Followers

Saturday, June 5, 2010

Sepanjang hayat 154 - Melancung.

Pakngah pergi melancung .

Awal tahun lagi Abang Tam, anak lelaki pakngah beri amaran. Katanya, kita melancung ke Trengganu cuti sekolah Jun ini. Lalu kakak beradiknya bersetuju. Akakngah anak perempuan kedua pakngah melambai-lambai, mengalukan akan kedatangan adik kakaknya Abah dan makciknya dari Dungun.

“Angah tuan rumah sekaligus pemandu pelancung. Sampai saja nanti, ikan bakar akan jadi resepi pertama untuk makan malam,” katanya dalam talipon.

Kak Long, Kak De dan Abang Tam dari Kuala Lumpur sudah sepakat menempah banglo di Kuala Trengganu untuk tiga empat malam.

“Didi akan join pada 7 atau 8 Jun, selepas Sukan LKIM di Kota Bharu,” talipon Andak, anak lelaki pakngah, anak yang ketujuh yang tak mau ketinggalan.

“Acik cuti seminggu,” kata Irdawati anak perempuan Pakngah yang keempat, yang ksembilan dalam sibling, yang baru bertugas di UKM.

“Acik Etek naik sama Mama (Kak Long) terus dari KL,” kata Aliya cucu Pakngah anak perempuan Kak Long.

“Kita orang berkomboi dari Lipis dalam dua buah kereta. Abah satu kereta dengan Makcik, Darwis dan Firdaus (kebetulan si Pipi bercuti semester dan Aban yang baru jadi penganggur). Kawan satu kereta dengan famili kawan. Kami akan berlepas jam satu tenghari Ahad (6 hb Jun) selepas abah menghadiri satu majlis kahwin,” SMS Anjang Acai anak lelaki Pakngah kepada semua kakak dan adik-adiknya.

Kak Long, Kak De dan Abang Tam berlepas dari KL dan menunggu di Annexe Rest House Kuantan, taklimat lagi Anjang Acai, nama timangan Saifullah kepada abahnya.

Seramai 29 orang akan berkumpul di rumah Angah malam nanti, terdiri dari sembilan orang anak, lima menantu, tigabelas cucu serta abah dan makcik mereka. Seorang missing.

“Atih macam mana,” komen Andak. “Abah tak talipon dia ke?”

“Abah dah talipon. Dia kata dia tak dapat bersama.”

“Atih tak ikutlah bah. Atih banyak kerja, Atih orang susah,” jawabnya dalam talipon. Rasa nak meleleh airmata Pakngah bila anak yang kelima itu bercakap begitu.

Akan meriahkah rombongan kami melancung ke Trengganu, gamoknya!!!!

10 comments:

  1. Selamat bercuti-cuti Malaysia.. meriah kalau dapat berkumpul bersama anak beranak mmg best semoga pejalanan di berkati pergi dan balik Selamat bercuti Pak Ngoh!

    ReplyDelete
  2. wah!bestnya....jalan2 cari makan sekeluarga....dah tentu ciar bingkar dibuatnya...hehehe..selamat menikmati percutian yang menggembirakan!!

    ReplyDelete
  3. gi makang anging kat ganu, sane tak hujang ke? apa pong orangkasai nak ucapkang hati-hati dijalang raye. selamat bercuti dan eratkang silatulrahim.

    ReplyDelete
  4. Selamat dan bergumbira pak ngah...jangang makang kepok gote banyok sgt....hehe...

    ReplyDelete
  5. Cuti cuti Melaysia Pak Hashim..Ganu kiter..

    ReplyDelete
  6. assalamu'alaikum best nye cuti cuti satu famili ni... tak sempat nak cm ni ngn mak n abah dlu... kali terakhir dpt kumpul sama pun 3 thn lps ms abg no.5 kawen :haru

    selamat bercuti...

    ReplyDelete
  7. Pak Hashim...

    Moga2 bahagia selalu...

    ReplyDelete
  8. Assalamulaikum Tuan Haji Hashim,

    Seronok tu gi Dungun - kena ikan bakar (dah terbiasa sebut ikan bakar, sepatutnya ikan panggang), cicah air asam belimbing hitam, potong cabai kecik sikit, bawang merah sikit, kale ade peda sikit, limau nipis sikit - ikan tinggal tulang saja le!

    Kawan baru ni, curi naik Cameron sekejap, tak tidor pun, balik hari. Lepas Subuh, naik ikut Simpang Pulai, balik lepas sholat Isya' di Masjid Brinchang, ikut Tapah.

    Belum ada peluang nak ke Lepih lagi.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  9. Tn.Haji salam,

    Tak ghot weh! ikut bebudak. hancai kita dibuatnya.

    Ikan bakar di warung tak sedap. deme (anak-anak) malas nak masak dirumah. Kalau masak dirumah mana masa nak jalan (masak dirumah kena satu dua jam juga). Jadi makan ikan bakar di kedai. Takde kicap lada,takde limau nipis. Tak jadi, kena juga beli ikan, bakar sendiri dirumah colek dengan peda belacan baru berpeluh, ha ha ha...

    Tn.Haji dari Cameron ke Lipis via Lembah Bertam, pendek aje. Saya nih bercadang nak pergi breakfast kat Cameron lepas tu balik, ha ha ha...

    ReplyDelete