Kelmarin ( sabtu) di KL
Jalan-jalan sambil santai dengan benludin dan ubi Lepih.
Di Melawati, jumpa Pyanhabib & isteri, Penerbit Drama ( lupa nama), Vovin dan Hilang Punca.
Pyanhabib kelihatan sangat ceria lalu belanja kami makan tenghari. Aduh! terima kasih Pyan. Terima kasih daun keladi.
Hampir 3 jam bersantai dengan topik bebas dan bersahaja sambil tambah minum teh tarik. Lalu untuk hilangkan lenguh atas kapasiti orangtua, saya ke Pharmacy tinjau-tinjau vitamin untuk tambah muda biar ceria, barulah boleh setanding sikit dengan orang-orang yang lebih muda bila lawan sembang.
Di Phamarcy, seorang agent Health product and service tawarkan pemeriksaan tapak kaki. Kaki saya, dia kata dari jenis leper (flat foot) yang menjurus kepada sakit kaki, sakit tulang, tidak upaya berjalan lama dan akhirnya sakit pinggang. Dia syorkan "lapik tapak kaki pada kasut" untuk maintain semua sakit saya. Harganya satu ribu RM lebih dan boleh guna selama 10 tahun. Saya pun ketawa lalu saya kata umur saya sudah 73 tahun dan bakal 'mampus" anytime. Nanti kepada siapa yang patut saya wariskan "alat" itu bila saya mati. Kami sama-sama ketawa.
Dikedai buku bersama ben dan ubi, saya diulit oleh buku-buku. Lalu saya membeli dua buah buku 'MENITI LAUTAN GELORA' dan 'DALAM RIBUAN MIMPI GELISAH'. Kedua-duanya karangan Said Zahari yang diterbitkan 10 tahun dahulu.
Tidakkah kamu akan bertanya, mengapa saya mesti membeli buku-buku lama yang tidak lagi dianggap progresif berbanding dengan reformasi hari ini...
Buku lama berhalus sungguh sentuhan penulisnya..macam semalam dalam suratkhabar ada cerita tentang penulis Md Akhir Leman penulis novel ''Bahagia sesudah Derita'' kawan mesti beli buku itu untuk anak anak kawan membacanya..begitu juga dengan novel Ahad''..
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeletePertamanya maaf kerana ini lari dr topik.
Ayah & mak saya berkenan nak makan nasi arab di kuantan ni.
Katanya ada masuk dlm rancangan warung kita di astro prima tu. Puas saya bertanya kawan2, tp xde sorg pun yg tau.
Kalau tuan boleh cadangkan kat saya mana ada jual nasi arab yg enak di kuantan ni...
Terima kasih.
Salam Pakngah,
ReplyDeletekasi cerita la sket sinopsis 2 buku tu...
saya ni beli buku yang ada kaitan dengan situasi hidup ja,
buku cinta jauh sekali,
buku politik ? jauh 2 kali keh keh keh...
saya ingat nak cari buku Ranjau Sepanjang Jalan, tak berkesempatan nak tengok Drama / filemnya, jadi nak cuba cari bukunya pulak.
Salam Pak ngah singgah zairah baca entri..semoga ceria sokmo hendaknya.
ReplyDeletesalam pak,
ReplyDeletenama kawan kita tu encik abid.
ada gambar jejaka-jejaka tampan di sini:
http://myphotoparadiso.blogspot.com/2010/04/blog-post_25.html
salam pak ngah,
ReplyDeletesemuge sentiasa sehat dan ceria hendoknye.
assalamualaikum...
ReplyDeletesalam pakcik...teringat kat pak sedara saya,matanya perlu dioperasi untuk ditukarkan kanta yang dah expired...nanti boleh la melihat dgn lebih terang..tapi dia beria2 x nak...alasannya dia dah 83 tahun..dia kata x perlu buang duit...tunggu masa je la....anak cucu x terkata apa!!
ReplyDeleteSalam relevan,
ReplyDeleteBuku lama halus sentuhannya,
tertib karutnya &
jelas maksudnya.
Buat mini library dirumah
untuk bacaan keluarga dan anak-anak.
Salam Tuah Hanani,
ReplyDeleteTerima kasih datang menjengah
ke laman kami yang tak berhemah.
Bagaimanapun saya bukan orang Kuantan, namun nasi arab yg saya tahu dan pernah makan di Bangunan Warisan yg berhampiran lampu isyarat jalan Bkt.Ubi bersebelahan Hotel Pacific.
Ini cerita lama, entahkan ada ataupun tidak, Wallah huaalam...
Ida salam,...
ReplyDeleteRanjau Sepanjang Jalan, dulu pakngah ada, sekarang dah entah kemana.
"Meniti Lautan Gelora" ada sebuah memoir Said Zahari sendiri sewaktu dalam tahanan ISA Singapura selama 17 tahun.Paling lama dalam sejarah dunia. Begitulah kejam kerajaan china Lee Kuan yew di Singapura.
"Dalam Ribuan Mimpi Gelisah" adalah penderitaan keluarga dan isteri Said Zahari semasa dalam tahanan itu.
Salam Yasin akuanakpahang,
ReplyDeleteTerimakasih banyak-banyak kerana rajin ikut cerita loyor saya, hu hu hu...
ben, salam...
ReplyDeleteThank you ben, kerana mengingatkan saya nama besar itu "En. Abid"
Mazru Majid, salam...
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah, saya sihat. Sihat orangtua.
lorihantu,
ReplyDeleteWa alaikummus salam lorihantu,. Dah ambil lesen dan cukai jalan ke belum...?
Salam, hai...
ReplyDeletegitulah gayanya kalau dah tua. Bodoh sombong. Egois, kata orang sekarang. Sebaiknya janganlah berkeras sangat dengan orang tua. Sian gok, deme mudah kecik hati. Pun memang mereka pada adatnya tak lama lagi. Serupalah dengan pakcik nih...ha ha ha