Followers

Saturday, February 28, 2009

Sepanjang hayat 23

Menongkah arus iii:

Tiap pagi sarapan di kantin pejabat, taukenya Pak Salim ayah cikgu Amnah dan menonya nasi lemak dan kueh kueh termasuk karipap, tepung talam, kueh koci, lepat dan lain lain. Kalau teringin nak makan roti canai ke kedai mamaklah perginya. Apabila membayar dan jumlahnya tidak genap, maka penggenap lima sen itu akan dicucur dengan sebatang rokok. Dari situlah dan dari penggenap bayaran itulah puncanya saya mula merokok dan ketagih rokok sampai sekarang. Rasanya sudah limapuluh tahun saya menjadi penghisap rokok, bermula dengan harga 25 sen sekotak hingga kepada lebih RM 8 sekotak. Tak tahulah apa sudah jadi pada paru paru saya dan sekarang tunggu masa sahaja untuk collapse agaknya. Masya Allah...

Cikgu Amnah cantik orangnya, kulitnya sawo matang, pandai bergaya, suaranya lembut dan sedap didengar. Dia mengajar di sekolah cina.

Tempat tinggal saya sewaktu di Bentong ialah dibilik belakang Kelab Sri Persekutuan Melayu Bentong dan dekat sangat dengan Kelab Bentong atau the Bentong Government Club. Kami semuanya empat orang, masing masing punya katil dan gerobok tempat simpan pakaian. Disebelahnya bilik air dan ada sedikit ruang tempat kami memasak.Di Kelab melayu itu ada set music seperti akordian, guitar, drum dan double base, milik Pancaragam Kelab Sri Persekutuan Melayu Bentong. Kami bebas menggunakannya. Hari hari, siang malam, tentunya selepas waktu pejabat, kami bermain alat music, dan ada kalanya hendak tidurpun susah dek bisingnya keadaan. Hiruk pikuk kami, melalak, melaung dgn pelbagai suara irama dan lagu tidak mengganggu orang lain kerana kuaters kerajaan yg berdekatan dijarak oleh sebuah padang bola. Saya turut bermain music, semua alat saya main dan saya tidak khusus pada satu satu alat music sahaja. Akhirnya saya tidak kemana, sekadar tidak lebih dari Jacks of all trade but master of none. Apabila tidak main music, kami turun ke Kelab Bentong untuk bermain billiards dan mahjung. Ada seorang kawan saya bernama Arshad boleh cari makan dengan bermain billiards dan dia cukup cun dan cukup terrror fasal main billiards. Bagi saya sama ada billiards atau mahjung sama sahaja, tidak jadi pandai apalagi ketagih.

Apa jua acara atau latihan atau perjumpaan yang menjadi aktiviti kelab, kamilah yang kena siapkan seperti menyusun meja kerusi dan lain lain. Kelab mesti sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas kerana itulah diantara perjanjian Jawatankuasa kelab dengan kami sebagai penghuninya. Di dalam acara tertentu itu seperti latihan menari dan lain lain cikgu Amnah dan kawan kawannya turut ada sama. Pada masa itu memang banyak aktiviti kebudayaan dan sosial samada anjuran Kerajaan atau kelab sendiri, jadi kami secara tidak langsung turut mengambil bahagian. Kempen Bulan dan minggu Bahasa Kebangsaan adalah diantaranya. Banyak pertandingan dianjurkan, seperti Berbahas, Bersyarah, mengarang,berbalas pantun, melukis dan lain lain dan kemuncaknya tentunya berakhir dipentas yg didirikan diatas padang berhampiran kelab tempat kami duduk. Dalam hal hal begitu cikgu Amnah tak pernah ketinggalan. Memang kehadirannya amat diharapkan dan skiranya dia terlambat seminit dua, hati mulai berbisik, "tak datangkah dia". Itulah cikgu Amnah yg peramah, ayu dan berkulit sawo matang pelengkap acara , penambat hati, penghilang sunyi, penghibur duka dan pendamai debaran dijiwa dan, dan dan...

