Lebih kurang jam 12.00 malam 12 Okt.. talipon bimbit saya bergegar dengan bunyi tuk tik tuk tik.
“Hello! Waalaikummussalam, saya menjawab salamnya.
“Saya Ismail dari Perak. Pakcik belum tidur lagi ke…?”
“Belum lagi, masih mengadap komputer.”
“Samalah, sayapun gitu…”
“Pakcik! saya nak tanya sikit mengenai Wan Ali. Saya berasal dari Pahang dan sekarang menetap di Perak. Wan Ali yang dikatakan kominis itu mati ditembak adalah Tok sedara saya.”
Wan Ali kominis yang bergerak cergas dalam kawasan Jerantut / Lipis zaman itu (zaman dharurat) amat digeruni orang. Banyak orang putih (penjajah British) jadi mangsanya. Pun korbannya disasarkan kepada orang putih saja tetapi jika terkena orang bukan putih itu adalah kebetulan (masa perang).
Orang yang seumur saya tidak banyak yang tahu. Orang-orang yang lebih tua dari saya banyak yang udah tak ada, banyak yang udah kembali ke Rahmat Allah. Jadi, saya kurang tahu mengenai sejarah Wan Ali nih, dari mana asal usulnya, mengapa dia memilih jadi pengganas, di mana dia belajar ilmu dan siapa gurunya. Pakwe Bogong juga tidak tahu sebab masa itu Pakwe berada di kem tahanan Tanjung Beruas.
Setahu saya Wan Ali adalah bekas anggota PKMM yang diharamkan oleh British. Apabila diharamkan maka bercemperalah anggota PKMM itu lalu banyak yang kena tangkap dan banyak pula yang lari ke hutan lalu membentuk dan bergerak dalam Regimen ke 10 di bawah kepimpinan Rashid Maidin. Wan Ali seorang yang hebat, handal dan berjiwa kebangsaan. Pasukkannya merupakan duri dalam daging kepada pihak British masa itu. Kehandalannya amat gah, membuat pihak British jadi marah lalu mencari jalan supaya Wan Ali dibunuh. Akhirnya Wan Ali dapat dibunuh dengan menggunakan peluru khas. Mayatnya diarak disekeliling Bandar Lipis dan dipertontonkan kepada khalayak ramai. Mayat seorang Islam yang disakitkan jasadnya itu dikebumikan berasingan iaitu diseberang Bandar Lipis. Lepas itu cerita Wan Ali tidak lagi kedengaran. Sehingga hari ini tidak diketahui umum hatta kuburnya sekalipun.
Kepada Encik Ismail yang menalipon saya untuk menjejak kasih Tok saudaranya itu, saya minta maaf kerana tidak berapa jelas mengenai Pahlawan Melayu yang berjiwa kebangsaan menentang penjajah Inggeris bernama Wan Ali.
Saya pernah juga bercakap-cakap dan mengsyorkan, sekiranya ada NGO NGO Melayu yang mirip sejarah, sastera dan lain-lain supaya mengambil inisiatif menggali cerita-cerita mengenai Wan Ali, Manaf Jepun dan beberapa yang lain seumpamanya untuk dijadikan buku.
Ini lah peninggalan yang dilupakan..macam cerita Manaf Jepun tu kawan pernah terdengar juga.tapi tak tau asal mana..kabur..
ReplyDeletesy sokong mna2 usaha utk membukukan kisah2
ReplyDeletesejarah pahlawan sejati kmerdekaan nih! org sekarang ramai yg buta sejarah...
Salam Pak ngah kawan berminat dgn cerita seumpama ini semoga ada pihak yang prihatian dan mengambil inisiatifnya kelak.
ReplyDeleteAda Persatuan Sejarah Pahang, asyik kerja mengampu aje, sehe gi luar negara dan jejak sejarah, sejarah dalam negeri sendiri hilang gitu aje
ReplyDeleterasanya manaf jepun tu la, manaf yg datang ke rumah arwah datuk koi masa dlu. mak koi pun kecik lagi, tapi ingat tp dia lagi la peristiwa tu.
ReplyDeletemanaf datang cari sedara koi jugak..benda sebab tak tau lah. mak kabor, manaf tu bukan org lain (kira sedara). tapi dengan izin Allah s.w.t tak jumpe, walau pun pak cik yg dicari tu ada kat tp perigi rumah
sokong agar kisah mereka2 yg namanye tak disebut dlm sejarah perjuangan melayu menentang penjajah digali semule..perjuangan tetap perjuangan,sejarah tetap jadi sejarah.,.
ReplyDelete