Followers

Saturday, December 19, 2009

Sepanjang hayat 116 - Cinta Mat Jan satu cabaran

Mat Jan keluar hospital. Kini terkangkang dirumahnya menderita rabak (luka) yang kian sembuh. Sekali sekala Teh dan anak-anak mereka mengelilingi Mat Jan yang terkangkang. Mat Jan sedih dan hiba. Dia mengeluh

Tiap-tiap hari Teh mencuci luka lakinya, mengganti pembalut dan menyapu ubat baru. Kesian Teh yang boyot terbongkok-bongkok menelek kangkang lakinya di dalam bilik yang tidak berapa cerah dek tingkap yang cuma sebuah dan kecil pula. Kadang-kadang anak-anak mereka menerpa hendak melihat apa yang dibuat oleh ibunya. Riuh rendah Teh menghalau anak-anak mereka supaya keluar. Malu.

"Kawan ni dah tok leh noreh lagi, kurang-kurang seminggu dua. Mana kita nok kekoh duit" tiba-tiba Mat Jan bersuara.

"Doh! nok buat guana" sahut Teh yang langsung tidak ada idea, tiada alternatif bagaimana nak cari duit.

"Aok gi jumpa YB lah Teh, minta bantuan sikit"

"Tak endok keh. Malu. Malu keh nok jumpa YB bawok perut buncit ni"

"Malu ke mende, kita susoh ni", desak Mat Jan beria-ia. " Perut buncit aok tulah modal kita. Aok cite lah kawan ni sondol dek babi. Tak leh keja tak leh noreh. Gi lah.
Kok nya lempor seratus dua ke kita, lepas gok belanja."

..........

Di Pejabat YB

"Aok sapa, laki aok sapa" tanya YB dalam loghat kampung. Senyum tak senyum lerek nya pada Teh yang berseri-seri dengan senyuman yang tak putus-putus.

"Saya Teh, ada gek orang panggil Putih. Laki saya Mat Jan"

"Mat Jan mana satu nie" YB mencapai Akhbar BH hari itu, lalu menyelaknya. Kening YB berkerut sikit.

"Mat Jan, yang uat keje tampa poster YB tulah dulu..."

"Tak ingat saya, tak kenal..." jawab YB selamba.

Dalam hati merodak. Tak ingat? siang malam ngan laki keh masa pilihanraya dulu, leh tok ingat, tak kenal... .Wajah Teh berubah sikit. Hiba dan sedih.

"Jadi aok nak apa", potong YB.

"Laki saya, Mat Jan sakit. Sondol dek bagi dalam kebun getah. Doktor kata hilang batunya sebiji....j j jadi..."

"Kah kah kah" YB mengilai besar. " Dah aok macam mana? Oh! takpelah, aok pun dah mengandung".

Teh diam tak terkata apa. Tak sempat nak minta duit YB dah keluar.

"Miah, buat surat satu", laung YB pada keraninya. " beri pada orang ini biar dia jumpa Welfare" YB bangun lalu mencapai kunci kereta atas meja.

Teh terkebil-kebil tak mengerti.



15 comments:

  1. Salam Pakngah,
    hahahaaaa... nampaknya Mat Jan bijak mengatur strategi ,sampai ke perut Mak Teh pun boleh dijadikan modal.

    amboi 'bekeng'(garang) sungguh YB ni , baru kena marah ke bini kot :P

    ReplyDelete
  2. salam pakngah,

    adat org besar-besar mmg gitu...masa perlu...diperahnya kita...digulanya kita...bila dah menang...dibuangnya kita...dicampaknya kita.

    ReplyDelete
  3. salam..pak hashim,
    masa tepek poster, YB cari mat jan..masa gayut sepanduk ajak mat jan, tapi masa mat jan sakit, tak kenal mat jan.. nasib mat jan.

    ReplyDelete
  4. salam pak ngah,
    eii sakitnye hati dgn tingkah laku YB tu..

    ReplyDelete
  5. salam pak ngah..

    biase la orang besar besar.. bile dah dpt ape yg diidamkan, mula la lupa kita org bawahan nie..

    peace no war!!

    ReplyDelete
  6. Terima kasih YB.
    Mat Jan dan YB dan BABI...bole jadi cerita TBi

    ReplyDelete
  7. Ida, salam...

    Mat Jan tengah sesak tu. YB pula mungkin sedang meneropong mana-mana para artis yg tengah mencari kedudukan dan status diri. Di Malaysia ni YB ada prestiges.

    ReplyDelete
  8. Fadh, salam...

    Takpe Fadh, lepas lima tahun datanglah YB tu cari Mat Jan.Jerat tak lupa ke pelanduk. Susohnya pelanduk mudoh lupa...

    ReplyDelete
  9. endiem, salam...

    YB kurang matang
    asyik ngumpul wang.

    Dia tak tau yang menentukan politiknya adalah orang-orang macam Mat Jan.

    ReplyDelete
  10. Mazru, salam...

    YB yg professional, kena jaga prestige. Mereka sedar bahawa YB sentiasa dalam pemerhatian artis betina bukan PM.

    ReplyDelete
  11. Salam Pak Ngah, Sangat geram dengan perangai YB macam tu. Pernah ada pengalaman benda yang sama jadi pada diri sendiri. Bengang teramat rasanya.

    ReplyDelete
  12. ubi, salam...

    Mat Jan, YB BABI....cerita ?

    ReplyDelete
  13. Wan Nadiah, salam...

    Terima kasih kerana singgah di laman saya. Takde apa sebenarnya, sekadar beberapa orang kawan Mat Jan sedang mengatur strategy untuk menempelak YB. Sekadar, bagai anjing menyalak bukit....

    ReplyDelete
  14. kOm4nd3r, salam...

    Kita tidak ada pilihan lain. Kerajaan dgn pembangkang sama aje. Kalau kita berkecuali bermakna kita tidak mengundi. Undi kta menentukan kerajaan. Jadi kita dipersimpangan. Ditelan mati emak diluah mati bapa. Aduhai...

    ReplyDelete
  15. Salam Pak Hashim,

    Sedap pulak cerita Mat Jan ni...
    Gitulah YB sekarang...kalau dulu dengan Mat Jan boleh bertepok tampo, kini Mat Jan tu, kalau boleh nak dilempo jejauh!...nasiblah....!

    ReplyDelete