Saya tersampai ke kg. Kiol tak sengaja. Sebuah kampung Orang Asli Jahut yang tenteram dan teratur. Pintu gerbang ke Kg. Kiol ialah kampung China Sg.Lekuk. Ada Sekolah Kebangsaan rupanya di Kg.Kiol. Kami berselisih dengan beberapa buah kereta yang dipandu laju diatas jalan kecil tanpa side-table yg luas untuk mengelak. Kebetulan pemandunya kaum wanita yang jelas masih ayu. Mereka balik dari berkelah barangkali.
Orang kampung Jahut nampak bertaraf tinggi sebagai orang melayu bukan Islam, kerana rata-rata ada memiliki kebun, rumah-rumah batu, kenderaan bermotor dan berpakaian sopan. Tok ketuanya Tok Batin Harun yang petah, bijak dan luas pengalaman mengalu-alukan kami sebagai tamunya tenghari itu.
Kami dibawa kesekitar Hutan Lipur dan menikmati suasana dan udaranya yg segar. Cantik. Ada padang golf disitu. Mungkin pemain-pemain golf Jerantut menggunakan kedi golfnya daripada anak-anak gadis kaum Jahut kok! Pasti skilnya Hole-in-one.
“Kami adalah keturunan Melayu Asal yang datang dari Minang Sumatra,” kata Tok Batin Harun yang masih memegang adat resam nenek moyangnya. “Banyak orang melayu yang ada sekarang merupakan suku sakat dari keturunan kami.”
Tok Batin apabila kami mengenalinya adalah seorang yang berilmu dengan pegangan ‘Keinsanan’ yang tinggi. Kawan kami yang membawa kami ke situ ialah Pak Din dari Felda Tersang, adalah pangkat cucu kepada Tok Batin mengikut kajian dan susur galurnya. Beliau banyak menimba ilmu, jampi dan mentera dari datuknya itu.
Orang-orang disekitar Jerantut, kalau tidak mengenali Tok Batin Harun adalah daripada orang yang rugi besar.
Salam Pak Ngah...
ReplyDeleteSya baru tau ade org asli keturunan Melayu...
Syg klu Jab Agama x p islamkan mereka..
Takut Paderi Melayu yg smpai dulu ke sana nt...
Nauzubillah...
salam tuan haji,
ReplyDeletemoga sihat dan ceria sokmo.
semakin menarik penceritaanya.
p/s- doktor tak berapa bagi org gi mandi manda di lata atau sungai skang ni. maklumlah bahana kencing tikus.
Salam Pak ngoh - kome kenal dia cuma tak berapa rapat aje sebab jarang2 juga jenguk ke situ :)
ReplyDeletesalam, pak hashim - kampong kol tu ke jalan nak pergi hulu cheka atau kampong perlok?
ReplyDeletesalam pak hashim,
ReplyDeleteinsyallah bulan depan saya akan ke lipis...teringin untuk bertemu ngan pak hashim!
Cik Shinju, salam...
ReplyDeleteBetul juga kata Cik Shinju tu. Penyebar agama lain berleluasa le ni. Kalau pun Tok Batin tidak yang lain-lain tu mana ada pegangan agama. Mereka boleh saja terjebak.
piewahid, salam....
ReplyDeleteTerimakasih atas informasi tu. Nasiblah kami tak mandi disitu, walaupun airnya nampak jernih dan sejuk.
Saya sihat harap pie segera sembuh.
Yasin salam....
ReplyDeletebukan apa, Tok Batin tu istimewa dalam beberapa perkara. Kena pandailah congkel.
endiem, salam...
ReplyDeletebukan kg. Kol tapi kg.Kiol. memang kg.Kol ikut Damak ke U.Cheka. Kg.Kiol ikut masuk sg.Lekok, tak berapa jauh dari bandar Jerantut.
hai, salam...
ReplyDeleteJemputlah datang. Tapi bulan Nov. Dis. nih program orang kahwin banyak sangat.Jangan berdempok dengan program diluar daerah oklah. Saya, dari sekang ke 4 Nov.tak kemana. Minggu 5&6 hb di Raub.Minggu 12&13 di Ktn. Minggu 20&21 mungkin di Kota Bharu. Selebihnya InsyaAllah ada di Lipis.
Musim durian ramai akan jumpa Tok Batin..!
ReplyDeletesalam pak hashim,
ReplyDeletewah padat program tuk bulan 11-12 ni yek...nampaknya x berpeluang berjumpa di lipis...saya ke sana 20&21 nanti..kalau gitu,pakcik la singgah ke rumah saya masa ke kuantan nanti..hehehe!!
salam pakcik
ReplyDeleteyang rugi tuk batin harun sebab tak mengenali islam... yang nampak tapi buta kera...jaan yang ada tak antar ulamak muda 40 itu sebok pasal baju aje mereka...
biasa sangat orang asli dengan Hole-in-one.
Salam Pak Hashim: Menarik kisah ini.
ReplyDeleteMARSLI N.O
Marsli N.O salam,
ReplyDeleteSaya sedang menghimpit Tok Batin Harun untuk dapatkan sesuatu, he he he ...