Followers

Thursday, June 3, 2010

Sepanjang hayat 153 - Mat Jan baca surat khabar.

Mat Jan baca surat khabar.

Disuatu pagi yang tenang, Mat Jan membaca surat khabar Utusan seorang diri di kedai Habib Salim sambil minum. Nampak ada kepayahan diwajahnya yang sesekali berkerut. Fasal hurufnya yang halus ke atau kefahamannya yang terhad, tidak berapa jelas. Wallah huaalam...

Pakwe Bogong sedang dikerumuni budak-budak kampus yang baru balik bercuti semester. Ramai juga budak-budak kampung yang lepas ke Menara Gading rupanya. Lalu pakwe mengajak budak-budak itu minum.

Kembang hati Pakwe bila dia menjadi perhatian budak-budak kampus. Ada yang masih ditahun satu, tahun dua malah ada yang sudah ditahun akhir dalam berbagai bidang. Dalam hati Pakwe berkocak: baguslah anak-anak bangsaku, banyak yang mengaji di peringkat tinggi. Harap-harap mereka maju dan berkeliber.

“Bila kampung kita nih nak maju, Pakwe, “ tiba-tiba terpacul pertanyaan dari seorang budak-budak tu. Terhenti Pakwe mengangat cawan ke bibir untuk meneguk kopi yang masih berkenjut.

“YB kita buat apa, ya! Pakwe,” satu lagi pertanyaan dari seorang lagi bakal cendikiawan. Bungkam Pakwe dibuatnya.

“Eh! Kampung kita ni dah maju sebenarnya, berbanding dengan empat lima puluh tahun dulu. Jalanraya depan kita nih hah, dah tiga kali ganda lebarrnya. Dalam kampung ada jalan. Le nih dewan dah ada, klinik ada. Sekolah dah besar. Kemudahan air , api ada. Semua rumah orang kampung dah pakai TV, ada astro pulak,” Pakwe bagai air hujan mencurah-curah mengeluarkan hujah.
Berderai semua budak-budak universiti itu ketawa. Lalu Pakwe menyambung lagi. Selama puluhan tahun kita merdeka kita sudah sampai ke tahap ini bermakna kerajaan sendiri lebih baik dari kerajaan penjajah. Penjajah British yang memerintah negara kita beratus tahun lamanya, apa yang deme beri? Asyik memunggah harta kita ke England. Satu ketika England hampir bengkrap, kalau tak ada bijih timah, emas dari negeri kita nih.

Tercengang-cengang budak-budak universiti mendengar hujah Pakwe.Tak terfikir langsung, kesitu Pakwe membawa mereka berfikir. Mat Jan dimeja sebelah berseorangan membidik surat khabar sekali dijauhkan dan sekali dirapatkan, menoleh ke arah meja Pakwe. Dalam hatinya berkata, sakit budak-budak ni kang dengan Pakwe.

“Merdeka kita nih ibarat rumah dah siap, tinggal lagi mengisi segala keperluan seperti perabot dan lain-lain saja yang belum. Atau ubah suai dimana perlu”

Mahmud Rafaie yang sudah ditahun akhir di focality ekonomi UM cuba memintas Pakwe dengan mengemukakan persoalan ekonomi negara seperti DEB, MBE, MPM, globalisasi, Idris Jala bernama melayu tapi bukan Islam dan macam-macam lagi.

“Bagi Pakwe mudah aje. Kalau kerajaan kita tidak terlalu ghairah dan lahap dengan mengisi tembolok sendiri, negara kita tak boleh jadi susah. Fikirlah deme, England kita boleh tanggung inikan pulak rakyat kita yang baru nak mencecah 28 juta. Lagi satu, pembangunan negara tak seimbang. Kerajaan melebihkan pisikal dari mental.” Masing-masing semua senyap seketika. Lalu Pakwe menyambung.

“Contoh mudah, disebelah kita nih hah, Mat Jan. Dah berapa lama naik basikal cabuk. Orang lain dah mencanak kulu kilir dengan motor......”

Terbeliak mata Mat Jan memandang arah Pakwe. Merengus sambil menghempas meja lalu keluar. Tersentak budak-budah tu. Pakwe tersengih, sambil berkata, “ Itulah orang yang jarang-jarang baca surat khabar.”


11 comments:

  1. He he!..Surat khabor kena baca juga tiap tiap hari..tak memada juga dengan tengok berita di tv..maupun surat khabor dalam talian..

    ReplyDelete
  2. Mungkin Pakwe berasa pelik bila dapat tau negara bakal muflis kalau asyik bagi subsidi.

    ReplyDelete
  3. mat jan marah pasal surat khabar metro yg dia baca byk muka dr. Rozmi...

    ReplyDelete
  4. mat jan tercabar dengan kata-kata pakwe. Pak hashim lepas ni mat jan akan masuk kelas malam, dia tercabar betul. 2020 mat jan akan berjubah dan bertopi 4 segi macam kebanyakan anak kampung situ...

    ReplyDelete
  5. Pak we cekap dan pandai saiko budak budak u. Pak we juga cekap saiko Mat Jan.

    ReplyDelete
  6. relevan, salam...

    Manalah Mat Jan mampu beli surat khabar. Itupun baca percuma kat kedai Habib Salim, ha ha ...

    ReplyDelete
  7. ben salam,...

    Pakwe orang politik veteran yg tak masuk mana-mana parti. Cakap politik macam menteri, ha ha ha hanya dikedai kopi...

    ReplyDelete
  8. zam ali, salam...

    Mat Jan tak berapa pasti diantara Metro dan kosmo. Dia hentam aje. Kekadang Utusan melayu (jawi) dia baca terbalik, ha ha ha..

    ReplyDelete
  9. orangkasai, salam...

    Rasa-rasanya tak lepas Mat Jan kesitu. Tahun 2020 dia mungkin bergelar datuk pada bakal cucu-cucunya.

    Darah pakwe ada dlm badannya, mungkin dia akan menjejak cara Pakwe untuk berjaya...

    ReplyDelete
  10. endiem, salam....

    Pakwe banyak pengalaman, orang lama katakan! Diketengahkan tak menjadi, di ketepikan terasa sepi, he he he....

    ReplyDelete
  11. Weh, kau nok beritahu, sobat kita Mat Nor Ismail telah meninggal dunia dua hari yang lalu. Disemasikan di Sg. Choh, Rawang. Al-Fatehah untuk roh Mat Nor. Dari Arisel

    ReplyDelete