Followers

Saturday, March 19, 2011

Sepanjang hayat 175 - Yassinsalleh.





Semalam aku dukunjungi
Penyaer cyber yang
tersohor dek puisinya 'Sebuah Sumpah Derhaka' dan 'Ikan-Ikan Dikaca'
juga Pengarah filem 'Dia Ibuku',
Yassinsalleh.

Dengan
SimfoniSEPI - ceritera daddy sayang mummy
buat aku, sebagai cenderahati yang amat menyayat hati
bakal ku simpan sampai mati.

Hendak apa akan kukatakan
manusia ini,
seorang Yassinsalleh
yang terpisah hampir tigapuluh tahun lamanya
kini bertemu semula,
masih lagi begitu dan begini, lincah berseni
menulis script, lirik lagu dan puisi
demi hidup matinya
demi ideologynya
demi cintanya
seorang seniman: jangan melayu hilang didunia.

*******

Aduhai!
Saudaraku Yassinsalleh.

Jantungku berdenyut
bila kau angkat aku setinggi langit
dadaku berdebar, menjerit bukan saja minta isteriku menyegerakan
'Nitroglycerin Sublingual Tablet' untukku kemam dibawah lidah
tetapi aku dikejutkan oleh jarak yang lama terpisah itu kini telah bersimpul kembali
untuk berpimpin tangan berjalan seiring menuju satu destinasi yang berliku dan
syahdu.

Entah! aku tidak tahu dan
sampai kini aku masih menelusuri jejak-jekak bila pernah aku
menggurui kamu, sedangkan kamu bukan tidak tahu bahawa
aku ini amat kerdil
untuk dimuliakan.

Yassin, saudaraku,
jangan lagi kamu menyindir aku, bahawa
dunia ini tidak diterbahagikan antara kita saja.
Kau dan aku tetap sama tapi tidak serupa.
Jom!
mari kita teruskan menapak
mencari DIA.

6 comments:

  1. perhhh..yg terbaik pak hashim..

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Ngah saya YASSIN juga :) cuma Yassin Sulaiman.. jugak terharu sama :)

    ReplyDelete
  3. Sekadarnya,
    aku memulangkan sirih ke gagangnya di junjungan,
    mengembalikan pinang ke tampuknya di pohonnya yang memagar halaman.

    Sepenuhnya,
    seluruhnya aku menyatakan ikhtiraf, mengembalikan hak yang hakiki, sebagaimana seharusnya untuk pengertian anak-anak dan cucu-cucu agar dapat mereka menyingkap tabir hemah kerendahan hatinya yang banyak menyembunyikan values & Virtues nya yang tidak pernah diperagakan.

    Makanya,
    aku singkap tabir itu untuk sekalian anak-anak & cucu-cucu PakNgah/TokNgah Hashim Zabidi,dapat mengetahui nilai dalaman yang terbenam sembunyi di kamar hati di telapak qalbunya yang amat bersih putih dengan warna tulus nan telus.

    With love from me to you my dear sifu, Hashim
    terima kasih.
    salam takzim
    yassinsalleh.

    ReplyDelete
  4. huh!syahdunya pak, bertemu teman lama....seronoknya tidak terkata..semoga semuanya sihat sejahtera belaka!!
    iya saya suka puisinya"ikan ikan dikaca"!!

    ReplyDelete
  5. Aku sayang semuanya, sambil itu gi kat http://dpmp238.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Pertemuan syahdu dua pejuang bangsa
    Biasanya airmata mengganti kata-kata
    Biar jasad kita lara namun cita-cita tetap membara
    Tertumpang hikmah azam bangsa.

    ReplyDelete