Followers

Sunday, February 8, 2009

Sepanjang hayat 6

Masa itu zaman dharurat. Saya pergi sekolah naik bas dari Kg.Batu Talam ke Mahmud School Raub. Ayah saya Cikgu Zabidi, datuklah pada Firdaus, jadi guru besar Sekolah Melayu Batu Talam, bertukar dari Sek.Melayu Tg.Gahai, Kuala Lipis, menggantikan seorang cikgu yang ditangkap Polis kerana rusuhan kaum.

Pada suatu hari Isnin, gurubesar itu mendapati banyak anak muridnya tak datang sekolah. Kebetulan hari itu ada pekan sehari di Batu Malim, terletak kira kira lebih sebatu jauhnya dari sekolah. G.B itu mengambil keputusan untuk menjejak dan menyiasat mengapa berlaku demikian! GB berjalan kaki seorang diri diatas jalanraya yang tidak bertar dan sepanjang jalan itu masih hutan belukar. Dengan sebilah parang sebagai senjata untuk mempertahankan diri dari serangan binatang buas, ia bertekad untuk mencari anak muridnya yang tak datang sekolah. Begitulah hemah seorang guru pada zaman itu. Belumpun sempat sampai ke pekan sehari tiba tiba terak polis yang datang dari Raub menahannya lalu menuduhnya mengambil bahagian dalam rusuhan kaum di Batu Malim. GB itu dipenjarakan atas tuduhan tersebut selama 5 tahun.

Memang benarlah satu rusuhan kaum telah berlaku di Batu Malim diantara orang melayu dengan orang china. Banyaklah yang menjadi korban. Justeru, banyaklah orang melayu ditangkap dan dipenjarakan. Yang dipersalahkan ialah orang melayu. Peristiwa itu merupakan satu titik hitam yang bersejarah. Generasi baru dari anak tempatan Batu Talam dan Batu Malim sepatutnya merakamkan peristiwa berdarah itu sebagai satu Memorial.

Zaman itu zaman dharurat, sekolah dan rumah guru agak jauh dengan kampung. Orang kampung kebanyakannya tinggal ditepi Sg.Lipis. Jadi terpencillah kami dengan orang kampung. Ayah saya sering dipanggil polis disiasat kenapa beliau dan sekolah tidak diganggu oleh Bandit (pejahat kominis). Sampai sekarang saya tak dapat jawapannya. Mungkin ayah saya orang lama, orang lama ni banyak pakaiannya, pedinding, pembias atau jampi serapahnya banyak.

Jadi, berjasakah mereka ini sebagai kakitangan Kerajaan. Apakah pandangan dan andaian orang ( masyarakat & Kerajaan) pada orang orang seperti GB yang dipenjarakan itu atau ayah saya atau mana mana orang lain yang mempunyai cerita yang sama?.

Ini cerita lama. Orang sudah lupa. Barangkali orang tak suka nak ungkit cerita cerita macam ini. Buang masa. Persatuan Sejarah Negeri Pahang pun barangkali tak suka. Dato' Zainuddin Jumaat mungkin tak larat lagi buat kerja macam ini. Hendak bawa tubuhnya sendiri sukar. Tapi tak apa Dato' , kalau datang ke Pahang Barat ni carilah saya. Kita boleh sama sama buat kajian, lepas tu tulis dan lepas tu simpan. Ok!

Ayah saya tu, cikgu Zabidi tu, adalah guru yang pertama membuka Sek.Melayu Kuala Medang. Dia mengajar disitu sebelum perang dan selepas perang. Dalam masa sama, sekalipun tinggal jauh dihulu, aktiviti sosialnya menyeluruh. Beliau adalah seorang Anggota Tentera "Force 136" , Anggota Tentera Wataniah. Jika jambatan keretapi di Kuala Lipis tidak di bom oleh Jepun, beliau tentu telah berlepas ke Singapura untuk berperang dengan Jepun. Bila dia pencen, dia balik kampung, jadi orang kampung.Yang tinggal padanya ialah dibelakang namanya ada perkataan cikgu. Cikgu Zabidi, sekarang aruah cikgu Zabidi. Satu apapun tak dapat. Itulah perjuangan orang dulu. Patutkah jasa mereka dikenang!!!.