"Tuan tuan , puan puan, dan para hadirin yg dihormati sekalian, itulah tadi lagu salam pengenalan Pencaragam Rangkain Malam pimpinan Sdr. Nordin Dirun selaku pemain accordian, sdr. Yunus selaku pemain guitar, sdr. Arshad selaku peniup tenor sex, sdr . Rashid pemain clerinet dan sdr. Din Rongak selaku pemain drum" Wauuu dengarkanlah tempik sorak, riuh rendah anak anak dibawah pentas mengalu alukan persembahan kami. Dan itulah saya dan suara saya sebagai juruacara persembahan dimana saja sama ada dpentas mahu dimajlis majlis perkahwinan.

12 comments:

  1. Pak Hashim. Kukira ini memoar atau biografi yang semakin menjadi menarik. Namun saranku, bisakan di setiap hujung peristiwa diselit semacam "moral of the story" atau mesej "pengajaran" yang boleh dikongsi pembaca muda-muda.

    Itu sekadar saranku. Mungkin bisa diakur atau tidak apa-apa.

    Kukira Pak Hashim baiknya juga mulai berkira-kira menyiapkan sebuah naskhah lengkap dan dikirim untuk pertimbangan penerbitan Ke DBP.

    Gimana Pak Hashim?

    Marsli N.O

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Saya sokong saranan Abg Marsli tersebut. Saya dapat bayangkan bagaimana nanti entri-entri ini menjadi buku.

    Boleh menjadi rekod sosial dengan cara bersahaja.

    Berbalik kepada entri asal, haha, saya dapat bayangkan macam dalam filem Man Laksa.

    :-)

    ReplyDelete
  3. Salam PakNgah,
    wah banyak juga genetik Pak Ngah diperturunkan pada PiPi - mahir berkarya - bermain alat muzik - merokok ? dan "public speaking"
    cuma adakah suara SiPiPi boleh menandingi suara PakNgah ? Belum tentu... sebab tak semua orang diberi anugerah untuk menjadi pengacara majlis
    Dekat pejabat saya hanya ada 2 orang jer yang layak jadi pengacara majlis , memang jawatan itu diberikan secara tetap dan berpencen :D

    hahahaha... akhir cerita Cikgu Amnah tu kawin dengan siapa ya ?

    p/s mak saya dulu, kawin awal , seawal 15 tahun, putih...kecil molek orangnya dan saya ? bernasib baik sebab mengikut genetik ayah, tinggi dan kelabu hahahahaaa...

    ReplyDelete
  4. Sdr Marsli NO,

    Salam...

    Saya amat akur dgn saranan sdr. Saya akan usaha untuk sampai ke matlamatnya.

    Saya mengambil pendekatan ini kerana ia hanyalah sebuah kenangan belaka mengenai apa yg saya lalui selama melebihi 70 tahun, sebagai sebuah memoir sahaja. Dan saya mulanya menulis agak sepontan tetapi akhirnya ia dianggap menarik, saya akan cuba berhati hati. Untuk menjadi sebuah buku, kita bincang semula apabila entry saya sampai ke tahap 50 nanti.

    Terima kasih banyak sdr Marsli NO.

    Pak Hashim.

    ReplyDelete
  5. enamdegrees,

    Salam dari pakcik,

    Harapan pakcik sama dengan apa yg pakcik berikan kpd sdr Marsli. Mudah mudahan apa yg anak anak anjurkan akan menjadi kenyataan, terima kasih.

    Pakcik Hashim.

    ReplyDelete
  6. Bong Hashim, dah lupa pada Arisel Ba ? Jenguklah ke http://orangrawa.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Terra,

    Salam dari pakngah,

    Nampaknya begitulah, hanya si Pipi seorang saja yg banyak mewarisi apa yg boleh diperkatakan sebagai kebolehan pakngah. Yg lain lain tiada, kalaupun ada, adiknya si Etek yg sekarang ditahun akhir dlm bidang penulisan. Masa praktikal dia buat di Berita Harian, mudah mudahan BH ambil dia bekerja. PP tiada bakat jadi public audition, suarnya garang, berkomunikasi dirumah pun susah.

