Followers

Tuesday, April 12, 2011

Sepanjang hayat 179 - Mencari Bahan 2.

Mungkin empat, lima puluh tahun dahulu Sungai Jelai yang selari dengan Jelai Street, ada port paling intim, pengkalan buat penulis mencari bahan. Seperti juga dengan kedai-kedi kopinya, penulis, wartawan bebas bertenggek mencari bahan untuk diwar-warkan. Penghuni bandar pula memang bijak selok belok cari makan. Perniagaan ala ‘butter trade’ sejagat tanpa sempadan telah lama dijalankan. Mereka telah dicelikkan oleh keperluan untuk membangun dan mengguna. Justeru mereka sedia saja menjadi model atau dimodelkan demi untuk menyesuaikan keadaan supaya pencari bahan untuk ditulis tidak buntu atau putus asa dan bosan.

Industeri kecil dan sedarhana telah wujud disitu barangkali seusia dengan kewujudan bandar itu sendiri. Justeru kerana itu, ekonomi bandar kukuh. Pengusaha tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak dan tidak perlu meng-impot barang mentah dari luar, kecuali mendatangkan pengguna-pengguna berlipat ganda.

Jika diwaktu itu ramai penulis seperti hari ini, lebih-lebih lagi jika internet telah menjadi media elektronik utama, saya percaya bandar ini (bandar Lipis yang tua dan uzur ini) telah menjadi gelanggang antarabangsa bagi penulis-penulis blog tanahair. Mereka tidak akan buntu atau tandus daripada bahan-bahan penulisan.

Saya yang berusia melebihi angka ke tujuhpuluhan ini, apabila mengimbau kembali nostalgia itu, tiba-tiba menjadi sebak dan sayu, kerana terkilan mendapati betapa banyaknya bahan-bahan untuk ditulis terkambus dan hilang. Terkambus dek zaman, tiada siapa yang cakna dan peduli. Untuk menenangkan semula fikiran, saya beristghfar beberapa kali, lalu bertanya: Siapakah yang akan bertanggungjawab menggali semula warisan itu? Wallah huaalamu biss sawab...

4 comments:

  1. Salam, Pakngah semmg jejak dahulu jika tidak dicoretkan akan hilang bersama hilirnya sungai jelai itu... anak cucu tidak tahu nilai sejarah dulu-dulu betapa perit jerit, suka dan dukanya :(

    ReplyDelete
  2. Kenangan lame2 tu buat rase bergelore didade

    ReplyDelete
  3. ada lebih 15 sajak saya berlatarbelakangkan Sungai Jelai. Itulah harta pusaka yang saya tinggal untuk masa depan

    ReplyDelete