Followers

Friday, March 26, 2010

Sepanjang hayat 140 - Di Jerantut.

Semalam 26 Mac 2010
Saya dijemput oleh Ahli Jawatankuasa DEWAN PERSURATAN MELAYU PAHANG, MAJLIS KEBUDAYAAN NEGERI PAHANG dan PEJABAT PELAJARAN DAERAH JERANTUT. ke Majlis Pembukaan Rasmi Bengkel Penulisan Kreatif, jam 8.00 malam bertempat di Dewan Makan Aspura, SMK Padang Saujana, Jerantut, Pahang DM.

Saya telah berkesempatan menghadirinya. Terima kasih di atas jemputan tersebut. Malam Perasmian Majlis yang berlangsung gilang gemilang dengan ucapan Pengerusi DPMP Cawangan Jerantut dan Perasmian oleh YB Dato' Dr. Hj. Ahmad Shukri bin Hj. Ismail DSAP., DIMP., serta diiringi tarian anak-anak sekolah dan gesekan biola oleh adik perempuan kecil yang sangat mengusik hati.

Kepada penggesek biola kenit itu saya ucapkan syabas. Dan kepada DPMP Kaw.Jerantut, asuhlah anak kecil yang berbakat besar itu agar bakatnya tidak tenggelam begitu saja.

DPMP Kaw. Lipis bagaimana!. Sekiranya bergantung kepada nafsu saja sedangkan tenaga sudah luntur, janganlah teragak-agak untuk berpisah daripada mendukung biawak hidup.


10 comments:

  1. Salam Pak Hashim - Yass met ker tak singgoh kerumah kash dekat het dah dgn rumah kash dgn sekolah tu, Mengkala dok boleh juga kita berjumpe.

    ReplyDelete
  2. pakngah
    saya juga mendengar khabar ini, DPMP anjurkan bengkel penulisan kreatif bersama PPD Jerantut, di SMK Padang Saujana, mula nak pergi tapi katanya untuk budak sekolah jadinya terbatal hasrat, tetapi usaha ini sangat baik, memupuk pucuk muda ke alam seni budaya bangsa, Syabas.
    Kepada DPMP Temerloh , tak kan berdiam diri je..

    ReplyDelete
  3. Bengkel dan kursus yang semacam ini patut dianjurkan , untuk memupok gulongan yang berminat.

    ReplyDelete
  4. Salam pak Hashim..a'ah betul kata en Yassin te..kalu singgah rumoh dia ..boleh juge kawan numpang ngetea..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wr wb Tuan Haji Hashim,

    Elok sangat kalau anak-anak dan cucu-cucu kita faham dan sedar bahawa kita ada budaya sendiri. Kita akan malu besar (bukan besar malu, tambah awalan ke dan akhiran an) kalau rupa kita Melayu tetapi budayanya entah ape-ape.

    Itulah sebabnya nenek (grandmother) kepada Allahyarham Pak Sako, pakai galah untuk kait buah jering untuk kait talileher yang dipakai oleh Pak Sako untuk membuangnya. Nak pegang dengan tangan pun dia tak tergamak - punya dia takut dengan budaya Barat.

    Semoga kita boleh membaca tulisan-tulisan lama tokoh-tokoh budaya kita untuk mempertahankan budaya asli kita.
    http://www.facebook.com/#!/album.php?aid=17768&id=100000078138248

    http://idristalu.blogspot.com/search/label/Iqbal%20dan%20Shima?&max-results=7

    Wassalam.

    ReplyDelete
  6. En. Yasin,
    Laa, kawan mulanya malas nak pegi. keknya Dato Din (Dato'Zainuddin Jumaat) beriya-iya sangat suruh pegi, maka pegilah kawan. Sampai pun dah lewat.Bergegas-gegas ke maghrib, isi perut sikit sampai ke Saujana lapan setengah mlm. Yass takde mende sedang lagi weh...

    Kawan bagai ke nok rok berkejar....

    ReplyDelete
  7. Salam kelompen,

    Berapa ekor sangatlah ahli DPMP yang hendak berkursus, apatah lagi dah tua tua macam saya ni. Tetapi aktiviti kena buat. Mende-mende macam ni kita kena salurkan kepada budak-budak sekolah tulah sebenarnya.

    Saya hadir ke majlis perasmian je, lepas denor ucapan, makan minum, baliklah hu hu hu...

    ReplyDelete
  8. Mazru,
    endiem dan
    relevan,

    Assalam...

    Macam saya cerita dgn en Yasin, sebenornya saya lambat sampai. Lapan setengah mlm baru sampai, nasib baik deme tak mula lagi.

    Saya ni, itu ajelah modal saya,kalu org jemput seboleh-bolehnya saya pegi. Tapi nok handel sendiri tak daya dah weh. Jadi saya ni jadi penyokong je, tukang beri semangat pada orang orang muda.

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum wth. uan Hj.Idris,

    Budaya kita ini Tn. Hj.gayanya macam dah second-hand. Ibarat kereta kena langgar, repair sana sini, tampal sana sini. Dah hilang original.

    Nak buat macam mana?

    Nampaknya kena maintain ajelah benda yang ada ni, jangan sampai tak boleh pakai langsung.

    Walau bagaimanapun, kita kena peka dengan budaya kita, wariasan bangsa kita jangan sampai hilang.

    Kalau tok nenek Pak Sako dulu enggan nak pengang (tie) dgn tangan, ( benci ke budaya barat ) le ni alim ulama kita pun tidur pun pakai tie.

    ha ha ha....

    ReplyDelete