Followers

Sunday, February 20, 2011

Sepanjang hayat 173 - Pulang satu demi satu

Benarlah bahawa ‘Jodoh pertemuan, mati hidup dan tanah Perkuburan” itu Tuhan yang menentukan. Tak ada seorang manusiapun di atas muka bumi ini baik yang terdahlu mahupun akan datang yang boleh meramalkan bab kematian, tanah kubur dan jodoh pertemuan.

Sepuluh hari yang lalu, seorang sahabat saya telah pulang ke Rahmatullah dalam usia 73 tahun. Beliau muda 11 hari sahaja dari saya - ‘Inna lillah hu wa inna ilahi roji on’ – dari Tuhan ia datang dan kepadaNya pula ia pulang.

Lima puluh hari sebelum menutup mata Allahyarham adalah seorang yang sihat walfiaat. Bertubuh tegap, tampan, gagah dan anggun. Dari jaman muda beliau adalah pencari ilmu tegar baik dunia mahupun akhirat. Disamping mencari ilmu ‘hidup dipakai mati ditumpang’ dia adalah seorang ahli bina badan serta menjurus kepada seni persilatan. Jadi tidak hairanlah dia kelihatan sasa, kemas dan anggun. Pendek kata allahyarham bolehlah digelar atau diketegorikan sebagai orang yang penuh berisi dengan ilmu zahir batin.

Allahyarham berada didalam keadaan koma selama 50 hari, apabila kereta yang dipandunya terlibat dengan kemalangan jalanraya di batu 10 Jalan Lipis / Benta. Sebuah kereta dari hadapan terbabas lalu melanggar keretanya dan sebuah lagi yang datang dari belakang menghentaknya sehingga kereta yang dipandu Allahyarham remuk. Allahyarham terhentak dadanya ke steering lalu tidak sedarkan diri. Yang peliknya, isterinya yang berada disebelahnya tidak apa-apa – Mahasuci Tuhan, mudah-mudahan dipanjangkan Tuhan usianya.

Allahyarham dibawa ke hospital Temerloh untuk dirawat dan setelah 50 hari, pihak hospital mencadangkan supaya Allahyarham dibawa pulang. Sebaik sampai ke rumahnya di Sungai Kerpan Kuala Lipis, Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Allahyarham ialah:
Wan Abdul Hamid bin Wan Abdul Majid,
Bekas Penghulu Mukim Kuala Lipis.
Disemadikan di perkuburan Islam Bukit Betong
Pada 9 Februari 2011.

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama dengan orang-orang Soleh,
Amin!

10 comments:

  1. Inna Lil la hi wa inna hi ro ji un..

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali ke Rahmat Allah.U>B

    ReplyDelete
  3. Salam Pak ngah , Alfatihah dan Takziah juga buat semua kaum kerabatnya.

    ReplyDelete
  4. As salam Pak Ngah...

    Al-Fatihah...semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat olehNYA...Amin..

    Takziah kepada ahli keluarga dan sanak saudara Allahyarham..

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah!semoga rohnya dicucuri rahmat....dan mudah2an pak hashim pun sentiasa dalam keadaan sihat!!

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah.Moge dia ditempatkan dikalangan orang2 beriman

    ReplyDelete
  7. al-fatehah...Bong Hashim, sila lawat: http://dpmp238.blogspot.com

    ReplyDelete