Followers

Thursday, March 26, 2009

Sepanjang 44 - Mesyuarat Agung PPKM Caw. Lipis.

Tadi pagi 26hb Mac 2009, jam 9.00 pagi saya menghadiri Mesyuarat Agung PPKM (Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia) Cawangan Lipis di Dewan Serbaguna, Majlis Daerah di Benta, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Mesyuarat Agung yang dihadiri lebih 100 orang dirasmikan oleh Encik Fuad, Penolong Pegawai Daerah Lipis, mewakili YB Dato' Dr. Mohamad Shaharom bin Osman, DIMP.,AMP., Ahli Parlimen Lipis.

Ahli ahli yang hadir adalah terdiri daripada orang orang yang berusia 58 tahun ke atas. Semuanya kerepot kerepot belaka. Banyak yang pakai kopiah putih daripada yang bersongkok dan yang masih berkerol. Ada yang pakai tongkat pun.

Hari dah senja, wahai pak haji pak haji, mak hajah mak hajah, pakcik pakcik makcik makcik dan abang abang serta kakak kakak sakalian...

Apabila saya membelek belek kertas mesyuarat, langsung terbelek fasal Usul. Memang saya nak cari hal usul sahaja sebenarnya. Tiada usul kecuali usul daripada AJK sahaja. Bila saya tanya Setiausaha,"mana usul ahli?". " Buat usul tergempar, sebab dah malas nak minta ahli cadangkan usul, tak pernah jawab, buang masa sahaja", jawab Setiausaha. Saya pun diam.

Usul AJK: Bahawa mesyuarat Agung yang bersidang hari ini 26 Mac 2009 mengambil
ketetapan merayu kepada pihak Kerajaan agar mewujudkan semula Kem Pusat Latihan (atau apa apa sahaja yang sesuai) di atas Tapak Kompleks Kem Polis Hutan dahulu, kerana rasionalnya:
A. Tapaknya amat sesuai dan stratagik ( bersebelahan dengan Pusat Serenti Benta)
B. Dapat mengaktifkan kegiatan ekonomi penduduk sekitat Benta, khasnya
kepada peniaga kecil bumiputera.

Saya terus teringatkan satu usul yang pernah dicadangkan dalam satu mesyuarat Negeri di Temerloh setahun lalu. Usulnya membawa maksud, agar merayu pihak Kerajaan mengangkat Bahasa Melayu menjadi Bahasa Rasmi.

Pada hemat saya, patutlah Pak Lah dlm ucapan terakhirnya sebagai Perdana Menteri, supaya mengambil kira Order Lama / cara lama elok diganti dengan yang baru.

Orang orang tua yg masih tersasul hendak berpersatuan ini, rupa rupanya belum sedar diri mereka sudah tua, ganyut dan kerepot.

Untung baik, ada seorang Pakar Keluarga. Kesihatan dan permakanan di jemput memberikan ceramah.

Saya, selepas jamuan ringan yang saya tunggu tunggu, sapu punggung lalu belah, ha ha ha...

5 comments:

  1. Salam PakNgah,
    saya pun hairan , apa faedah pembinaan pusat latihan kepada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia tu, ada yg bakal berkerja disana kah ?

    Berapa yuran untuk menjadi ahli persatuan ini ?
    Berbaloikah dengan jamuan ringan yang disediakan hahahaha...

    ReplyDelete
  2. Pak Ngah,

    PPKM dan POP adalah benda yang sama kan? Sebeb saya selalu teringat arwah selalu menghadiri mesyuarat POP ini.

    ReplyDelete
  3. terra,salam...
    Orang Pencen (PPKM Caw.Lipis) tak tahu hendak menggunakan haknya dalam dalam melakar tujuan dan strategy, kerana semuanya org tua. Yuran RM10. setahun (biasa) dan RM50. bagi seumur hidup.

    Jadikah kamu hendak dtg. ke Lipis/Raub. Hubungi p,ngah bila sampai nanti.

    ReplyDelete
  4. bayam,salam...
    POP dan PPKM adalah sama.Persatuan bagi org pencen.Ahlinyapun belum sampai 10% dpd jumlah org pencen. Tak kuat langsung. Mmg aruah ayah kamu dulu orang kuat POP. tapi akhir akhir ini tidak nampak, yalah kerana uzur...

    ReplyDelete
  5. Pakngah,
    Insyaallah saya bertolak ke Lipis pada hari Ahad,
    Kalau tak menyusahkan PakNgah , saya akan ke Taman Permai pada hari Isnin atau Selasa .
    Saja cari hari bila PiPi tak ada kat rumah hahahaha...

    ReplyDelete