Followers

Wednesday, June 30, 2010

Sepanjang hayat 156 - Mat Jan Tukar Brand Rokok

Mat Jan dah jemu dengar orang bercakap fasal rokok. Harga rokok naik tiap tahun. Rokok tak bagus untuk kesihatan. Beribu-ribu orang mati sebab isap rokok. Namun rokok tetap dijual dimerata-rata. Naik sekalipun harganya orang tetap beli. Penjual rokok sanggup seludup rokok dari seberang laut. Maknanya rokok masih menjadi kegemaran ramai, masih menjadi keperluan manusia.

Anti rokok pula kempen menghisap rokok seperti menghisap darah sendiri. Tiap kali sedutan, tiap batang yang dibeli dan tiap kotak yang dibelanjakan seperti memendekkan jangka usia, meningkatkan orang sakit jantung dan barah dan di atas segala-galanya menyumbang ke tabung kewangan Yahudi untuk menjahnamkan manusia perokok yang bukan yahudi.

Pihak kerajaan pula kempen bukan main ketat. Merokok ditempat awam salah, tangkap dan denda beribu ringgit dan jel bertahun-tahun. Baru sekarang Kerajaan sedar, sedangkan umur rokok dan orang merokok lebih lama dari merdeka. Agaknya rokok dan orang merokok lamanya hampir sama dengan wujudnya pokok tembakau.

Setakat menaikkan harga rokok, buat poster bahawa rokok membahayakan kesihatan, bukan alasan yang konkrit. Sepuluh ringgit sekotak bukan masalah. Benda ada depan mata dan duit pula ada. Kalau peniaga sanggup menyeludup, perokok pula sanggup mencuri menyamun, sudah cukup membuktikan bahawa rokok itu adalah barang perlu. Perlukah rokok dikawal!!!

Itulah kesimpulan Mat Jan mengenai cakap-cakap orang mengenai rokok. Tok kawan hisap rokok, cerutu dan paip sampai umur 84 tahun baru mati, dakwanya depan kawan-kawannya. Pakwe Bogong hisap rokok lebih lima puluh tahun tapi dia guna daun pucuk dan tembakau tepek buatan tempatan. Badannya sihat semacam. Pakngah juga penghisap rokok tegar dan le ni kurang sikit sebab doktor marah. Dalam pada itu Pakngah curi curi juga menghisap rokok daun. Itulah kalau dah ketagih.

Dengar YB bersembang dengan kawan-kawannya, rokok, arak dan sex adalah senonim , tak boleh dipisahkan. Apa! orangputih cakap seingat kawan kalau tak silaplah YB kata: Smoke like a chimney, drink like a fish and sex like a dog. Kata YB lagi tiga perkara nih sampai kiamatpun tak hapus.

“ Amboi! Cakap orangputih aok ye Mat, tak mudah aok,” celah Mat Bagak yang tak merokok. Yang lain yang mendengar riuh rendah ketawa ke Mat Jan. Mat Jan menyegih riang.

“Kawan le ni kena ikut cara Pakwe isap rokok daun. Daun pucuk tigapuluh sen seikat. Tembakau cap kuda lapanpuluh sen setepek. Jadi belanja rokok kawan tak sampai singgit sari, hu hu hu...”

18 comments:

  1. cuba bagi rokok helang.terbang2 tak terbang la

    ReplyDelete
  2. Mat Jan sudah advance nampaknya..

    ReplyDelete
  3. tahniah mat jan... ada juga cerdiknya mat jan nih..keh keh keh!!

    ReplyDelete
  4. peghenoh ngisap sgala mcm jenis rokok. rokok pucuk, rokok gulung abis isap blake. paip buah pinang batang rotan mcm org asli pun ada.

    yg moleknyer, brenti teruslah.

    ReplyDelete
  5. Salam pak ngoh semoga sihat ceria sokmo.
    Kash neh hamun dah bila buleh brenti merokok :(

    ReplyDelete
  6. kalo dah ketagih,tak kira cara mana pun ek!!usahakan juga....mmg dasat penangan tembakau!!

