Followers

Monday, January 11, 2010

Sepanjang hayat 121 - Ke Temerloh.

Saya ke Temerloh bersama benludin dan ubilepih memeriahkan Perasmian galeri Rajawali oleh YB Dato' Haji Syafik Fauzan bin Sharif Exco Pelancongan, Kesenian & Warisan, Pembangunan Keluarga & Hal Ehwal Wanita Pahang pada 10 jan 2010 (ahad) jam 3.00 ptg di No. 20 Jalan Pak Sako Temerloh Pahang.

Aduh! seronok...

Disana saya dapat bertemu beberapa kawan lama, pelukis, penyaer , blogger, pemusik dan kawan-kawan. Diantaranya Shaimy Hashim, Pak Osman Limat Nazry Samah selain dari Pyanhabib, Abdullah Jones yang istimewa, nikbinjidan dan yang lain lain yang saya sudah lupa namanya yang terdiri dari penerbit, penulis malah producer.

Paling kaget dan dan kagum bila saya disalami oleh semua yang masing-masing menyeru 'itu ayah si Pipi, ayah Pipiyapong si Hilangpunca'. Terdaya apa lagi saya melainkan mengangguk-ngangguk burung belatuk dan tersenyum dengan besar hati membawa wajah tua kerepok ditengah-tengah khalayak muda yang ceria.

Di acara terakhir bila kami dipersilakan ke kediaman Peguam muda Syarie Ahmad Nizam bin Hamid yang menyambut kami dengan amat mesra sekali, saya bertemu pulak dengan sahabat lama seorang penulis, penyaer, dramatis, pelakun, penerbit dan politikus yang bukan lain dari L.Man Kadir Samsi.

Hampir senja kami baru pulang dengan bersalam tidak henti-henti berkali-kali dan berpelukan juga.

Aduh! satu peristiwa pertemuan yang amat klasik sewaktu seusia ini yang mungkin tidak saya lupakan seumur hidup.

Tiba-tiba saya menjadi objek yang sangat popular diberi perhatian sedemikian gaya dan rupa oleh semua orang.

Terima kasih Man Kadir Samsi,
Terima kasih tuan Peguam,
Terima kasih Abdullah Jones
Terima kasih Pyanhabib
dan terima kasih, terima kasih, terima kasih, terima kasih semuaaaaaaaaa!!!!

16 comments:

  1. gang-gang temerloh dan juga rombongan dari KL yg diketuai oleh tuan pyanhabib memang hebat

    ReplyDelete
  2. Salam PakNgah,
    orang lama dan berjasa, malah merupakan seorang sasterawan yang hilang memang akan dihargai dan disanjungi sebab tiada penduanya.
    Saya pun tumpang gembira dengan keadaan itu...

    ah tiba - tiba terasa kagum pula dengan PiPi,
    peminat dia , bukan sebarangan... tapi golongan yang pergi ke Perasmian galeri Rajawali tu...
    peh ! Pipi pun belum tentu pergi ke majlis macam tu kan ? keh keh keh...
    apapun apa sebenarnya Galeri Rajawali tu ?

    - ida

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Hashim..
    Tiada kesempatan lagi nak bertemu dan bersua muka dengan Pak Hashim..Kawan dari Kuantan sampai Temerloh dah jam 6 ptg..sempat juga masuk kat Galeri Rajawali jumpa aZa kartunis..itu pun dia dah berkemas..

    ReplyDelete
  4. Tahniah Pak Hashim!

    Bebiji benih yg terbaik...

    Campaklah ke mana saja...

    Pasti bercambah jua!

    ReplyDelete
  5. wah!bestnya...masih berpeluang mengaktifkan diri...orang muda pun x tentu ada peluang gitu!!

    ReplyDelete
  6. laa..takde peluang lg nak berjumpe dgn pak ngoh ni,nampoknye pakngah ni bukan calang2 org jugek..koi pun suke baca blog hilang punce tu..

    ReplyDelete
  7. salam pakngah,

    koi xtau pn ttg acara tue...tau pn biler acara te dh tamat...mengkala tidok, dpt laa kite berjumpe.

    ReplyDelete
  8. Laa..apsal pak tak pelawe koi sama..Koi nak pegi aritu tapi takde geng..

    ReplyDelete
  9. ben, salam...

    saya angkat tangan...

    ReplyDelete
  10. Ida, salam...

    Ini semua ketelanjuran, kebetulan dan teruja.

    Rajawali adalah kumpulan pelukis-pelukis Temerloh yg giat mengumpul pelukis-pelukis tempatan untuk diketengahkan dan diperhatikan...

    ReplyDelete
  11. relevan, salam...

    Mungkin salah satu dari kita terlambat dan tercepat. Kalau bertembung yek, tak tau apa nak jadi...ha ha ha...

    ReplyDelete
  12. abdultalib, salam...

    Terima kasih abutalib
    barang yg tidak disengaja
    cambah dan melata
    belum tau gimana rupa.

    ReplyDelete
  13. hai, salam...

    ada-ada saja
    tua yg tak sereka
    tak sedar hari dah senja
    terikut-ikut lagak rang muda.

    ReplyDelete
  14. Mazru salam,

    kebetulan belaka
    anak dengan ayahnya sama
    Pakngoh menggalakkan aje.

    ReplyDelete
  15. Fadh salam,

    panjang umur bertemu kita. Mudah-mudahan...

    ReplyDelete
  16. Pengembara Silam, salam...

    Apa-apapun kontek aje
    ubi lepih, benludin
    ataupun saya
    baru seronok kita berbicara, ha ha ha

    ReplyDelete