8 comments:

  1. Uncle!!

    Saya suka frasa nie "Kita boleh sama sama buat kajian, lepas tu tulis dan lepas tu simpan. Ok!"

    Satu soalan, "Kita nie penentang atau pejuang?"

    ReplyDelete
  2. En. emmrab,
    Bagi saya, samada orang itu menentang atau menyokong, mereka adalah pejuang. Berjuang untuk meruntuhkan atau berjuang untuk membangunkan.

    ReplyDelete
  3. Pakcik, masa ni tahun berapa? Bukan 13 Mei kan? Pakcik keberatan tak satu hari nanti pakcik ceritakan secara detail tentang 13 Mei tu? Saya belum hidup lagi zaman tu. Saya nak tahu apa sebenarnya punca disebalik kejadian tu.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum pakcik,
    saya asalnya raub pahang juga, tapi dibesarkan di kelantan..
    saya peminat tegar anak pakcik - PiPi..
    boleh tak cerita detik - detik 24 jam sebelum PiPi dilahirkan ?
    penat juga saya kaji , apakah yang membuatkan PiPi boleh berkarya sedemikian rupa ?
    sekian terima kaseh ...

    ReplyDelete
  5. Pak Hashim

    Boleh x pakcik cerita pasal komunis, jepun dan british sebab saya yakin ramai dari golongan macam saya ni x tahu cerita sebenar.

    Orang kata komunis ni kejam tetapi tak ramai yang kata jepun juga kejam dan lagi ramai tak kata british ni kejam.

    Terima Kasih.

    ps : Saya rasa Pakcik patut tampil di pentas Maskara, cerita pasal sejarah.

    ReplyDelete
  6. Buat Emblem of Purity:
    Pakcik harap sila ikut Sepanjang Hayat. Besar kemungkinan Pakcik akan sampai kesitu.

    Buat terarosa:
    Pipi lahir di hospital Ktn. dah 25 tahun dulu. Normal. Pakcik tak ingat detik peristiwa itu. Pipi anak yang ke delapan. Masa kecil dia lemah, kurang ceregas, berbanding dgn.yg lain. Meme,selalu menangis tapi dia cerdik. Masuk seolah darjah 1 seminggu tunggu luar bilik darjah. Pindah ke Lipis masuk darjag 2 seminggu lagi tunggu dia luar bilik darjah. Cukuplah, tanya dia sendiri. Pakcik cerita nanti dia malu, ha ha ha!!!

    Buat enamdegrees:
    Pakcik rasa elok anak ikuti Titik Bukan Noktah dalam Sepanjang Hayat.

    ReplyDelete
  7. salam pakcik,
    saya anak tok mat tempoyang yang duduk kat taman seri tempoyang tue. pertama mintak maaf pasal penulisan saya tentang pakcik. bagi kami semua kegarangan orang yang lebih tua merupakan satu jenis pelajaran dalam hidup kami. bilansaya baca blog nie saya mengingatkan penulisan buku zainudin mydin bekas menteri penerangan yanag bertajuk wira tak didendang.

    saya memang minat sejarah dan masa belajar dulu saya ambik sejarah sebagai minor dalam ijazah saya. yang sedih ramai anak muda tak minat sejarah. tak tahu kenapa. mungkin cikgu tak pandai nak ajar sejarah, mungkin sejarah subjek yang tak laku dan mungkin juga isi kandungan dia tak kena dan telah di tapis demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

    jarang-jarang saya jumpa golongan-golongan kiri. perjuangan politik kiri dan kanan(tepi, depan atau belakang) kalau ikut sejarah saya rasa hala tujuan dia sama jee. semua nak capai kemerdekaan..)

    saya nak tanya pandangan pakcik tentang bangsa jawa yang berada di tanah melayu yang menulis surat kepada pak sukarno agar menghantar tentera ke sini hingga wujudnya konfrastasi antara malaysia dan indonesia. benarkah golongan kiri juga berharap agar malaysia bersatu dibawah satu bendera indonesia raya dan mengharapkan konfratasi itu berjaya?

    ReplyDelete
  8. Pasal Pipi tu saya rasa sekarang ini pakcik akan bertambah bangga dengan dia sebab baru-baru ini pada malam Maskara, ramai orang tepuk bila dia buat persembahan. Dia juga rajin, habis program terus kemas rumah Pena.

    ReplyDelete