ampun maaf banyak-banyak.
Tiada yang mustahil, tiada yang memberi bekas, tiada yang sempurna, tiada yang seumpama dan tiada yang bergerak sesuatu dalam alam ini melainkan dengan kehendakNya. Yang buruk yang hina dikatakan dari kita dan yang baik dan cantik dari Allah sebenarnya adalah kehendakNya jua.
Jadi dalam hidup ini biorlah kita ini sempurna. Kalau cantik maka sempurnalah cantiknya. Kalau buruk maka sempurna jugalah buruknya. Dan kalau cacat maka sempurna juga cacatnya. Tiada yang lebih atau kurang dari kesempurnaan...
Seperti telah saya katakan diawal puasa bahawa saya mengambil keputusan bercuti menulis selama sebulan. Kini dipenghujung puasa dan esok kita menyambut hari lebaran iaitu Hari Raya Idilfitri yang mulia. SELAMAT HARI RAYA semua MAAF ZAHIR DAN BATIN.
sehingga kita berjumpa lagi, salam Idilfitri semua.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Pakngah,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya heheeheee
wah gambar terbaru ke tu ? siap ada ketupat lagi, kirim salam dekat Makngah yer, tahun ni kami sekeluarga tak balik Raub.... saya nak pergi sendiri tak berani,
Jadi saya pun nak minta maaf juga sekiranya ada terkasar bahasa selama ini. Insyaallah kalau ada rezeki kita berjumpa lagi.
p/s nak merasa semua makanan itu buleh tapi jangan lupa pula kesihatan diri :)
asalamualaikum pak ngohnye..
ReplyDeleteSelamat ari raye pak ngoh dan keluarge,setakat ni takde lagi kesilapan yg pakngoh dah sengaje maupun tak sengaje kan buat diri koi ni..
apepun mungkin koi yg patutu muntak ampun dan maap buat pakngoh andai ade kate yg menyinggung perasaan,ANDAIKATA adelah..kalo xde alhamdulillah.
muge raye ni pakngoh gembira selalu,selamat beraye yak..muge panjang umur murah rezki dan sihat selalu,kim salam keluarge buat keluarge di sane,saya raye ni balik ke SEGA TAT umoh mak mertua,kala ade rezki koi ka lipis nt koi akan cari la umah pakngoh te..insyaAllah yek..
aslamaualaikum
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti dari IMCurtain.
ReplyDeletep/s: We would like to invite all bloggers to join our blogging community which can helps you getting more visitors to your blogs. It's totally free! Social Blogger Community
Ida, salam raya,
ReplyDeleteMualaikum salam warmth....,kata makngah, pada Ida dan semua.
Hariraya pertama, yg jantan dan bujang-bujang saja yg balik. Yg berkeluarga hariraya kedua katanya. Kalau nak tengaok rumah karam dgn anak cucu datanglah. Masya Allah...
Selamat hari raya...
mazru, salam raya...
ReplyDeleteAik! aok berbini orang Sega Tat, masya Allah. Keh ni orang Sega Tersan, kilir je sikit. Dekat ke dgn rumah Tok4 Mat engkot? Waris keh tu.Entahkan ada bau-bau macang agoknya kita nih. Kecek je Pahang ni ye!!!
Oh! ye kalau ke Lipis datanglah ke rumah. Talipon ke pakngoh 019-9790158.
Aduh! selamat hari raya dan rajin-rajinkanlah berkunjung ke laman pakngoh...
IMcurtain, salam raya...
ReplyDeleteWelcome, if you could do it for me. My Gmail is Hamzah5131@Gmail.com Titik Bukan Noktah. Thank you.
salam pakcik,
ReplyDeleteselamat hari raya. hati-hati makan kuih raya..
As'salamualaikum, Pak Hashim, dekat 2 bulan sy tak singgah di blog Pak Hashim, ingatkan Pak Hashim gi umrah ke ape..alhamdulillah..
ReplyDeletePak Hashim,saya amat tertarik dengan ayat ini "TENGAH-TENGAH BERCAKAP TIBA-TIBA MATI " tetapi berapa ramai kah yg menhayati ayat itu ?? dlm menjalani hari2 mendatang ayat yg Pak Hashim berikan harus di ambil iktibar..kematian demi kematin di merata tempat..Jalan raya, Lebuh Raya, Bandar Raya, Kota Raya, jalan tak berapa nak raya..semua berdepan dengan kematian..??
Salam Pak Hashim..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya saya ucapkan kepada Pak hashim sekeluarga. Terus terang saya kata selama sebulan pak Hashim tak kealam maya ini menyebabkan kome terasa sunyi. Saya juga memohon maaf kepada Pak Hashim jika ada tulisan atau komen komen saya yang membuat pak hashim terasa . Kirim salam jelah kepada orang Lepih, nak kirim lemang dah habis..
salam pak hashim,
ReplyDeleteSelamat hari raya!!tak sempat nak ke lipis...sebab masa suntok sangat..saya balik ari je ka raub rumah pak long sahak (sate)kat lipis pun tak gi....
Salam Pak Hashim..
ReplyDeleteBegitu juga dgn kwn ..kwn nak minta maaf zahir batin jika ada tersasul maupun keterlanjuran tinta dlm berblog..
