Followers

Monday, March 1, 2010

Sepanjang hayat 134 - Mat Jan Kucar Kacir.

Biasanya bila dekat dan selepas tahun baru cina hujan macam musim pejor. Kali ini nampak kurang sikit. Agaknya berkat tahun harimau. Rezeki pun bertompok-tompok macam taiknya. Mat Jan berbeka-beka hendak menoreh lebih sikit.

Dengor cakap YB macam ada rasa nak curah air ditempayan. Jangan susah, jangan bimbang, kata YB .Kerajaan kita perihatin. Kerajaan dah siapkan macam-macam rancangan dan projek untuk tinggikan taraf hidup rakyat miskin. Itu sebab PM buat slogan baru 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Tak faham langsung keh! Ada orang kata, rakyat buat dahulu untuk kukuhkan kerajaan.

Dengor cakap Hj.Derus lain pulak. Dunia kita sedang diputar-belitkan oleh orang munafik. Kita nak dipisah-pisahkan mengikut zon. Orang bijak satu tempat, orang kaya satu tempat dan orang miskin satu tempat. Ada juga benarnya, fikir Mat Jan. Sedangkan sekolah pun deme nak buat lain-lain. Ada sekolah kaca, ada sekolah intan.

Kata Hj.Derus lagi kalau kita leka, tak masuk syurga. Kecut juga perut, dahlah sembayang lok-lak, lok lak. Dosa kurrr semangat! Kerajaan sekarang dah banyak sangat impot benda-benda yang melekakan, buat kita lupa dosa pahala. Nak stabilkan Negara, nak makmurkan rakyat jelata tapi semua barang naik harga, macam mana....?, Agama pun deme buat tak cakna.

Apa tidaknya, YB yg janji nak beri duit, entah bila-bila. Dah abis bulan dua hapah pun tak ada. Kalau gaya ini, keh nok ikut sapa?

Balik ke rumah lain pula, Teh sindir-sindir manja. Terasa juga dalam hatinya nak menengking, keh ni dah tinggal satu aje. Dalam kepalanya berserabut, macam-macam. Mana bini nak beranok lagi, mana si Debak tu nak masuk tadika lagi, mana asyik membuntut jubur YB lagi. Hj. Derus pulak selang sehari datang mencari.

Dan sejak ada klinik desa, Teh kata: misi bidan baik belaka, suruh keh bersalin di sepital. Aok kenalah siap beli lampin, pempas seme. Keh ni doh tok lame...

Punoh, punoh, Mat Jan menjerit dalam hati.

“Apa ke mendenya aok ni haah! sepital sepital. Tuh tiga ekor tuh kemarin padan dengan mokwe Joyoh je, montel-montel belaka, macam ubi kemili...”

Teh menonong muncung, terherot-herot ke dapur.

Mat Jan tersandar dikerusi robeknya dianjung.

12 comments:

  1. getah dah meluruh musim panas ni.. susu pun dah tak banyak keluar, rega bolehlah tahan lagi, ikut YB lagi baik mat jan.

    ReplyDelete
  2. memang ramai orang yang senasib ngan mat jan, pening manjang....keliru sokmo....jiwa semakin kacau!!!

    ReplyDelete
  3. Konpius..celaru..serabut..Ramai senasib dgn Mat jan ni...

    ReplyDelete
  4. che sayang kalu hanya macam UBI tentu anok2 tu comel..ha..ha

    ReplyDelete
  5. Tapi Mat Jan seorang suami yang berdisiplin terhadap keluarganya..meski pun dia ada sedikit kekeliruan..

    ReplyDelete
  6. harapnye mat jan dapat menempuh liku2 hidup nye dgn sabor..

    ReplyDelete
  7. endiem salam,

    Mat Jan kata: ikut YB bukan tak boleh tapi tak dpt duit, makan tak muat perut.
    apa hel anok bini keh!...

    ReplyDelete
  8. hai salam,

    Mat Jan rakyat kelas 3 (majoriti) nasib mereka terus terumbang ambing. Mereka adalah aset kpd yg pandai kempen...

    ReplyDelete
  9. Peng. silam, salam...

    kebanyakan (majoriti) rakyat Malaysia adalah orang-orang spt. Mat Jan yg senang diumpan...

    ReplyDelete
  10. ubi salam,

    Putih, gebu dan cempul, macam ubikayu dibakar, weh! anak-anak Mat Jan tuh...

    ReplyDelete
  11. relevan salam,

    kita bimbang Mat Jan terpengaruh bila selalu ikut YB, nanti dia naik sedap. lupa anak bini.

    ReplyDelete
  12. mazru salam,

    Kesabaran saja yg dapat membendung Mat Jan dpd terjerumus ke kancah bosan, keliru dan celaru. Dia patut sedar itu...

    ReplyDelete