Musim buah durian dah sampai ke penghujungnya. Kulit durian yang berlambak belum lagi reput turut memberikan semacam bau yang meloyakan, bukan lain dari bau tempoyak masam - tempoyak kegemaran orang sebelah Pahang Barat.
Yang memolo, entahkan beberapa buah molo telah siap dan disusun rapi dalam dan luar peti ais. Tempoyak untuk dimakan dalam bulan puasa yang tinggal kurang dari sebulan lagi. Agaknya sepanjang bulan ramadhan ni resepi masakan asyik gulai masam tempoyak ikan talapia menjadi hidangan berbuka puasa - belum lagi puasa dah terasa lapar. Aduh!.
Yang senonim, masing-masing pula sebok tempah menempah baju baru, kurunglah, kebayalah, kebarunglah dan macam-macam termasuk baju melayu merah kuning hijau dan biru. Tukang jahit di kedai angkat tangan, surrender, tak daya nak goyang kaki lagi menolak tempahan - bahang hari raya yang semakin hampir.
Yang satu lagi, di pekan sari, ada yang pilih selipar jepun, capal, ketayap dan kain pelikat cap gajah, konon untuk pakai ke masjid surau sembahyang terawikh. Bagus sangat. Lepas aje buka puasa dengan mertabak sebuku, air sirap, bubur pisang campur sagu, gulai tempoyak tolak tepi, sembahyang maghrib kucar kacir, kejar ke masjid surau jemaah isya' dan terawikh. Nak habiskan 8 rakaat dah nak terkencing. Salam kanan salam kiri bertebarai ke tandas. Lepas keluar tandas, hangguk sana hangguk sini, jom... Sunat witir entah kemana, tedarus jauh sekali.
Tiba-tiba dah berlonggok di Alamanda...
Bulan puasa jadi mangsa.
Masya allah!
Yang memolo, entahkan beberapa buah molo telah siap dan disusun rapi dalam dan luar peti ais. Tempoyak untuk dimakan dalam bulan puasa yang tinggal kurang dari sebulan lagi. Agaknya sepanjang bulan ramadhan ni resepi masakan asyik gulai masam tempoyak ikan talapia menjadi hidangan berbuka puasa - belum lagi puasa dah terasa lapar. Aduh!.
Yang senonim, masing-masing pula sebok tempah menempah baju baru, kurunglah, kebayalah, kebarunglah dan macam-macam termasuk baju melayu merah kuning hijau dan biru. Tukang jahit di kedai angkat tangan, surrender, tak daya nak goyang kaki lagi menolak tempahan - bahang hari raya yang semakin hampir.
Yang satu lagi, di pekan sari, ada yang pilih selipar jepun, capal, ketayap dan kain pelikat cap gajah, konon untuk pakai ke masjid surau sembahyang terawikh. Bagus sangat. Lepas aje buka puasa dengan mertabak sebuku, air sirap, bubur pisang campur sagu, gulai tempoyak tolak tepi, sembahyang maghrib kucar kacir, kejar ke masjid surau jemaah isya' dan terawikh. Nak habiskan 8 rakaat dah nak terkencing. Salam kanan salam kiri bertebarai ke tandas. Lepas keluar tandas, hangguk sana hangguk sini, jom... Sunat witir entah kemana, tedarus jauh sekali.
Tiba-tiba dah berlonggok di Alamanda...
Bulan puasa jadi mangsa.
Masya allah!
salam pakcik,
ReplyDelete-semoga sihat selalu...
-mungkin mereka menghayati keindahan kubur cina depan Alamanda tu. Mungkin juga ia akan mengingatkan kematian...
Salam Pakngah,
ReplyDeleteKat Kelantan pun tak ada yang kurangnya, sebelah malam dalam bulan Ramadhan pun penuh juga orang keluar 'shopping' apatah lagi di akhir2 Ramadhan , bagaimana saya boleh tahu ?
err..er.. saya pom ada juga keluar belah malam hahahaaa... tapi saya buat kerja ni bila ada 'keuzuran' jer.
Sekarang ni saya dah insaf sebab hati dah rasa tak sedap , tak sedap sebab turut sama memeriahkan 'supermarket' di malam yang penuh dengan tawaran pahala yang hebat .
Tawaran ini hanya ada datang sekali jer dalam setahun dan mungkin tawaran terakhir dalam hidup kita . Siapa yang tahukan ?
Pak Hashim.. Salam
ReplyDeletebulan posa datang setahun sekali..ada offernya.
kat supermarket pun ada offernya.
saya baru bercadang nak ke dong mengambil tempoyak yang dah ditempah minggu depan...saya paling seronok bulan puasa ni,ini la masanya boleh berjimat sikit..
ReplyDeletetapi saya yang pening kepala nak menyediakan senarai menu kuih untuk berbuka...pasal anak2 saya suka berbuka dengan kuih,tapi diorang tak kisah lauk ape2 je...kalau bersahur padan ngan lauk telur atau nasi goreng je...
biasanya,kitorang makan nasi lepas terawih,so tak de la masalah sangat!!
salam pak ngah,
ReplyDeletedi saat Allah menawarkan pakej pahala berlipat ganda...di saat itulah nafsu tergoda dengan tawaran tauke2 pasaraya atau pasar malam...tepuk dada tanyalah iman.