Dengor cerita Lemang beloh tempat Pak Hashim tu sedap2 belaka..
Md.Suak, salam raya...
ReplyDeleteMemang lama kita tak bersua. Saya memang minta izin cuti sebulan, hormat ke bulan puasa.
Bak mati ni, setengah orang kata, jangan main-main. Setengah pulak buat main-main. Maka itulah jadinya. Suka-suka sangat tiba-tiba mati. Sakit berbulan-bulan bahkan bertahun singga dah main tai, tak juga mati-mati. Dimana silapnya.
Jadi kita kena hayati bak mati ni dengan serius, barulah mati itu beristilah kembali.
endiem, salam raya...
ReplyDeleteMatnya aok tak balik ke Lipis raya ni. Kas satu saf aje dgn father in-law aok masa sembahyang raya di Masjid Tempoyang.
Seperti kata kas dgn Md Suak di atas tadi, kawas memang ambil cuti sebulan bulan pose ni. Bukan apa, lepas berbuka gesa-gesa ke masjid. Balik masjid kang badan dah letih. Sementara tu layan pulak makngah tengok drama Sekar. Jauh malam sikit, bila terlepas witir di masjid, kena buat di rumah pulak. Kalau dan dgn tarawih Madinah dan Makah, tunggu pulak sekejap. Ada masanya samapi kul 3 baru tidur.
Jadi bak salah silap ni adat hidup. Macam budak budak lepas kelahi baik balik. Gigi dgn lidah berkelahi. Biasalah tu.
hai, salam raya...
ReplyDeleteItulah gaya deme. Balik sesekali bekejor berambat, mana tak tersampuk. Raub / Kuantan tu bukannya dekat. Haiii, jangan buat lain kali.
Bini Paklong Sahak (sate) aok tu sebenarnya anak saudara sepupu pakngah. Kena belaka,belah pakngah kena dan belah makngah (aruah - dan bukan hok dlm gambar di atas tu, Itu gantinya)pun kena.
relevan, salam raya...
ReplyDeleteSama-samalah kita bermaaf-maafan.
Saya tak melemang tahun ni. Anak-anak yang dah berkeluarga tak balik. Yang jantan-jantan bujang je yg balik. Deme tu bukan boleh diharap. Kalau suruh menunggu lemang, memang ditunggunyalah sampai hangus. Jadi saya pakat-pakat dgn makngahnye, tumpang aje melemang dalam 3 ke 4 btg dgn sdr dekat. Ok juga lemangnya. Beloh 4 siat je, terjulur jatuh ke lantai. Sayapun cepat=cepat ambil, sambil cut cut cut buat latoh. Hemmm, sedap...
Greetings, Mr. Hashim, easy acess my third my blog's image of my familys, marks the introduction, may never see you ..?? asess will be able to remove after the ratification of Mr. Hashim .. TK
ReplyDeleteFormer Pahang Chief Minister Datuk Abdul Rahim Abu Bakar died at his residence at Jalan U-Thant here at 7:10 the night of a heart attack believed.
ReplyDelete66-year-old Allahyarham.
His second son, Rosnita, 35, Bernama when met at his residence said his father was waiting for the call to break the fast at the dinner table when suddenly no longer found by her mother to breathe .... in'nalil'llah hewa'inna helahruhjiun ..
Eid Mubarak.Yang Sempurna untuk bapak.
ReplyDeleteArisel Ba melafazkan ucapkata: memberi dan menerima kemaafan, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Kami raya ni berjalan aje - Raya pertama dari Kuantan ke Jerantut (Perlok, Ulu Cheka) dan Kuala Lipis. Raya kedua ke Penjom/Pagar, Kuala Lanar, dan Temau, Raub. Raya ke tiga, ke Lembah Klau, Kuala Telang, Tanjung Gahai, Tersang 2, Raya ke empat, ke Taman Amalina Raub, Gali dan Tranum. Raya kelima balik Ke Kuantan - maaf tak sempat singgah kat rumah Bong. Mungkin aku datang masa yang lain...
ReplyDeleteMdsuak, salam,...
ReplyDeleteWell, bravo! I'l do it and thanks for the informatin. Also please note that my english is running bad due to lack of pratisig especially in spelling.
Allahyarham Dato' Rahim Bakar, Alfatihah...
Ubi, salam...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, maaf zahir bati. Namun ianya tidak cukup sempurna kalau tidak ditangguhkan di meja teh tarik. Benludin pasti bersetuju...
Arisel BA, salam...
ReplyDeleteWah! habis Pahang barat kena tawan dengan beraya sakan.
Saya ditawan oleh anak cucu dan anak buah sampai tak terkata apa. Sekali sekali rumah macam cina karam. Aduh! semangatnya hari raya...
ha ha ha ... begitu lah seronok nya berhari raya dgn anak cucu ya... Alhamdulillah kerana kita masih diberi waktu nya...
ReplyDeleteSaya pun pertama kali berhari raya dgn cucu dan anak jantan yang baru belajar berjalan... he he Seronok nya melayan kerenah mereka.. berhambat sana, berhambat sini...
Selamat Hari Raya Pak Ngah..