    Cikgu Amnah, pakngah belum habis lagi dgn cerita dia. Tunggulah di entri lain dlm menongkah arus, Ok terra, ha ha ha...

    Pakngah.

    ReplyDelete
  8. Sdr Arisel BA,

    Salam dari saya...

    Terima kasih kerana berkunjung ke laman saya. Sekali lagi terima kasih.

    Sebenarnya, saya seringkali melintasi laman sdr, tapi segan dan enggan memberi salam. Laman sdr amat istimewa. Saya juga telah merangka rangka untuk mengunjurkan keturunan Baginda Demu yg kononnya berketurunan daripada istana di Perak Darul Ridzuan yg masa kecilnya dihukum bunuh oleh ramalan nujum sebagai memudharatkan negeri. Bukankah keturunan di Perak adalah setelah didatangi oleh dari orang orang dari seberang 600 tahun sebelum adat beraja di Perak established / wujud? Tok Baginda Demu yg dihukum itu tidak dibunuh malah di selamatkan dan dibawa hilir oleh orang yg bernama Tok Mutan & isterinya Tuk Ulan, ke Pahang lalu membuka kampung halaman di Lubuk Yong dekat kg Pasir Mas Kuala Lipis. Adakah mereka ini orang rao atau minang?.

    Saya masih mengumpulkan beberapa salahsilah To Baginda Demu ni dan belum ada kepastian yg sahih untuk diketengahkan. Adakah Baginda Demu yg digelar anak buluh betong yang kemudiannya merajai wilayah Hulu Jelai. Wallah hu aalam...

    Saya, Bong Hashim.

    ReplyDelete
  9. Wah Bong, segerakan siap salasilah Baginda Demu tu yang ada kaitan dengan Pasir Mas, Kuala Lipis, kampung Aruah Ayah Haji Ismail, mentua Cikgu Jamaluddin. Mereka yang Bong sebutkan itu adalah dari Pagar Ruyung dan Rao-Mapattunggul, Sumatera Barat. Cerita yang Bong kisahkan itu betul.Keturunan Tok Raja di Bukit Kota, Bukit Betong tu juga asalnya dari Pagar Ruyung. Begitu juga Orang Kaya Haji Wan Daud, ada darah Rao yang pekat.

    Bong Hashim, saya mohon izin, ada artikel yang Bong tulis akan saya copy and paste ke dalam Blog Teromba a-Rawi, bagi panduan puak-puak Rawa di Tanah Melayu menjejak waris keturunan dan meperbaiki nasab keluarga mereka.

    Saya doakan Bong terus menulis, dan saya doakan Bong dalam sihat dan dipelihara Allah seadanya, teruskan menulis, kerana apabila menulis mesti seseorang itu telah menggunakankan otaknya dengan sempurna dan semurninya. Syabah dan tahniah.

    ReplyDelete
  10. Sdr.Arisel,
    Salam...
    Perhatian sdr terhadap saya amat tinggi. T.kasih. Saya akan masuk ke laman sdr nanti apabila ada kaitannya dgn sejarah. Maksud sdr. yg berkaitan dgn sejarah dan orang rao itu? Oh! saya sila dan izinkan dengan segala hormatnya.

    Bong Hashim.

    ReplyDelete
  11. pakcik, 'jack of all trade but master of none' tu selalu abah saya guna ketika menasihati kami adik beradik. nampaknya org putih di pahang mengajar pepatah yg sama ye :-)

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Saya terbaca nama ayah saya di blog ini. Mohd Nordin Dirun. Saya adalah anak beliau yang ketiga. Mungkin pernah berjumpa pakcik sebelum ini. Abah dah lama meninggal, mak masih ada dan sekarang di Puchong. http://walinungsari.blogspot.com

    ReplyDelete