Followers

Wednesday, July 21, 2010

Sepanjang hayat 157 - Mat Jan kecewa dengan World Cup

Mat Jan kecewa sebab buang masa tengok World Cup. Hapah tak dapat apa. Ghana yang diharapkan menang pun bungkus. Semua pasukan kulit hitam dari benua Afrika yang menjadi minatnya gulung tikar. Satu bulan lamanya bersengkang mata, buang masa begitu saja dan lalai alpa segala kerja buat yang sepatutnya dibuat. Heh! nyesal aku. Bodoh! Bodoh!

Dalam pada bodoh, bodoh itu Liga Super, Liga Perdana muncul kembali. Mat Jan menyaksinyanya macam makan gulai keladi kemahang masak tempoyak yang tak berasam garam. Lalu dia memutar channel Tvnya ke channel kesukaan anak bininya. Kepalang suka hati anak bininya lalu bersorak riuh-rengkak. Mat Jan mengambil keputusan tak mau lagi menonton bolasepak.

Gara-gara bolasepak dunia yang terlalu amat berasa berbanding liga tempatan yang tawar-heber Mat Jan menghadapi bulan Ramadhan yang suram. Bulan Ramadhan akan menguji ketahanannya.

- Anak keempatnya akan lahir bulan Ogos.
- Bekerja keras dalam bulan puasa,
- Semua kerja kena buat sendiri tanpa bini yang dalam pantang.

9 comments:

  1. dasyat citarasa mat jan...Ghana tu!

    ReplyDelete
  2. Hah!..Mat Jan bakal menimang Cahaya mata pada bulan Ramadan..Syabas Mat Jan..semoga dapat menghadapi segala Cobaan..!

    ReplyDelete
  3. mat jan jiwa yg hebat sbb pilih ghana...liga tempatan tawaq hebiaq org utara kata...

    ReplyDelete
  4. yang dah tentu mat jan akan terus sambung "puasa " selepas ramadhan.

    ReplyDelete
  5. Ahh..maru beronok bulan pose kerayan kawan tu nok membeli lauk bukan nyer dah... bulan pose neh bender mehel berlake saborlah Mat Jan.

    ReplyDelete
  6. Salam PakNgah,
    saya kecewa dengan Piala Dunia ni sejak tahun 1998 lagi, lepas tu terus insaf, insaf sebab terfikir, kalu tengok bola kita sanggup berjaga malam / pagi , tapi kalu nak bangun tahajud / Qiamullail... malas nak MAMPUS <- pesanan untuk diri sendiri nih .
    heheheeee...

    ReplyDelete
  7. moleklah piala dunia dunia dah habis.
    kala dok, kesian ke bini dia yg dalam pantang tpaksa mjaga anok kecik....

    ReplyDelete