Sebaik menjengah dipintu rumah, anak-anaknya menerpa kok kok ibunya membawa kueh atau buahtangan.
"Takde, mok tak beli ape-ape", terkedu budak-budak tu dengan wajah kecewa. Hem.. alahai.
Sebaik menjengah dibilik tempat Mat Jan terkangkang, Teh terus membebel.
"Kalau keh tau gitu jadinya, haram keh nok pegi jumpa YB" Teh melepaskan geram, "YB mende gitu gaya" Lalu Teh bercerita panjang lebar depan lakinya Mat Jan.
"Tok memulas ( tak dapat apa-apa) aok Teh"
Mat Jan kecewa. Bengkak rasa hatinya bagaikan jam itu juga dia hendak melompat, kayuh basikal tua sudirman ke pejabat YB. Ada ke begitu, tak kenal , tak ingat ke kawan yang berhempas pulas tanpa poster dia, sungutnya dalam hati. Tetapi apakan daya dia masih sakit, masih belum boleh berjalan.
..........
Fikiran Mat Jan melayang-layang jauh ke alam angan-angan dan mengimbau ke masa silam. Kalau kawan tak lari dari askar dulu, sekarang ini hampir bersara sudah.
Paling tidak, kalau bukan sarjan, kopral dapat juga, berkat kerja lama sampai pencen.
Lepas bersara duduk dikampung jawatan To Empat mesti dalam tangan. La ni boleh dikatakan Tok Empat rata-rata semuanya bekas askar, Mat Jan mengeluh. Ini semua Teh punya fasal. Ini asyik merengit ajak nikah, surat bertali arus, rindulah, dendamlah, cinta bagai nak mampus, Mat Jan seakan-akan menyesal kerana sikapnya yang kurang tegas itu.
Itulah puncanya Mat Jan lari meninggalkan skuadnya kerana tak tahan menanggung rindu terhadap Teh yang putih gebu, bulat macam kundur. Lepas berkahwin dengan Teh berdasarkan cinta buta, maka hiduplah mereka sebagai orang kampung biasa. Hidup cara orang kampung seperti menoreh getah, mengambil upah buat rumah orang dan apa jua kerja yang boleh mendatangkan duit. Anak pun bertambah lepas seorang seorang dan sekarang Teh mengandung lagi anak mereka yang ke empat.
Sekarang apa jadi? Geramnya pada Tok Empat tak terkirai, geramnya pada YB bagai nak rak. Kalau kawan berenti askar pangkat sarjan, pastinya kawan bukan setakat menampal poster, setidak-tidaknya wakil calun ataupun orang kanan YB. Wakil calun kalu, rumah kawan ni dah tentu separuh batu. Ada kereta buruk seken hen. Teh dan anak-anaknya pasti sekejap sebentar bersalin baju.Aduh! nasib badan.
"Dohlah tu ayohnya, usoh nok beranganlah. Minum ajelah air kupi tu. Idap ajelah kangkang aok tu entah ke bila nok baik".
Mat Jan tersentak dari mengelamun lalu berinsut-insut ke dapur. Teh tengah menghidangkan kopi. Anak-anaknya berkeliling menghadap ubi rebus yang berkenjut panas. Mat Jan mengerling bininya yang sedang membetulkan kembannya yang terlondeh. Sayangnya semakin bertambah.

cabaran mat jan, sabor le..
ReplyDeletesalam pak ngah,
ReplyDeleteasam garam kehidupan...walau segetir mana pun ia...perlu ditempuh jua.
Salam Pakngah,
ReplyDeleteanak dah nak masuk 4, tak mungkin Mat Jan tersilap langkah, lagipun setiap anak ada membawa rezeki masing - masing ke dalam keluarganya...
mereka tidak akan kelaparan, cuma usaha itu kena ada !
p.s kagum dengan Mak Teh , tengah mengandungpun masih buleh berkemban hahahaaa :P
Teruskan Pak Hashim dengan Mat Jan ini..sedikit masa lagi pasti Mat Jan kan menjadi lagenda..
ReplyDeletesalam pak,
ReplyDeletekalau kain tu dilondehkan terus lagi la bertambah kasih sayang mat jan kat bininya..hehe
kesian kat mat jan tu pakngoh...tp masih semangat lg tu
ReplyDeleteendiem, salam...
ReplyDeleteYa! satu cabaran bagi Mat Jan. Harap Mat Jan pulih segera.
Fadh,salam...
ReplyDeleteMat Jan tak dapat elak dari keadaan hidup sebegitu. Nampaknya dia sedar sikit bila kena musibah begitu. Mudah-mudah dia bangkit...
Salam Ida,
ReplyDeleteRezeki yg bulat tak datang bergolek, demikian yang pepeh tak datang melayang. Dengan doa saja tak cukup. Mat Jan kena kerja kuat lepas ni.
Kemungkinan Mok Teh akan mdenghadapi zaman suram kalau dia tak pandai urus diri. Itulah silapnya para ibu yg takde sivik.
Salam relevan,
ReplyDeleteMenurut tapak tangan Mat Jan, Mat Jan akan jadi public figure, kata seorang tukang telek. Betul ke tidak Wallah...
Mudah-mudahan Mat Jan kerja kuat...
ben, salam...
ReplyDeleteMat Jan nakal juga kadang-kadang. Lepa mata anak-anak, direntaknya kemban Teh, boling terus. Terjerit Teh kucar kacir, ha ha ha...
Salam mazru,
ReplyDeleteMat Jan kena ada sorang yg boleh beri galakan. Kalau tidak mati akal dia. Dunia hari ini tau ajelah, sepak terajangnya bukan mudah...
kesian mat jan tu ye.. Mak Teh tu pulak mesti cekal orangnya..
ReplyDelete