Followers

Tuesday, October 5, 2010

Sepanjang hayat 164 - Rokok (brand) baru.

Harga rokok naik. Semua perokok tegar sudah maklum. Tiada siapa yang berani protes, apatah lagi berpiket dengan sepanduk menunjuk perasaan membantah kenaikan harga rokok.

Kenaikan harga yang aman.

Penghisap rokok tiada pilihan melainkan terus membeli dengan harga yang ditetapkan ATAU berhenti merokok.

Kepada yang gian dan ketagih di mana rokok telah menjadi sebahagian darah dagingnya, saya syorkan BRAND baru bernama LONG LONG LAT, ( harganya murah tetapi memuaskan dan ianya lebih mirip kemelayuan) yang membawa makna 'gulung-gulung jilat'

13 comments:

  1. mengunakan KAW NAS ( tembakau cap nenas )

    ReplyDelete
  2. Mmg rokok cu puk cuk (daun pucuk ) sudah menjadi pilihan huhuhu... sesekali pikir mmg agok maru kerajaan menarik harga rokok ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tembakau cap duyung... hmmmmpppp mantap..!! :)

      Delete
  3. Gulung gulung jilat..tembakau nye kena goreng dulu baru dapat rasa yang menawan..

    ReplyDelete
  4. hisap rokok tembakau jawa
    asap keluar berbunga-bunga
    badan merengkok terbang lah nyawa
    rokok yang sedap di sedut jua..

    ReplyDelete
  5. Dulu sokmo koi nengok orang goreng tembakau campur gule dengan cengkih.Sekarang payoh amat dah nok jumpe...

    ReplyDelete
  6. Salam pakcik,

    Makan sirih ajelah. Tak mencemar udara.

    ReplyDelete
  7. endiem salam,...

    Tembakau cap nenas kena dengan paip baru wangi bau dan rasanya. Penghisap paip nampak amat menyendiri kerana asyik membakar dapurnya.

    ReplyDelete
  8. Yasin salam,....

    Menghisap rokok daun pucuk @ kertas nampak ada seninya. Seorang lelaki perlu merokok baru tampan.

    ReplyDelete
  9. relevan salam,...

    tembakau goreng bergula ada cacatnya. Semut boleh mati diantara rasa manis dan mabuk.

    ReplyDelete
  10. ubi, salam...

    isap rokok tembakau jawa
    keluar asap kelabu warnanya
    sudah terirat di kitab lama
    tiap sakit ada ubatnya.

    ReplyDelete
  11. jejaka, salam...

    menggoreng tembakau leceh kerjanya, sebab itu orang suka yang pasang siap, lalu kenaikan harga rokok bukan masalahnya...

    ReplyDelete
  12. bobo, salam...

    makan sirih sentimental lagunya
    daun pucuk digulung-gulung
    kalau molek adab makannya
    dara sunti meleret senyum
    kalau malan pulak pinangnya
    kepalang galak tegur sapanya.

    ReplyDelete