Followers

Tuesday, March 9, 2010

Sepanjang hayat 135 - DIRGAHAYU LEPIH

Ini bukan setakat khabor-khabor angin. Bukan sok sek. sok sek lagi. Ini betul punya. Dah konfem satu Malaysia bahawa PM 1 Malaysia akan melawat Lipis selama 3 hari - 19-21 Mac 2010.

PBT , JKR dan semua yang terlibat sedang menyiapkan Bandar Lipis gemerlap, bercahaya dan bersinar untuk menyambut keberangkatan tiba PM Najib pada hari tersebut. Jalan sudah ditar baru. kiri kanan jalan sudah di trim. Mana-mana jalan yg kotor macam nak dibasuh dengan breeze. Padang Majlis Daerah sudah penuh dengan kemah-kemah sekali dengan pentas. Sekitar bandar dihias dengan pelbagai dekorasi yang dibawa dari Kuantan dan Kuala Lumpur. Bandar Lipis tip top.

SAMBUTAN 50 TAHUN KEMENTERIAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH MALAYSIA akan dirayakan di Lipis.

Bayangkan 1 Malaysia akan dihimpunkan di Kuala Lipis. Orang Kuala Lipis akan menjadi kaya raya selepas ini. Bayangkan berapa juta ringgit Malaysia akan ditaburkan di sini. Kalau orang Lipis tak kaya juga di tahun harimau ini, tak tau nak cakaplah kawan.

Rodong rodong blog adalah diingatkan supaya tidak lupa datang. Benda yang jarang-jarang berlaku di sini rodong-rodong tak patut kalau tak cakna, tak ambil pot.

Kawan pulak mungkin ke Kok Diang Kedah dan bini kawan ke Kota Baru, sebab kawan adalah bapak saudara kepada yang hendak menikoh pada tempoh tersebut.

Dirgahayu Kuala Lipis!!!...Dirgahayu Najib!!!...Dirgahayu!...dirgahayu!...dirgahayu! semua...

26 comments:

  1. saya juga akan 'lari' ke kedah pada 19-21 mac

    singgah la ke pendang...

    ReplyDelete
  2. laaa... org duk luor lepih balik ke lepih, org duk lepih, pakat lari belake. hehehehe...

    ReplyDelete
  3. pak,
    nampak gaya nak ribut dan hujan lebat ni. mungkin nak menyambut kedatangan PM kita..

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah Pak Hashim..entah2 kawan pun kena kerja kat sana dalam menguruskan sistem kebersihan kat Lipis tu..

    Aok tunggu je kome kat sana yak Pak Hashim..

    ReplyDelete
  5. Dirgahayu juga drp kawan utk org lepeh dan PM kita. Cuma kawan nok juga ngabor moh laa datang ke bandar Jerantut yg berstatus ulu ini pulok, dapat jalan molek dalam bandor pun tahan dah.

    ReplyDelete
  6. Kas pun nak balik Lepih juga..

    ReplyDelete
  7. ben,

    Tak makan freelah kita.dengor kabor tiap-tiap hari makan free, bior ke ubi ajelah sorang.

    Memang sah hujan ribut akan turut menyambut PM kali ni. Tanah Orang Kaya ni mana boleh buat tak ketahuan.

    ReplyDelete
  8. piewahid salam,

    Gone nak menahan orang nak nikoh. Kawan kena pegi gak. Aok tu kena baliknya...

    ReplyDelete
  9. relevan salam,

    Kawan ni kena menikoh ke anak sdra. Program tu tak leh nak kensel. Eloklah aok dtg tu, tolong org Lepih ni buat kerja.

    ReplyDelete
  10. Yasin salam,

    me kalau PM naik kereta ikut Jerantut, mungkin jln kat situ kena dibaiki juga.
    Kalau dia ikut atas angin, tak memulas deme org Jerantut. Sambil-sambil balik ke kampung tu datanglah ke Lepih ni. Ikut Kg Atong / Kerambit dekat sikit.

