Followers

Wednesday, February 11, 2009

Sepanjang hayat 9

Saya yakin bahawa Tok Peramu itu Datuk Bahaman, berasas kepada munculnya Mat Kilau di Pulau Tawar Jerantut l.k. 38 tahun yang lalu. Sebelum Mat Kilau muncul dan diisytihar kan, beliau tinggal di Batu 5 Jalan Gambang, kawasan Paya Besar. Mengikut cerita,Pahlawan melayu sangat taat kepada Raja, mereka tidak akan menderhaka malah raja perlu dilindungi. Justeru, betullah, Datuk Bahaman tinggal di Peramu, Mat Kilau tinggal di Paya Besar dan Tok Gajag tinggal di Rompin, mereka tidak boleh berjauhan dengan Raja.

Kesemua tiga pahlawan melayu terbilang ini telah meninggal dunia. Tamatlah cerita mereka, tanpa mendapat tempat dipersada pemerintah. Kalau adapun cucu cicitnya, mereka tak kesah. Barangkali mereka beranggapan, yang handal, yang gagah perkasa itu datuk nenek mereka, bukan anak cucunya.

Tetapi, sayugia diingati, tak mustahil kalau ada orang mengatakan bahawa ketiga tiga pahlawan itu masih hidup dan pernah dijumpa orang. Bukan saja Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau, malah Tok Pawang Nong Hulu Cheka pun pernah ditemui orang. Mustahilkan!. " Tiap tiap yang bernyawa itu mesti mati"

Saya beri satu contoh: Satu hari kawan saya bernama Sano nama sebenarnya Zainal bin Buyung, orang kampung Merang Atok, bermotosikal ke Benta lalu singgah di Kios minyak di Benta. Disitu Pak Sano bertemu dengan satu orang dan bersembang pendek. Bertanya khabar dan sekadar berjabat tangan. Oleh kerana Pak Sano hendak cepat bertemu kawannya yang telah dijanjikan di Pekan Benta, lalu dia minta diri. Apabila Pak Sano ditanya kawannya, kenapa lambat, dia menceritakan bahawa dia bertemu dengan Tok Pawang orang Jerangsang tadi itu. Hatta ! kawannya sangat terkejut, "awak biar betul, orang tua itu dah tiga tahun meninggal dunia" . Mustahilkah cerita ini? Jawabnya tidak. Kita boleh percaya saja tapi tak boleh beriman kpd.cerita sebegini. Kalau hendak tahu lebih lanjut, kita kena buka lambaran lain, Masya Allah!!!.

Kalau kita menonton film film klasik barat, unsur unsur mystictism yang dipaparkan, kadang kadang tidak manusabah, tidak masuk akal seperti orang terbang, orang ghaib dan sebagainya. Tetapi bukankah itu futuristik mereka hasil kajian daripada kitab kitab lama dan kuno mereka. Mereka berbuat sesuatu kehadapan berasas kepada yang dibelakang. Bukan macam kita orang melayu, mahu kehadapan tetapi tidak peduli dari mana asal kita dan siapa kita. Ha ha macam orang pandai pulak saya ni. Maaf ya.

Tetapi itulah hakikatnya. Sejarah itu perlu, tetapi saya hanya tahu cerita tanpa fakta dan tarikh yang tepat. Harap harap Dato' Haji Zainuddin Jumaat, bekas wakil Rakyat Penor dan kini Setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang dapat bantu dan bimbing saya menjadi seorang penulis bebas yang prolific.

13 comments:

  1. assalamualaikoum pak hashim zabidi.

    terima kasih atas tulisan-tulisan ini. sangat mengilmukan. mohon di tulis lebih lanjut mengenai ahmad boestamam,pak sako dan gerombolan.

    terima kasih.
    p/s: tolong banyakkan perenggan,mata saya tak berapa nampak. haha.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam Pakcik.

    Semalam saya beritahu Ayah saya mengenai Tok Bahaman tu, dia kata memang betul, dulu-dulu dia pun ada baca mengenai hal itu dan selain itu katanya Bahasa Kelantan purba memang sukar, tiada noktah, tiada koma dan sebagainya.

