Followers

Tuesday, May 18, 2010

Sepanjang hayat 151 - Muhammad Darwis si Fakir itu

Muhammad Darwis pun masuk sekolah dengan gayanya yang sambil lewa. Hendak kesekolah dengan tidak, kelihatan sama saja. Pergipun boleh, tak pergipun boleh juga. Abahnya dengan taat menghantarnya setiap pagi dan mengambilnya setiap habis sesi. Belanja hariannya tidak kurang dari satu ringgit sehari dan meningkat sekali ganda dan berganda-ganda bila meningkat darjahnya setiap tahun. Kini Muhammad Darwis - si Fakir itu sudah remaja berusia 21 tahun. .

Setiap tahun selama selama 11 tahun dia membawa pulang kad kemajuan sekolahnya dengan bersahaja minta abahnya menandatangani diruang Penjaga/ Ibubapa murid. Itu kehendak cikgu, katanya. Abahnya mahu tak mahu kenalah menandatangani kad tersebut.

Sepanjang persekolahannya dari darjah satu hingga ke SPM keputusan peperiksaannya masyaAllah! 85% merah. Mengikut kriteria ini nyatalah Muhammad Darwis seorang budak yang bodoh dungu dan tak masuk ajar. Tidak ada harapan langsung untuk masa depannya berbanding kakak-kakak dan abang-abangnya yang lain . Kebetulan dia anak bungsu daripada sepuluh orang adik beradik.
Yang peliknya keputusan SPRnya membolehkan dia masuk ke Sekolah Teknik Vocasional. Keputusan SPMnya pula membolehkan dia diterima masuk ke IKM dan mengambil bidang Lukisan Teknik. Duduklah si Fakir itu diasrama selama dua tahun dimana sebelumnya sewaktu di Teknik vocasional asrama itu pantang baginya.
“Nasib kamulah Darwis,” abahnya sudah habis ayat memperkatakan tentang takdirnya. Diakhir pengajiannya di IKM dia kena menjalani praktikal selama 6 bulan untuk membolehkan si Fakir ini mendapat sijil. Setelah memohon beberapa tempat praktikal akhirnya dia diterima oleh sebuah Syarikat Elektronik di Ibu Kota.
Enam bulan pun berlalu.
“Bagaimana kamu Darwis?” tanya abahnya setelah sesi praktikalnya tamat dan kembali ke rumah.
“Endak sambung belajar,” jawabnya selamba.
Dalam masa sama, satu tawaran telah diterima untuk mengikuti program di Kolej Poly Tech Mara (KPTM) mengambil kursus DIPLOMA IN BUSSINESS MANAGEMENT selama 3 tahun di Kuantan.
Abahnya terkejut sakan tetapi bersyukur dalam hati sambil mengilinmg-ngiling kepala, Darwis! Darwis! Tidak menyangka samasekali bahawa anak bongsunya itu semakin agresif setelah meningkat remaja.
Muhammad Darwis si Fakir itu telah ditinggali ibunya setelah 3 bulan memasuki darjah satu. Tak berapa lama kemudian, kakaknya pula tempat dia bermanja telah bertukar tempat kerja ke Trengganu disamping mengikut suaminya. Dia terkuntang kanting bersama abahnya yang menduda hampir lapan tahun lamanya.

21 comments:

  1. pick up lambat, jenis enjin diesel. alhamdulillah berjaya juga bapa darwis melihat anaknya berjaya. umur masih muda, mungkin sebelum 35 thn darwis akan dapat phd pulak. tahniah....

    ReplyDelete
  2. si darwis dengan mat jan sedara ka?

    ReplyDelete
  3. kaloh la keh gini wehhh, pak hashim mmang pandai bercerita....:)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah!!dah tgk ramai anak2 yang begini akhirnya menjadi org2 yg sukses dlm hidup mereka....

    ReplyDelete
  5. PaK Ngah.. teringat sorang membe yg masa sekolah rendahnya membilang sampai no.9 je taunye..sekang jd usahawan berjaya..Bak kata org kasai..enjin diesel..

