Sejak lebih limapuluh tahun yang lalu apabila Semenanjung Tanah Melayu (Malaya) diberi kemerdekaan oleh penjajah British, Negara kita telah banyak menerima perubahan. Dari yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada yang sebesar-besarnya. Natijahnya negara kita sedang berarak menuju arah kemajuan dan bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Syukurlah!.
Sejak itu juga telah lahirlah ramai wakil rakyat samada yang duduk di Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri. Majoritinya adalah melayu.
Sejak dari pilihanraya pertama, wakil-wakil rakyat kita adalah terdiri dari orang yang tidak berpelajaran tinggi. Rata-rata mereka adalah dalam kalangan guru-guru sekolah melayu, ustaz-uztaz dan pegawai-pegawai rendah kerajaan. Semuanya ahli-ahli UMNO dan terlalu sedikit dari parti pembangkang atau gerakan kiri. Dengan kehendak Allah Subhanahuwaataala, calun-calun dari UMNO dan sekutunya MCA dan MIC telah menyapu bersih kerusi-kerusi yang dipertandingkan itu. Lagi sekali syukur Alhamdulillah!
Dari saat itu, lahirlah manusia melayu pandai dan sekaligus berubah wajah menjadi orang cendikiawan. Tutur katanya bernas lalu rakyat jembelpun menjadi taksub. Pakaian mereka menjadi kemas, bersih dan berjenama. Bersepatu mahal, pakai kot dan tai dan ada kalanya berbaju melayu sedondon dan bersongkok mereng. Untuk menjadi canggih dan bergaya, sesuai dengan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat mereka harus menjaga desiplin atau beratika apabila berada di dewan-dewan besar, dewan makan, hotel-hotel dan di mana saja mereka sepatutnya berada atau diarahkan berada. Mereka belajar cara makan menggunakan bersudu, garpu dan napkin. Percakapan atau loghat bunyi berubah dan didalam ungkapannya berseli-seli bahasa Inggeris pula. Mana-mana yang belum punya motokar segeralah meminjam Pinjaman Kerajaan untuk membeli kaenderaan. Ada yang memandu sendiri dan tidak kurang yang menggaji pemandu. Rumah-rumah lamapun bertukar menjadi baru. Wakil-wakil rakyat itu dengan sendirinya mengangkat diri mereka sebagai orang besar atau VVIP, lalu ramailah pengikut-pengikutnya yang bertindak sebagai orang kanan, kaki ampu, barua dan sebagainya.
Seorang wakil rakyat dan bekas wakil rakyat telah dapat mengubah nasibnya daripada tidak dikenali kepada yang dihormati, daripada tidak berada kepada orang berada dan sekaligus mereka adalah orangkaya. Peluang untuk menjadi kaya memang sama sekali tidak terhalang. Dengan menjadi wakil rakyat telah dengan sendirinya menambah bilangan orang melayu menjadi terkenal dan kaya raya. Justeru bilangan orang melayu kaya kini, adalah datang dari profession tersebut.
Dari sepenggal ke sepenggal dan kini hampir mendekati penggal yang ke tigabelas, wakil rakyat saling bertukar dan berganti. Trend juga berubah dari orang kurang pelajaran kepada orang akadamik dan saujana. Lalu wakil rakyat menjadi satu profession yang mesti direbuti. Mereka yang tamat tempoh, yang meninggal dunia dan banyak pula yang tidak dicalunkan semula untuk penggal-penggal berikutnya diganti dengan yang baru. Dengan sistem itu ramailah orang melayu menjadi wakil rakyat dan ramai pula yang menjadi bekas wakil rakyat. Dan mereka dalam kalangan ini adalah orang-orang yang bertuah dan hidup lumayan.
Kalau mahu hidup lumayan, terkenal, disegani oleh kekayaan itu rebutlah peluang supaya dapat menjadi wakil rakyat.
Semoga yang telah diberi mandat menjalankan amanah dgn penuh rasa tanggungjawab demi agama, bangsa dan negara. Janganlah hanya memikir kesenangan diri sendiri.
ReplyDeletehamba doakan kepada mereka2 itu jadilah wakil atau pemimpin sepertimana hadrat Umar Al-Khatab...
ReplyDeleteSelamat berpilihan raya kecil dulu..tak lama lagi pilihan raya besar pulak..
ReplyDeletetakbir...
ReplyDeleteKala niat nok mencari kekayaan lupekan saje la.Tak kemane kaye ter.
ReplyDeleteSalam Pak Hashim: Mohon maaf kerana reaksinya terdelete bersama posting yang dpadamkan.
ReplyDeleteMARSLI N.O