    Saya teringat dulu satu kisah yang diceritakan oleh Ayah saya. Di sebuah kampung di Pasir Mas ada seorang tua, katanya wali Allah, dia hendak menumpang motosikal seorang warga kampung tapi katanya motosikal tersebut kekurangan minyak. Tidak silap saya orang tua tersebut samada isi air atau berdoa saya pun lupa, maka selepas itu dihantarlah warga kampung tadi ke destinasi yang dimintanya. Selang beberapa hari, warga kampung tersebut hairan kerana motornya masih berjalan tanpa kehabisan minyak. Dek kerana ingin tahu maka dia pun bukalah tangki minyak untuk memeriksanya, tidak silap saya selepas itu, tangki tersebut kering! Ha ha.. Langsung tak boleh berjalan dah selepas itu.

    Ada lagi cerita mengenai seorang yang warak di Kelantan bilamana ulat sibuk mengigit luka di kakinya kerana beliau ada kencing manis. Bila orang suruh buang katanya tak hendak, biarkan di situ.

    Sekarang ini memang terbukti bahawa ulat-ulat digunakan untuk mencuci nanah luka dalam bidang perubatan.

    Saya juga biasa mendengar cerita dari pelajar Dato' Harun Din yang saya ingat-ingat lupa di mana dulu-dulu mereka-mereka ini berubat dengan mengembara ke alam lain dan dalam pengembaraan itu berjumpa dengan pelbagai makhluk antaranya watak-watak dalam cerita Ultraman.

    ReplyDelete
  4. wah. makin lama saya makin minat sejarah lepas ikut blog ni.

    terima kasih pak hashim.

    saya ni nama je orang perak. sejarah negeri sendiri pun hampeh tak tau apa.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. pak cik nih hebat juga ya berfalsafah. tak perlu ingat tarikh yang tepat, sekadar dalam lingkungan tahun dah okay kut.

    pasal cerita motor bergerak takda minyak tu, ada diorang buat short filem dua tiga tahun lepas. bukan motor la, tapi mitsubishi storm rasanya. haha

    ReplyDelete
  7. orang melayu kenapa suka sangat dengan cerita-cerita hantu yee agaknya?

    ReplyDelete
  8. Pak Hashim: Baguslah ada blog. Tulis dan susun entri elok-elok, lepas itu terbit jadikan buku.

    Marsli N.O

    ReplyDelete
  9. Marsli N.O
    Baguslah kamu naikkan semangat aku. Aku main main aje. Kalau boleh kamu bantulah aku.

    ReplyDelete
  10. pengalaman amat mahal harganya.
    terus menulis. bisa jadi rujukan generasi kemudian.

    ReplyDelete
  11. Pak Hashim: Judul "Titik Bukan Noktah" itu bagaimana? Masih ingat Pak Hashim ceritakan kepada saya sambil bersandar di dinding Volvo, di bawah rimbunan pohon, di hadapan bangunan Hospital Kuantan (yang lama)? Masih tinggal judul atau sudah selesai sebagai naskhah utuh?

    Aku bisa menyarankan sahaja dan pilihan terserah Pak Hashim sendiri.

    Marsli N.O

    ReplyDelete
  12. En. Marsli,
    Sebenarnya Titik Bukan Noktah tu dah jadi nobel. Saya beri pd Baharuddin CD untuk edit. Dia telah serahkan pada penerbit. Tak tahu siapa. Sampai sekarang senyap. Saya tak ungkit pun. Tak apa biarkanlah. Yang saya tulis ni, mungkin jadi synopsis untuk Titik Bukan Noktah yg baru. Itupun kalau sampai cita cita. Ha ha ha...

    ReplyDelete
  13. Salam , Pak.

    Pertama kali jumpa blog ni, terus kagum.
    Hebatnya.

    Pak Hasyim jangan berhenti menulis, kalau tulis lagi banyak pun, lagi bagus.
    Saya suka nak ambil tahu pasal cerita zaman dulu ni.

    ReplyDelete