Followers

Saturday, February 16, 2013

Saturday, January 7, 2012

Sepanjang hayat 187 - Selamat berjumpa kembali.

Tahun 2012 dah seminggu berlalu.
Mengikut janji lepas puasa menjelang tahun baru,
nampak sangat aku nih menipu
ha ha ha haru.

Dengan lapaz Bismillah hirohman nirrrohhim,
aku bermula pada hari ini pagi minggu
dengan langkah sumbang dan kaku
selama mana aku boleh berjalan laju
tuhan sajalah yang tau.

Selamat berjumpa kembali.

Monday, August 22, 2011

Sepanjang hayat 186 - Selamat Idilfitri.

Salam semua,
Maafkan saya kerana lama tak menulis,
berhenti kejap , puasa tahun nih terasa jerih
faktor usia barangkali peyebab sabit.

Kok ada umur berlebih, lepas puasa nih
akan saya berkalih dan bertatih,
tukar wajag ubah imej
biar wayang, jalan ceritanya beralih.

Selamat berpuasa
Selamat berhari Raya
Maaf zahir dan batin.

Tuesday, June 21, 2011

Sepanjang hayat 185 - Lipis Bandarku

Kuala Lipis
dahulu, tangga batu dijalan silang
Jalan lurus ke inderaloka
ada teratai, akar tak jejak
pucuk menjulang.

Kini, bangunan indah pra-matang
Berwajah lesu serinya hilang
niaga tak maju
orang tak datang.

Kita berhenti sekejap bu
di sini,
keringatku luluh tumpah di sini
demi tamuku, menabur janji.


*****

Sejarah itu berulang, kata orang
Yang lama dikenang yang baru dijulang,
laung orang berulang-ulang.

Sejarah baru pula dikarang
Sama motifnya persis larangan
Meskipun berkata ‘tidak’
kepada yang curang.

Namun bandar tua itu
Mengukir terus manisnya
medan gelendangan segala nafsu
menjual maruah, meraih untung.

Sakitku belum pulih bu!
Apa ubatnya?
Sabar dulu nak, sayang
Biar ibu yang cari pelanggan.

*****

Jelai, Lipis airnya tidak lagi mengulangi sejarah
(meski, sejarah itu berulang)
Sekalipun pembangunan dilipat ganda.

Keruh airnya bermula dihulu
Prejudis! Oh! bukan, demi pembangunan
biar keruhnya jadi penentu.

Namun kota pacar itu
Membuka dada warga
Pemimpin datang dan pergi
Menabur janji.

Hari ini kita makan apa bu?
nggap ada,sayang
Esok, ibu dengar ada keramaian
hias bibirmu, biar tampang .

Sunday, May 22, 2011

Sepanjang hayat 184 - Bandarku Lipis.

Oh! air sungaiku!
Jelai dan Lipis keruh sejak
Kemerdekaan diiystiharkan,
Kepalang lama bukan!

Ikan-ikannya, patin, jelawat, kelah, tengalan dan dll.
hilang sisiknya
berpindah gahnya ke tempat lain.

Rumah rakit teratak kita
Asyik maksyuk lambang cinta
dibanteraskan selagi ada.

Pembangunan! Kata pemimpin
Tak apalah, kita relakan
buat kesenangan orang asing.

Apa lagi yang ada sayang!
Habis semuanya bu, cuma tubuhku
lacurkanlah dulu, sayang!
esok kok ada pemimpin baru.

Wednesday, May 11, 2011

Sepanjang hayat 183 - Mencari bahan 6

Bandar Lipis,
sebuah kota purba yang penah saya ungkapkan sebagai ‘Kota Kecil yang Tak Pernah Tidur’ kini menjadi sebuah taman yang damai lagi makmur.
Taman-taman perumahan bercambah bagaikan kulat tahun.
Didiami sendiri oleh pemilik-pemilik dari desa yang berhijrah kebandar.
Bercampur baur dengan penduduk yang pernah berkhidmat disini mengambil keputusan: disinilah kampung kami. Tak kuasa nak pindah lagi.
Kata orang, sesiapa saja yang mengecap rasa air Jelai, tidak akan mudah mengambil keputusan untuk berpindah lagi.

Lalu bersoraklah orang gila
Yang sering melata
Kuala Lipis, aku punya:

Bandar Lipis,
Kota kecil yang sunyi
Banyak khazanah yang tersimpan dan tersembunyi.
Namun tiada siapa yang cakna dan peduli.

Bandar Lipis,
Kota purba dipanjat usia
Kota perhentian Timur, Barat, Selatan & Utara
Duduknya pula dihutan belantara
ditengah-tengah negeri pusat Negara.

Bandar Lipis,
dahulu bandar diraja
Pusat pentadbiran Inderapura
Bila dipindahkan ke Kuantan tempat barunya
Tinggallah ia bagai orang hina dina.

Bandar Lipis,
Kini,Kota birokerasi,
Pembangunannya digarap sesuka hati
Kapitalis prejudis merampuk hasil negeri
kayu kayan, bijih timah, emas dan besi.

Bandar Lipis,
Kota emas yang tak pernah kemas.

Monday, May 9, 2011

Sepanjang hayat 182 - Mencari Bahan 5

Kembali ke zaman rumah rakit bagi orang zaman kini tentulah kamu beranggapan ibarat jatuh ke zaman entah berentah, atau
kembali ke zaman datuk nennek kamu yang baru bernikah atau baru saja pudar inai dijari,
Tentu kamu rencam berfikir: Oh! Aku terlepas ke sebuah negeri asing,
Senyap sunyi bagaikan terhindar dari riuh rendah, hiruk pikuk dan bising.

Tidak ada sistem elektronik yang canggih apatah lagi internet.
Tidak ada yang terburu-buru, menggapai itu ini apatah lagi saling bersaing.

Orang dahulu songkoknya mereng, berkerol licin, orang sekarang berpakaian intim keterampilannya alim kucing.

Orang dahulu bernasi beras bendang, berlauk patin, orang sekarang beras impot berlaukkan masakan kurang manis dan kurang masin.

Sekalipun jarak zaman sudah berlalu nisbah berahi tiada yang kurang,
dahulu senjatanya tajam ampuh berbujang
sekarang banyak berhelah, rambang dan curang.

Monday, May 2, 2011

Sepanjang hayat 181 - Mencari Bahan 4

Kini bandar Lipis masih ada walaupun umurnya sudah tua. Tetapi sekarang keluasannya telah bertambah sekali ganda. Pembesaranya dan persekitarannya meliputi setiap penjuru mata angin.

Sungai Jelai yang berair kelabu terus mengalir lesu diantara bandar lama dan bandar baru. Penghuninya adalah warga, pelbagai etnik berbangsa-bangsa dari pelbagai benih dan baka. Ini dapat diukur dari bilangan kenderaan mewah yang indah-indah memenuhi lapang dan ruang.

Orang seperti saya bila tersasar ke bandar menjadi hairan dan tertnya-tanya. Mengapa ramai sangat orang, tak tahu dari mana datangnya. Semuanya tampan bergaya, berwibawa dan masing-masing dengan hala tuju bersahaja.

Jauh amat bezanya Lipis kini dengan Lipis purba, bak langit dengan bumi. Kalau kamu semua ingin tahu apa punca. Panjangkanlah langkah, amatilah pendengaran juga penglihatan. Kuala Lipis kini bukan lagi tasik orang berleka-leka.