Followers

Friday, May 28, 2010

Sepanjang hayat 152 - Lembu kurus Mat Jan jadi isu

Lembu kurus Mat Jan jadi isu.

Mat Jadi, menjadi-jadi geramnya pada Mat Jan yang dapat bantuan lembu. Tak puas-puas dia menjejer keseluruh kampung memburuk-burukkan Mat Jan dan pihak Kerajaan termasuk YB. Apabila ketidak-puasan hati Mat Jadi sampai ke pengetahuan pihak pembangkang terutama Haji Derus, banyaklah orang memperkatakan soal itu. Lalu kes lembu Mat Jan jadi isu politik. Ada yang memandangnya sebagai serius dan ada yang acuh tak acuh. Tak cakna.

“Buat mende bising-bising fasal lembu kurus Mat Jan tu. Kerajaan macam melepaskan batuk ditangga je,” Mat Senyum, tersenyum-senyum buat komen.

“Me rupa tu, kurus kering, baik tak payoh,” celah pula Mat Bagak yang bertubuh sendol.

“Aokme tak mikir,” sergah balik Mat Jadi, “ Kalau YB nak adil, biorlah adil betul. Sekurang-kurangnya dua tiga orang, orang kampung kita nih dapat . Apa lebihnya Mat Jan, anak sedara asal usul komunis tu.”

Kalau kemuncak marah Mat Jadi sampai ketelinga YB dan Pakwe Bogong, mahu rasanya Mat Jadi kena penampar Pakwe. Celupar amat mulutnya. Keluarga Pakwe bukan sedikit di kampung tu. Mereka pasak kampung. YB pun bukan orang lain dengan Pakwe.

Isu lembu kurus Mat Jan jadi besar. Tok 4 masuk campur. Tok Imam Mat Som turut campur. Tok Penghulu berdeheng serba salah. Hendak diperbesarkan, perkaranya kecil. Dibiarkan begitu saja, orang-orang parti pembangkang soksek-soksek tak berkesudahan.

Lalu akhirnya YB buat pengumuman depan Tok Penghulu, Tok 4, Tok Imam termasuk Pakwe: “ Kabor ke Mat Jan, nanti gemuk sikit lembu tu kita sembelih buat kenduri kat masjid. Jemput semua orang kampung makan.”

Mat Jan terpinga-pinga bila hal itu diberitahu. Teh meleleh airmatanya sambil memerhati lembu jantannya yang mulai mengawan.

23 comments:

  1. ramai betul yang bernama mat kat kampung tu bye. kabo kat mat jan kalau tak mau disembelih lembu tu, jangan dibagi makan sangat, nanti gemok pula...

    ReplyDelete
  2. Huh..bikin naya sama Mat Jan saja ni..ini sudah kes jeles dah ni..Harap Mat Jan boleh terima..

    ReplyDelete
  3. senang yb. selesaikan masalah..

    ReplyDelete
  4. Terkorban lg la Mat Jan..Biarlah Mat Jan berkorban asalkan ramai yg mendapat faedah.. X gitu YB? Ngeh..ngeh..

    ReplyDelete
  5. orangkasai salam,

    Nama kampungnya pun kg.Pak Mat. Takde hallah tu... Yg Mat Jan sesak bkn sebab YB tapi anak bininya dah sayang sangat kat lembu tu...

    ReplyDelete
  6. relevan salam,

    YB dah siap alasannya. Mat Jan tentu setuju punya.

    ReplyDelete
  7. endiem salam,

    YB pilihan rakyat. Pasti tak melompat.
    Kocek seluar dah sendat. Bila bercakap tersasul juga nak berbini empat.

    ReplyDelete
  8. Pengembara, salam...

    Tektik YB, aok bukan tak tau. Ada orang dia abai, ada orang dia bantu, he he he...

    ReplyDelete
  9. Ibu Taty, salam...

    ha ha ha...Mat Jan tu anak sdr. Paktua, bukan nak dengar kata,
    biorkan dia...

    ReplyDelete
  10. emm...nasib oak la mat jan...nak gonerkan!!

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Tuan Haji,

    Kesian melihat nasib Mat Jan yang hidup dalam masyarakat kita yang masih ramai yang mengharapkan pihak atau orang lain untuk mengubah nasibnya, yang mengharapkan parti itu atau parti ini untuk menguruskan nasib diri – bukan kita yang menguruskan atau menentukan arah tujuan kita.

    Itulah yang telah lama difikirkan oleh Pendita Za'aba yang kemudian diwar-warkan pula oleh Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz, melalui buku "Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri".

    http://idristalu.blogspot.com/2010/02/majlis-pelancaran-buku-edisi-khas.html

    Cukup teruja membaca coretan Tuan Haji. Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Teh sedih sebab tak dan ke raya lembu dah kiok

    ReplyDelete
  14. la... hari raya dah dekat ka?

    ~KiLaT~ ba itu bertitik satu di bawahnya.

    ReplyDelete
  15. kata mat jadi pun ye juga, klau nk bagi bior la smua org kampung dpt seko sorg lembu baru adil ye dok :)

    ReplyDelete
  16. hai, salam...

    Mat Jan suku sakat Lebai Malang...

    ReplyDelete
  17. Tuan Haji, salam...

    Orang melayu akhir-akhir nih dah tak reti maksud mengubah nasib sendiri. Agaknya banyak sangat makan subsidi.

    Agama orang melayu iaitu Islam dan Allah menyatakan "Aku tidak mengubab nasib seseorang itu melainkan dirinya sendiri" belum dikupas secara ilimiah.

    Saya terfikir tuan haji Mat Jan itu adalah suku sakat berketurunan Lebai Malang termasuk saya...ha ha ha

    ReplyDelete
  18. ubi salam...

    Pakwe menyarankan Mat Jan buat korban utk dirinya, bininya, empat orang anaknya dan termasuk Pakwe...

    Aduh! pandai Pakwe...

    ReplyDelete
  19. KiLaT, salam...

    Betul KiLaT, Ba itu rumahnya, Titik itu isinya. Titik itu sumber segala ilmu dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  20. binjidan, salam...

    Hampir betul kata Mat Jadi tu tapi nak buat goner YB bukan jenis orang berbudi.

    ReplyDelete
  21. salam pak hashim,
    begitulah lumrahnya org kita, rela beramuk demi mende free. mentaliti subsidi ni payoh nok ubat!

    ReplyDelete
  22. ini laa tabiat orang melayu...xsudoh2 berhasad dengki dan khianat mengkhianati sesama sendiri...dah, bila nok maju?

    ReplyDelete