Pah hashim, prepare raya awal supaya x berlaku pembaziran pada hari raya... kalau tak.. habis raya.. poket pun kering..
ReplyDelete_______________________
View Profile: Rantong™
salam,
ReplyDeleteoh. tiba2 teringat peristiwa di malam ramadhan. mungkin warga muda ini masih belum menghayati keindahan bulan ramadhan itu. bak kata orang, pemuda harapan bangsa. *eh?*
ben, salam...
ReplyDeleteJangan mintak mati, nanti jadi bangkai jadi habuan cacing. Kalau "kembali" kembali dengan ruh dan jasad. Amacam, boleh jadi tak? ha ha ha...
Ida, salam...
ReplyDeleteSudah menjadi lumrah, kebiasaan umat Islam kita. Hari lebaran cuma ada dua Idilfitri dan Idiladha. Kalau terlepas salah satunya, setahun badan merana, ha ha ha
Hariraya kena raiikan, jadi buatlah mana patut, tak gitu anaknda? ha ha ha...
endeim, salam....
ReplyDeleteNampok gayanya kena terima kedua-duanya. Biorlah senget sebeloh. Salawat tarawikh tu kena kuat-kuat sikit, ha ha ha...
hai, salam...
ReplyDeleteKalau makan lepas tarawikh, tak rapat sangat jaraknya dgn sahur? Pakngah, kalau berbuka ringan aje, bila sahur lengkung-lengkanglah menumbuk sambal, kenduri sakan. Lepas tu tak tidur dah, terus aje subuh dan wirid sampai cerah. Bila letak kepala ke bantal, kalau makngah tek kejut, sampai ke zuhurlah jawabnya, ha ha ha...
Fadh, salam...
ReplyDeleteIngat Fadh, tawaran Allah tu sepanjang masa, bukan puasa aje, pakngah puass se...ha ha ha...
Rantong, salam...
ReplyDeleteBiasalah lepas raya, poket kering. Memang simpan duit untuk raya. Masa rayalah kita nak pakai cantik, buat ampau macam cina, buat lemang ketupat dua tiga gantang. Beli daging semua nak ada, daging, tulang, perut muda, hati,kelempung, aduh! Kuih kang kena srat meja, kalau tak, tak ek pulak, ha ha ha...
balqissy, salam...
ReplyDeleteKeindahan ramdhan kalau tak dihayati, pemuda harapan bangsa setakat berderap kulu, berderap kilir, apa jadah? Tak usahlah, takkan berjumpa Lailatulqadar. Peristiwa bulan ramadhan berjumpa si Laila anak pak Kadar mungkin,...ha ha ha...
Peristiwa orang muda di bulan puasa, panjang ceritanya....
salam pakcik,
ReplyDeletehahaha. bulan pose maghrib memang kucar-kacir. nak pulak kalau lauk berbuka tu semenye bersantan. kene pulak dengan air tebu. rasa nak sembahyang baring....
ha ha ha...bagus laa puass se...xtamak...xbaik tamak...tp skrg nie ada plak org yg memandai cipta ayat..."org tamak selalu untung".
ReplyDeletemolo tu apa?
ReplyDeletesalam pak hashim,
ReplyDeletezaman keh bebudok dulu, dekat2 pose ni dh prepare nk buat meriam tanoh..
bobo, salam,...
ReplyDeleteBubur kalau tak bersantan, lagi kucar kacir, sampai ke tarawikh bersungut, ha ha ha.
Fadh, salam,...
ReplyDeleteUntung tu memang untung, tapi tak lama tahannya..
theulek, salam..
Molo tu, cakap org Phg Barat maknanya botol sama
ada kaca atau palstik, boleh di beli atau bekas- bekas yg sudah dikosongkan.
aku, salam...
Dah besor dah tak buat kan? Tolong peringatkan anak-anak, adik-adik sapa-sapalah. Hilang jari, kudung, rompong hidung, bukan ada spare parts.
elok jgk kalau sblum puasa tros shoping,takde menganggu bulan puasa iye x
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteseronok puasa time hujan kt lipis. kena pulak ada al hafiz kt masjid tempoyang...
salam bapak!..budak ulu macam saya ni kalau tempoyak baru buat sambal lada garam kena dengan ulam keladan pergghhh gaul minyak goreng ikan kering makan panas2..emmmm 2-3 pinggan juga lah menaboh nasik..ha..ha
ReplyDeleteKuwe, salam...
ReplyDeleteLe ni takut nak jalan-jalan kat s'market, bimbang selsema bagi mengamuk. Nampaknya kena pakai yang tahun lepas ajelah, he he he.
AMMOSHAM, salam...
ReplyDeleteHarap-harap tak ada ujan tahun ni. Susah nak ke masjid klu ujan. Mungkin takde alhafiz sebab 2,3 tahun kebelakangan ni Imam 1 aje yg bawok sunat tarawikh. Oklah tu...
Ubi, salam,...
ReplyDeleteSambal lada garam, 'lenyek' atas 'sengkalan' Ladanya agak-agak pecah aje, macam sambal bini benci ke laki, asam tempoyak baru, ulam keladan atau jering semai, phuuuh! bila sendawa setanjung tak hilang baunya, ha ha ha...
Nasi panas gaul minyak goreng ikan, perut pulak lapar, mak tuan...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete