Oh! air sungaiku!
Jelai dan Lipis keruh sejak
Kemerdekaan diiystiharkan,
Kepalang lama bukan!
Ikan-ikannya, patin, jelawat, kelah, tengalan dan dll.
hilang sisiknya
berpindah gahnya ke tempat lain.
Rumah rakit teratak kita
Asyik maksyuk lambang cinta
dibanteraskan selagi ada.
Pembangunan! Kata pemimpin
Tak apalah, kita relakan
buat kesenangan orang asing.
Apa lagi yang ada sayang!
Habis semuanya bu, cuma tubuhku
lacurkanlah dulu, sayang!
esok kok ada pemimpin baru.
Followers
Showing posts with label Mencari Bahan. Show all posts

Sunday, May 22, 2011
Wednesday, May 11, 2011
Sepanjang hayat 183 - Mencari bahan 6
Bandar Lipis,
sebuah kota purba yang penah saya ungkapkan sebagai ‘Kota Kecil yang Tak Pernah Tidur’ kini menjadi sebuah taman yang damai lagi makmur.
Taman-taman perumahan bercambah bagaikan kulat tahun.
Didiami sendiri oleh pemilik-pemilik dari desa yang berhijrah kebandar.
Bercampur baur dengan penduduk yang pernah berkhidmat disini mengambil keputusan: disinilah kampung kami. Tak kuasa nak pindah lagi.
Kata orang, sesiapa saja yang mengecap rasa air Jelai, tidak akan mudah mengambil keputusan untuk berpindah lagi.
Lalu bersoraklah orang gila
Yang sering melata
Kuala Lipis, aku punya:
Bandar Lipis,
Kota kecil yang sunyi
Banyak khazanah yang tersimpan dan tersembunyi.
Namun tiada siapa yang cakna dan peduli.
Bandar Lipis,
Kota purba dipanjat usia
Kota perhentian Timur, Barat, Selatan & Utara
Duduknya pula dihutan belantara
ditengah-tengah negeri pusat Negara.
Bandar Lipis,
dahulu bandar diraja
Pusat pentadbiran Inderapura
Bila dipindahkan ke Kuantan tempat barunya
Tinggallah ia bagai orang hina dina.
Bandar Lipis,
Kini,Kota birokerasi,
Pembangunannya digarap sesuka hati
Kapitalis prejudis merampuk hasil negeri
kayu kayan, bijih timah, emas dan besi.
Bandar Lipis,
Kota emas yang tak pernah kemas.

Labels:
Mencari Bahan
Wednesday, April 13, 2011
Sepanjang hayat - 180. Mencari Bahan 3
Tuan-tuan dan puan-puan pengikut blog saya, janganlah terperdaya dek cerita saya ini. Anda semua kena maklum, mengambil iktibar serta memahami bahawa manalah ada orang tua yang seusia saya boleh bercerita begini rupa. Kalau adapun semuanya karut belaka. Anda kena fikir secara terbuka.
Namun saya suka sangat bercerita.
Sayugia, nostalgia empat lima puluh tahun dahulu itu adalah benar. Diperairan Sg.Jelai yang selari dengan Jelai street itu penuh dengan rumah-rumah rakit adalah benar. Rumah rakit bila malam akan berkerlipan api pelita berombak berayun oleh penghuni didalamnya bagaikan lembayung senja adalah benar. Kedai dan warung-warung kopinya bila menjelang malam akan diterangi lampu neon sampai ke pagi oleh penggiat malam adalah benar. Penghuni bandar yang berpeleseran, mabuk arak selepas itu mencari perempuan-perempuan sundal adalah benar. Sundal-sundal malam berkeliaran dilorong-lorong dan warung memperdagangkan tubuhnya adalah juga benar. Semuanya benar belaka.
Saya tak mengarut apatah lagi menipu.
Jika kamu ditakdirkan, dikembalikan dan hidup semula ke zaman itu, adakah kamu suka?
Ha ha! Itu yang saya ingin tanya.
Kembali ke zaman itu bererti kembali kepada hidup bebas, sebebas-bebasnya. Tiada siapa yang melarang dan tiada siapa yang bertanya. Kerajaan penjajah tidak peduli. Alim Ulama’ tidak cakna. Tepuk dada tanya selera, kata orang tua-tua. Lantaklah deme. Deme bebal sangat membezakan antara syurga dengan neraka.
Salahkah merekaitu semuanya. Pada hal kita arif benar, mana ada yang baru kalau tidak ada yang lama.

Sunday, April 10, 2011
Sepanjang hayat 178 - Mengata Orang.
Menulis, saya dah lama tidak. Tak ada bahan. Tak ada idea. Dah kering kontang. Puas cari sana sini. Dikedai kopi tak jumpa. Tepi sungai jelai tak ada. Dipasar lagilah, balik-balik petai, jering, kerdas (buah keduak, kata orang sini) memeningkan kepala. Tanya bini, heh! buat dek aja.Rupanya atas sejadah duduknya idea. Selagi tak sampai salam selagi itulah idea bergayut terkinja-kinja. Aduh! hilang semua pahala. Sembayang hapa!!!
Agaknya, perkara yang sama yang dihadapi Ubi Lepih, benludin, goblog, mati fikiran, kelompin, Kuala Lanar dulu, kini dan selamanya dan lain-lain lagi. Sebab itu mereka dah lama berdiam diri bagaikan tak ingin menulis lagi. Terasa amat hati ini, sayu, pilu, sunyi bagaikan hilang jatidiri.
Hari ini saya bercakap lantang, mengata orang diluar tikar sembahyang.

Subscribe to:
Posts (Atom)