Mat Jan mencapai basikal Sudirman ke kedai Syed Abdul Halim. Dia nak jumpa Pakwe Bogong. Dia tak puashati tentang pendapat Pakwe bahawa dia tak boleh maju kalau main ikut-ikut buntut YB. Pakwe tidak nampak, kurang perhati dan tidak mengikut peredaran masa. Pakwe tidak ada wawasan. Orangtua yang diselaputi angin keras kepalanya sendiri yang kononnya penuh ideology dan prinsip-prinsip yang lapuk. Orang dah maju kedepan awak masih minum dikedai kopi kampung lagi.
Mat Jan menyandarkan basikalnya dibawah pokok ceri yang rendang dihadapan kedai Pak Syed, lalu terus masuk ke dalam kedai.
“Hah, sini Mat Jan,” tegur Pakwe Bogong. Mat Jan tersentak, terperanjat melihat Pakwe yang tersenyum, sudah berada disitu. Mengikut langkah, Mat Jan siang-siang dah kalah kepada Pakwe Bogong dalam apa-apa juga persaingan sebab Pakwe yang nampak dan tegur dia dulu. Mahu tak mau dia kena duduk semeja dengan Pakwe Bogong juga.
“Pakwe dengor kamu menyirap kat aku, Mat” Pakwe Bogong mendahului Mat Jan. Mat Jan jadi panik sebentar. Malu-malu alah, lalu sepontan menjawab.
“Doklah Pakwe, saja nak acoh Pakwe tuh.” Tersengih.
“Kamu pegang jawatan apa dalam parti, Mat?”
“Tak ade mende.”
“Pemuda?”
“Dok juga.”
“Laa! Jadi ahli biasa ajelah. Me gitu, setakat main pak turut aje, tak payahlah, Mat. Baik buat macam Pakwe ni. Duk diam tak memihak kemana-mana.” Pakwe memperobok Mat Jan.
“Zaman dah berubah, Pakwe, kita kena sokong parti yang memerintah. Takkan kita nak sokong pembangkang pulak. Kita kenalah ada wawasan.”
“Yang berwawasan tu YB, bukan kamu. YB ada gaji, ada elaun, ada macam-macam duit masuk. Ada cita-cita nak jadi menteri. Kontrek sana kontrek sini. Bila dia tidak dikehendaki lagi esok, dia ada pencen. Banyak duit simpan. Kamu apa ada? Mana pencen kamu?”
“Itulah Pakwe, Pakwe cakap sikit duit, cakap sikit duit. Kita nok ke duit lah ni sebab tu kena bantu YB.” Mat Jan macam naik bosan dengan Pakwe. Cuping telinganya mula naik merah.
“Ha ah! Duit tulah pentingnya. Minum kedai Pak Sayed ini kalau takde duit haram tak dapat, tau. Kamu tu, orang lain dah brrroomm brrrammm dengan motor, kamu masih dengan basikal cabuk tu lagi, apa jadah”. Pakwe dah mula naik angin.
Mat Jan cepat-cepat minum lalu keluar. Dalam kepalanya berdenyut-denyut: “Sama aje Pakwe dengan Pakngah, berleter, tak abis-abis.”

salam pakngah..
ReplyDeletepakwe ni banyak pangalaman, luas pandangan, tajam akal fikir, seorang pejuang, mamakala mat jan terlalu mudah mengalah, tiada arah tertentu.
sambil balik, dia tetap mengiyakan kata pakwe..
banyok das dah mat jan kena dgn pakwe ni
ReplyDeleteaiseh sekali ada part 1
ReplyDeletePak Ngah dan Pakwe telah melukakan hati Mat Jan nampaknye..
ReplyDeleteMat Jan watak pemuda kebangsaan pure...:)
ReplyDeletemat jan kena berubah, jangan jadi pak turut je. Tengok Teh.. dah jauh berubah. Cara berfikir berubah, personaliti berubah, sikap berubah. Betul cakap pak we.. apa yang dibuat sekarang tak sampai kemana.
ReplyDeletesian ke mat jan!!
ReplyDeleteMat Jan mboh menghunus keris, menjulang ke udara hehehe...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeletePak Tua, maaf lari topik. Pak Tua ada bagi kritikan pada entri terbaru saya kan, saya kurang faham Pak Tua. Boleh terangkan lagi sekali supaya saya boleh perbaiki?
Terima kasih =)
kelompen salam,
ReplyDeleteBiasalah orang kampung bila dapat satu-satu isu. Mereka boleh bertegang urat leher dalam kedai kopi. Ada yg bercakap politik mengalahkan menteri.
Kadang-kadang kita geli hati dengor borak mereka. Namun begitu sepuluh jong lalu anjing bercawat ekor juga...
mazru salam,
ReplyDeletesian Mat Jan, kiri kanan kena penangan pakwe. Orang muda sekarang kalau tak cukup modal, orang tuan jangan ditebing, ha ha ha
relevan salam,
ReplyDeleteItulah cara pakwe dan pakngah nak membetulkan gaya hidup budak-budak kampung yg kurang pedoman hidup - ibarat kain panjang lima. Tarik keatas dibawah terlapang. Tarik kebawah diatas pulak telanjang...
ubi salam,
ReplyDeletedeme ni, kalau tak kena gaya pimpin akan jadi pengundi atas pagar ataupun gergaji dua mata. Bahaya, bahaya...
endiem salam,
ReplyDeleteIyalah, Teh dah banyak berubah.Tak lama sedarlah Mat Jan tu. Ke kedai, pakwe smash, ke Lepih pakngah pulak drop smash, balik kerumah Teh pulak buat peraturan.
Kain baju lepas guna sidai memolek. Ambil kain berlipat kena berambi, jangan selerak. Selipar pun kena susun dikaki tangga.
Saya fikir para suami muda le nih kena ada kursus sivik rumahtangga. Bior padan muka...
hai, salam...
ReplyDeleteusah sian sianlah Mat Jan tu. Bior lantak. Dengor Teh dah buat peraturan. Tak embuh tengok lakinya selekeh lagi macam dulu, ha ha ha...
Pengembara, salam...
ReplyDeleteMat Jan menghunus keris! Keris pusaka nan sebilah. Dan jarang-jarang mandi berlimau...
Ibu Taty, salam...
ReplyDeleteItu cuma komen Paktua, bukan kritik. Sila Ibu Taty lihat ulasan Paktua di laman kamu, ok!
Hehe saya kurang faham ulasan Pak Tua tu =)
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan Haji Hashim,
ReplyDeleteBukan senang hendak membina jati diri - punya kekuatan dalaman yang mantap (sustainable and resilient - maafle kecek orang putih pulak).
Kita dok laungkan jati diri, tapi sokmo jadi lalang - angin kut kiri dia ke kiri, angin kut kanan, dia ke kanan. Nampak gayanye jati diri lalang.
Gergaji dua mata takpa lagi Pak Ngah. Boleh buat belah kayu balak. Al maklumlah, Pahang kan banyak balak.
ReplyDeletep/s: cuma kena jolok sikit la. lo ni benda-benda bukan free!