Followers

Friday, October 1, 2010

Sepanjang hayat 163 - Mat Jan masuk ahli Perkasa.

Agaknya lepas masuk jadi ahli Perkasa, kok semua hal jadi tenang sikit, bisik Mat Jan dalam hati sambil kayuh basikal tuanya. Motor 2nd hand yang Pakwe Bogong janji nak dulukan duit mukanya entahkan bila jadinya. Sabarlah, pujuk hatinya lagi. Berakar-akarlah dulu sebelum dapat rotan!

Harapkan YB, PRU 13 nih belum tentu sangkut. Giliran penggantinya dah bergambar macam-macam pos. Ada pos bersongkok, ada pos berkot tali leher dan berketayap putih. Phuuuh! Cukup bergaya! Tapi kalau jadipun orangnya cengih sikit.

Haji Derus masih dengan lagu assobiahnya kulu kilir, nak menegakkan bangsa Islam. Bangsa melayu tak adapun taka apa. Nampak sangat melalutnya.

Tadi sembang-sembang kedai kopi, orang bercerita macam-macam tentang keadan semasa termasuk politik, sosial dan ekonomi. Mat Jan melongo aje, tak reti nak masuk daun. Namun serba sikit masuk juga dalam kepala hotaknya terutama bila mereka kata orang melayu masih ketinggalan dan bodoh berbanding dengan bukan melayu. Dan itu membuat dia hilang tumpuan kepada hal-hal siasah. Itulah aku, Mat Jan mengakui dirinya bodoh. Bukan aku saja macam itu, tentu banyak lagi. Orang bodoh macam aku boleh dicucuk idung maka pastinya ramailah orang yang kena cucuk idung. Itulah gayanya, orang bodoh jadi makanan orang cerdik.

Bodoh-bodohpun, aku tak menumpang orang. Aku ada rumah sendiri atas tanah airku sendiri. Dan negeri ini negeri orang melayu, negeri aku juga, tiba-tiba Mat Jan bertengkar dengan dirinya sendiri. Macam orang cerdik pula dia berbahas menegakkan keyakinannya.

Mat Joker kerani sekolah kata: video klip budak cina burukkan orang melayu, Kerajaan tak berani nak hendel. Budak melayu yang pandai buat video klip asyik berlegar hal-hal celah kangkang aje. Tak petriotik langsung. Apa salahnya video lawan video. Mereka kalau tunjuk pandai kita kenalah tunjuk pandai juga, baru kena buku dengan ruas.

Dalam pada berangan-angan itu, Mat Jan koner baring masuk simpang ke rumahnya, tayar depan basikal tuanya tersadung ke batu tajam lalu poncat. Dia terpelanting lalu tertiarap membaham tanah.

Anak jantan Mat Jan yang nampak ayahnya jatuh itu ketawa terkinja-kinja menerpa ayahnya yang berkecopong dengan taik lembu.

5 comments:

  1. Anak mat Jan pakat gelak je bila mat jan jatuh..ih ih..bertuah punya anak..

    ReplyDelete
  2. Hebat mat Jan nie dia ttp ada wawasan.

    ReplyDelete
  3. mat jan berjuang melalui perkasa .. mula mula bertanding jawatankuasa cawangan , lepas tu pengerusi..

    ReplyDelete
  4. relevan,

    Yasin,

    endiem &

    WaQheh, salam...

    Terima kasih kerana terus mengikuti kesah Mat Jan, budak kampung yang terkial-kial mencari hala tuju hidupnya di Negara tercinta ini...

    ReplyDelete