    ReplyDelete
  7. Mohd. Faris bin Mohd.Aladin, salam...

    Mat Jan dah tak isap cigaret. Dulu dia isap cap bola.

    ReplyDelete
  8. relevan salam,

    Mat Jan jenis melayu suka meniru. Pas tu suka pulak sampai menyampai...aduh!

    ReplyDelete
  9. ben, salam

    cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar, he he he...

    ReplyDelete
  10. piewahid, salam

    berniat sudah, berazam sudah dan bernazarpun sudah, tinggal lagi solat hajat aje yg belum.

    Insya Allah berhenti juga akhirnya...

    ReplyDelete
  11. akuanakpahang, salam

    Kalau nak berenti, jangan mengejut. Buat macam kawan, keh isap rokok pucuk. Keknya dirumoh aje. Bila berjalan keh tak merokoklah, jadi bodolah kawan. Apalagi cepat-cepat balik terkam ke daun pucuk dulu siap gulung heh! tersandor kawan, ha ha ha...

    ReplyDelete
  12. hai, salam

    Iyalah gamoknya. Tiba-tiba tumbuh pokok tembakau lalu dipetik, dijemur sampai kering dah tu dihirisnya halus-halus dan gulung pulak dalam daun pucuk atau kertas. Aduh! entah dimana datang nikmatnya. Nauzubillah!

    Itulah kekayaan Tuhan yek...

    ReplyDelete
  13. Fakeh, Assalamualaikum...

    Mat Jan tiada kaitan atau kena mengena dgn tajuk-tajuk yang tuan berikan. Mat Jan sekadar orang kampung yg tidak berpelajaran tinggi. Hidupnya dhaif, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sebagai orang melayu yg diabaikan oleh bangsanya sendiri kerana mewarisi kemiskinan ayah bundanya, dia terlonta-lonta hidup didalam serba kekurangan.

    Mujur, secara tidak langsung Mat Jan dipimpin oleh bapa saudaranya Pakwe Bogong yg nasionalistik dan dibantu Pakngahnya bekas pesara kerajaan yg sedikit celik. Dari sifat jujur yg ada pd dirinya, YB turut mengajak Mat Jan bersamanya supaya tidak hanyut oleh diayah pemikiran-pemikiran yg nagatif.

    Dalam usianya yg bakal mencapai 40 tahun, Mat Jan baru mula berjinak- jinak dengan lebai-lebai yang boleh membimbingnya ke arah mendirikan solat secara betul, menghafar sifat 20 untuk mengenal diri demi mengenal Tuhannya.

    Wallah hu aalam...

    ReplyDelete
  14. salam pakngah
    semoga terus sihat walafiat
    baru ne keh peluang nyinggoh
    pe gelo nya mat jan ni, berenti merokok kan molek...
    dime nye gelo..sayang kan alamm sekito..

    ReplyDelete
  15. Assalamulaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

    Tuan Haji Hashim yang berada di Lepih dan para sahabat di seluruh alam ini.

    Isu curut kecik (cigarette) ini merupakan isu lama. Kawan pun heran, ada kenkawan dari golongan para ustaz pun tak boleh tinggal cigarette ni. Tapi yang peliknya, bulan Ramadhan boleh pulak tak merokok?

    Semoga Allah melindungi kita dari perkara-perkara yang merosakkan kesihatan diri kita sendiri.

    Wassalam.
    Idris Ismail Talu.

    ReplyDelete
  16. Tibe aku teringat pasal sedutan filem "Ali Baba Bujang Lapok"...

    "ganja, ganja".. hahaha

    ReplyDelete
  17. Salam Pak Ngah...

    isap rokok daun xpe kan Pak Ngah?
    arwah tokki sya dulu isap rokok daun gek..
    bdn dia sihat jer..umur 82 dia meninggal dunia...
    rokok buatan yahudi ni mcm2 campurannya...
    nak membunuh umat Islam tujuannya...
    bangsa dorg mmg x merokok...

    ReplyDelete
  18. pertama kali baca blog ni. sangat menarik!

    ReplyDelete