    ReplyDelete
  11. endiem salam,

    Moleklah aok balik tu. Tengok org Lepih beraya sakan dgn PM. Kawan mungkin ada dah hari Ahad tu.

    ReplyDelete
  12. salam,
    Mule sekali koi mohon maaf krb tidok menalipon semule td,psst..koi ander 2 sim kad satu tepon,satu te koi gune buat internet jek(BB)...

    Ape pun kala koi ke lepih..insyaAllah akan kontek Pak Hashim...

    Seronok la org Lipis..mmg jem la jalan pd hari tu kalo satu Malaysia turun ke sana..

    Lipis the Best!

    ReplyDelete
  13. Nampak gaya, raya le orang Lepih Tuan Haji. Takpe le, bukan selalu.

    Seronokle orang berniaga, jual ape pun habis, maklumlah orang ramai. Asam rom pun habis esok tu.

    ReplyDelete
  14. mmg ramai org nok menikoh musim cuti sek.ni...moh pak hashim kita ke langkawi,dah terlanjur ke sana...bagi peluang le org luar melawat ke lepih..bagi ruang ke deme!!

    ReplyDelete
  15. saya bercadang ke KL,nak menyertai pesta buku...nak join rakan pelukis kot...

    ReplyDelete
  16. Salam Pakngah,
    saya pun ada bercadang nak ke Lipis masa tu,
    tapi ah malas lah pulak nak berebut naik keretapi dengan PM keh keh keh...

    ReplyDelete
  17. nasib baik la ada pasang khemah kat padang tu, turun jugak hujan kat lipis ni. ame tak, paneh pepalih!

    ReplyDelete
  18. Ammosham, salam

    Patah tumbuh hilang berganti...

    ReplyDelete
  19. Mazru salam,

    Saya kira mazru sibuk waktun itu. Ok bila mazru datang Lipis diperayaan itu nanti hubungilah saya. Saya akan berada di Lipis pada hari Ahad, sebab kena hadir anak sdr. kawin.

    ReplyDelete
  20. TnHj. Idris salam,

    Satu Malaysia akan turun Lepih. Perayaan besar begini amat jarang berlaku. Memang menjadi harapan org Lepis bila PM memilih tempatnya menjadi pilihan untuk program kebangsaan.

    Orang Lepih akan beraya sakan.

    ReplyDelete
  21. hai salam,

    Biasalah bila cuti sekolah. Dah menjadi tradisi memilih cuti sekolah untuk kerja nikah kahwin.

    Saya ni dipersimpangan. Ank sdr saya menikah di Kodiang. Anak sdra orang rumah menikah di Pasir Mas Kltn. Pm pulak turun ke Lipis. Aduh!...

    ReplyDelete
  22. ubi salam,

    Aok pun nak lari gok. Saya ada kiriman untuk org di KL. Jumpa dulu ya baru pegi.

    ReplyDelete
  23. Ida salam,

    Pada 20hb ni. Makngah ke Pasir Mas bertandang ke rumah menantu anak sdrnya.
    Pakngah pula ke Raub, menerima menantu anak sdr. Pakngah yang menikah di Kodiang minggu lepas.

    Program semua bercanggah. Kalau kamu dtg terkam rumah kosong. Jadi tak payah datang, ok...

    ReplyDelete
  24. Kumprinx salam,

    Cuaca dah mula berubah. Ada tanda-tanda hujan ribut nak turun di Lipis pada waktu PM datang. Hati-hati ya berjalan di pesta tu...

    ReplyDelete
  25. salam pakngah
    org lepih dapat kunjungan org no 1 negara, nostalgia lepih tu..bermula di sini.
    semoga lepih dan seluruh warganya terus maju jaya..kah teringin melepak di tanjung jati pakngah..di tepi sungai lesu, sesekali ke bt betong, kg gua dan beletik.

    ReplyDelete