Followers

Tuesday, March 30, 2010

Sepanjang hayat 141 - Mat Jan Terpukau

Teh, bini Mat Jan sudah pandai pakai baju bunting sekarang. Iyalah, berkat rajin berulang alik ke klinik desa di kampungnya. Dia bagaikan mendapat angin baru dan ingin memajukan cara mengendalikan anak-anak, rumah tangga dan juga menjaga kesihatan serta kecantikan. Misi-misi, jururawat klinik desa semacam memberi kursus kepada para ibu yang bakal bersalin. Justeru Teh sudah mulai kurang berkemban bila dirumah. Dia sudah mulai pakai gaun atau pregnant blouse bila berjalan-jalan. Dengan cara itu Teh kelihatan lebih menarik dan seksi. Rambutnya disikat rapi gaya ekor kuda. Tidak lagi mengerbang seperti sebelum ini. Pipinya yang kian montok itu disapu bedak dan berbedak sejuk bila malam. Keliling matanya kelihatan hitam selepas bercelak dengan celak Makah yang diberi Makwe Joyah yang baru balik dari mengerjakan umrah. Mat Jan terpukau.

Mat Jan kadang-kadang tidak perasaan yang berjalan dihadapan bersama ibu-ibu yang lain itu bininya.

Hati Mat Jan kadang-kadang berderau juga melihat perubahan ketara yang berlaku dalam rumahnya, terutama bila melihat bininya semakin galak berhias dan berkemas. Tidak lagi berkemban macam dulu. Teh yang bulat berkulit putih bila berpakaian kemas, bersikat lurus kebelakang dengan ekor kuda dan bercelak menjadikan Mat Jan malas nak bergerak. Dalam rumah nampak teratur sikit, tidak macam selalunya bersepah rah.

Yang membuat hati Mat Jan bercelaru ialah dia bimbang keketaraan itu sampai disedari orang kampungnya, kawan-kawannya. Ada rasa cemburu pula dalam hatinya. Lalu dia menelek dirinya yang akhir-akhir ini khusus selepas disondol babi, jantannya semakin menurun.

“Bukan main aok yek, melaram aje nampak le nih,” tegur Mat Jan.
“Matnya, keh nih nampok lawo ke, pada aok.”
“Hoh lah!. Risau juga keh. Anok dah nok masuk empat weh.”
“Kok cantik, kok lawo pun bini Mat Jan gok kata dek orang.”
“Budok-budok maneh?” Mat Jan mengalih cerita.
“Entoh, tadi baru lagi bermain-main bawoh rumah tuh.”
“Mohlah kita masuk,” Mat Jan mencubit pipi Teh yang gebu.
“Heh! Jangan nok mengada. Merepek, siang-siang giler nih.”

21 comments:

  1. mat jan nak tambah stok jadi lima ler tu...

    ReplyDelete
  2. hehehe..tergelak koi "bersepah rah".koi suka juga ngan perubahan teh tu...walaupun koi org pompuan,lemas tgk org berkemban sepanjang ari...nak makan pun x selera!!

    ReplyDelete
  3. Pak...Mat Jan makin cemburu..Jantannya makin layu..Teh pulok makin ayu..mat Jan gak yg celaru..bertamboh2 la keliru... Lantak aok la Mat Jan...hehe

    ReplyDelete
  4. mat jan pun patut ada perubahan..

    ReplyDelete
  5. ehhhh hhee ada perubahan kan? hasil ceramah..

    ReplyDelete
  6. Salam Pakngah,
    nampaknya Mat Jan kena kerja kuat lagi, sebab nak kena beli baju yang lawa - lawa dekat Mak Teh heheheeee...
    tapi tak perlah asalkan berbaloi kikikiiii...


    p.s rancangan saya ke Lipis kena tunda lagi daaaaaaaa.....

    ReplyDelete
  7. ben,salam...

    Le ni Mat Jan tidur disengkang oleh tiga orang anak. Tak lama jadi 4. Nak menyampai ke stok ke lima, jaraknya semakin jauh. Mat Jan kena melangkau...
    he he he...

    ReplyDelete
  8. hai, salam

    koi geli hati dengor komen aok. 'Nak makan pun tak selera.' Manalah tok laki deme tak buat hal...

    ReplyDelete
  9. Pengembara, salam,

    Mat Jan kena bertahu. Jaga senjata tu.Keh nok suruh dia jumpe pakwe Mat Nor Koyan satu, ha ha ha...

    ReplyDelete
  10. endiem salam,

    Orang pompuan lebih cepat berubah dari lelaki, aok caya tak....?

    ReplyDelete
  11. zeqzeq sala,

    Orang pompuan ni tak termula melaram. Hendak pulak ada saingan. Celaru lagi Mat Jan, he he he

    ReplyDelete
  12. Ida, salam...

    Kalau Mat Jan melaram, meraung pulak kak Teh. Mat Jan tu bukan tak handsome orangnya.

    Laa, tunde lagi. Dah tu hari ke pesta buku kat Putra Jaya, buat apa tak singgah. Kamu ikut udara ke ikut laut?

    ReplyDelete
  13. Teh pun satu hal,dulu Mat jan segar bugar dia takmau melawa, bila abangnya dah jadi abe dia mula tunjuk lawa, risau la hati Mat jan. Kalau disambung boleh jadi cerpen ni.

    ReplyDelete
  14. Pakngah,
    kikikiiii... masa ke Pesta Buku tu, saya baru balik dari kursus 4 hari di Melaka, lepas tu tumpang bas (rombongan staf pejabat) balik ke Kota Bharu,
    barang banyak giler , tak sesuai nak lepak Lipis...

    sekarang kerja pejabat dah mula bertimbun, jadi nak kena 'settle' dulu .
    Insyaallah , kalau ada rejeki... banyak peluang lagi saya buleh ke Lipis tu.

    ReplyDelete
  15. Tranformasi untuk Mat Jan.. kiranya romantik jugalah Mat Jan ni..pandai dia menginding..

    ReplyDelete
  16. pakngah..salam
    mat jan ni, walau gitu, tapi ok lagi kan?
    ye la, suasana di kampung, aman damai, hidup tenang, tanpa masalah yang memeningkan kepala, sesekali bertukar "angin" juga dia..heheh

    ReplyDelete
  17. Orangkasai, salam,

    Terima kasih orangkasai kerana dari jauh datang kerana Mat Jan. Cerita Mat Jan memang berisiri...

    ReplyDelete
  18. Ida salam,

    Ambo tahu doh tapi pokngoh senyum ajo...

    ReplyDelete
  19. releva, salam...

    Orang kampung le nih bukan macam dulu, senang je kawin cerai, kawin cerai.

    Le nih sekali dah bercerai, takde perempuan yg sudi. Dahlah duda, tua pulak, harta pun takde ...aduh! susahnya.

    Jadi itulah Mat Jan kena juga buat baik dgn bininya...

    ReplyDelete
  20. kelompen salam,

    Duk kampung kalau kena gaya, senang. Tapi Mat Jan ni macam mengharapkan benda yang bulat datang bergolek...

    ReplyDelete