Followers

Wednesday, April 13, 2011

Sepanjang hayat - 180. Mencari Bahan 3

Tuan-tuan dan puan-puan pengikut blog saya, janganlah terperdaya dek cerita saya ini. Anda semua kena maklum, mengambil iktibar serta memahami bahawa manalah ada orang tua yang seusia saya boleh bercerita begini rupa. Kalau adapun semuanya karut belaka. Anda kena fikir secara terbuka.

Namun saya suka sangat bercerita.

Sayugia, nostalgia empat lima puluh tahun dahulu itu adalah benar. Diperairan Sg.Jelai yang selari dengan Jelai street itu penuh dengan rumah-rumah rakit adalah benar. Rumah rakit bila malam akan berkerlipan api pelita berombak berayun oleh penghuni didalamnya bagaikan lembayung senja adalah benar. Kedai dan warung-warung kopinya bila menjelang malam akan diterangi lampu neon sampai ke pagi oleh penggiat malam adalah benar. Penghuni bandar yang berpeleseran, mabuk arak selepas itu mencari perempuan-perempuan sundal adalah benar. Sundal-sundal malam berkeliaran dilorong-lorong dan warung memperdagangkan tubuhnya adalah juga benar. Semuanya benar belaka.

Saya tak mengarut apatah lagi menipu.

Jika kamu ditakdirkan, dikembalikan dan hidup semula ke zaman itu, adakah kamu suka?
Ha ha! Itu yang saya ingin tanya.

Kembali ke zaman itu bererti kembali kepada hidup bebas, sebebas-bebasnya. Tiada siapa yang melarang dan tiada siapa yang bertanya. Kerajaan penjajah tidak peduli. Alim Ulama’ tidak cakna. Tepuk dada tanya selera, kata orang tua-tua. Lantaklah deme. Deme bebal sangat membezakan antara syurga dengan neraka.

Salahkah merekaitu semuanya. Pada hal kita arif benar, mana ada yang baru kalau tidak ada yang lama.

10 comments:

  1. dulu ada pawagam kecik tayang cerita porno haha

    ReplyDelete
  2. Pak Cik...
    Sejarah tak pernah menipu & tak boleh diubah...

    Kena berhati2 mencipta sejarah...

    ReplyDelete
  3. Saya pernah menumpang tidur di rumah rakit Pak Bedu masa sekolah dulu. Seronok tidor atas tikar dan lantai pelupoh aje, berbantalkan bantal busuk, berayun dari mula tidur hingga ke pagi...

    ReplyDelete
  4. Tidur berayun di rakit tanpa penghayun mana datang seronoknya.

    Hoh alo! demo kecek lagi maso tu,
    Mek tok leh not uat apo, deh...

    ReplyDelete
  5. Dulu dalam jawantan kerajaan disini ada jawatan Anak Perahu..mereka selalu menambat perahu di rakit2 sebelah hulu..ha..ha..

    ReplyDelete
  6. sejarah yg tercipta jgn diubah asalnya...dlm negara ini hanya 1 sejarah shj yg berubah.. 'paria' cuiihhhhhhhhhhhh!! cuittt!! cilakak!!

    ReplyDelete
  7. salam pak cik
    gua baru nak menuntut ilmu ngan pakcik...

    ReplyDelete
  8. B.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    cepat sikit, nanti tak sempat...

    ReplyDelete
  9. ada ceita pasai kg. pagor, penjom. dulu kata pelabuhan kecil. menteri dollah penghulunya...

    ReplyDelete