    ReplyDelete
  6. Biar lembab dan lambat dari mula..bila enjin sudah panas baru datang pick up..

    ReplyDelete
  7. Darwis cuma memper-iakan saja takdir hidupnya...ha..ha..ha..alangkah eloknya jika kita pandai menjadi seorang Daewis...

    ReplyDelete
  8. bagusla darwis. semoga terus berjaya.

    ReplyDelete
  9. Salam Pak Ngah,
    lain benar bidang pengajian yang disambung oleh Darwis dengan apa yang dipelajari di IKM tu...
    tapi mungkin dia juga ada percaturan hidupnya yang tersendiri , semoga dia mampu mencipta kejutan demi kejutan selepas ini heheheee...

    Apapun, Insyaallah untuk sesuatu yang baik ,
    tiada doa yang tidak didengar
    tiada usaha yang dianggap sia - sia...

    ReplyDelete
  10. Orangkasai, salam...

    Mungkin si Darwis nih jenis enjin disel, lambat panasnya. Harap-harap biar dia ibarat kelapa makin tua maikin banyak minyaknya.

    ReplyDelete
  11. KiLaT, salam...

    Iya benar, Darwis dan Mat Jan bersaudara pupu.

    ReplyDelete
  12. binjidan, salam...

    kadang-kadang cerita mengarut nih sedap, banyak karutnya. Mudah-mudah ia menghiburkan...

    ReplyDelete
  13. hai, salam...

    Begitulah harapan abahnya.Mudah-mudahan Darwis menjadi orang...

    ReplyDelete
  14. Pengembara, salam...

    Bak belajar saja dia berinjin disel, lambat pick-up, tapi kalau yg lain, main gitar ke tunggang motor ke kurrr semangat laju...

    ReplyDelete
  15. relevan, salam...

    Gamoknya begitulah si Darwis nih. Kalau semua bijak cerdik, siapa pula yang mesti bodoh. Tuah manusia siapa tau....

    ReplyDelete
  16. ubi, salam...

    Ha ha ha...Muhammad Darwis si Fakir itu!
    Dia anak bungsuku. Adakala menyenangkan dan adakalanya merunsingkan hatiku...

    ReplyDelete
  17. Nerzhul, salam...

    Kalau si Darwis berjaya, itu tuahnya. Abahnya mesti sangat gembira.

    ReplyDelete
  18. Ida, salam...

    Si Fakir itu menolak tawaran itu setelah diberi kaunsiling oleh abang (Pipi) dan kakaknya. Mudah-mudahan peluang untuknya sambung belajar masih terbuka...

    ReplyDelete
  19. wah... Pipi bagi kaunseling ?
    ada 'art' dan sedikit 'sweet' disitu :D

    ReplyDelete
  20. salam tn
    anak2 ini,kita tak dapat duga kan dirinya.
    kejayaannya menguruskan diri dan kehidupan pasti berkat kesabaran si ayah.keadaan ini mengingatkan sya baru semalam ada pelajar yang biasa2 di sekolah biasa tapi punya bakat untuk luar biasa, yang mana ayahnya sendiri telah lama menduda....

    p/s,kali pertama saya masuk 'rumah' tuan menggunakan blog saya yg ini.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Tuan Haji Hashim,

    Kisah benar, masa kawan belajar "programming" di ITM dulu (sebelum nama bertukar menjadi UiTM), sahabat kawan yang sama belajar terkejut berok, sebab pensyarah yang ngajar kami tu, kawan dia yang gagal semasa buat diploma di sebuah universiti dulu.

    Rupanya, bila gagal di universiti itu, dia masuk universiti lain dan belajar sampai peringkat master sehingga layak menjadi pensyarah.

    Ini menunjukkan bahawa sekali gagal bukan bermakna gagal selamanya. Selagi hayat dikandung badan, kita kena berusaha untuk terus belajar.

    Wassalam.

    ReplyDelete