Followers

Sunday, March 1, 2009

Sepanjang hayat 24

Menongkah arus iv:

Sudah tiga tahun saya berada di Bentong. Tahun pertama, kedua kerap balik ke kampung, maklumlah buah hati pengarang jantung masih di sana yang saya tintakan sebagai 'puteri jeram' masih tidak luput dari kenangan. Ingatan terhadapnya terus menjadi igauan . Cikgu Amnah belum cukup intim untuk mengambil tempatnya. Keayuan cikgu Amnah yang berkulit sawo matang yang memiliki ke semua hak milik kewanitaan seorang perempuan belum benar benar pasti boleh mengatasi keunikan yg pada pada 'puteri Jeram' Begitulah andaian saya.

Apabila emak dan ayah membayangkan bahawa perhubungan saya dengan gadis kesayangan saya itu tidak cocok bagi mereka dan keputusan muktamad telah dimeteraikan bahawa hubungan kami hendaklah ditamatkan,maka saya terus tidak balik ke kampung hampir satu tahun lamanya, sehinggalah sepucuk taligeram diterima menyatakan emak kurang sehat. Rupanya kepulangan saya itu adalah satu helah semata. Disaat saat saya hendak balik semula ke Bentong, emakpun bersuara, "mak dah risik anak dara orang kg.Budu anak makwan Habsah, Rohani namanya. Emak fikir dan tengok gaya, rupa paras, budi bahasa, susuk tubuh elok sangat rasanya. Ini gambornya", kata emak lagi.

Sesungguhnya saya berada dalam deliema. Yang mana satu harus menjadi pilihan. Pilihan sendiri atau pilihan emak. Aduh!!. Dipersimpangan-sior jalan yg semakin buntu itu, saya lebih banyak mendiamkan diri, memendam rasa seribu bahasa dan meng-ia tidak dan menidakkan pun tidak, hingga emak berkata lagi, "Kalau auk menolak, malulah mak..."

Itulah ibu si Pipi dan sembilan lagi adik beradiknya. Selepas itu tiada lagi puteri jeram yang menjadi igauan dan tiada lagi cikgu Amnah yang berwajah ayu, kulit sawo matang mengambil bahagian dalam debaran dan gelora hidup saya malah saya akur dan redha sahaja melayari bahtera bersama isteri bernama Rohani pilihan ibu.

Tak lama selepas saya nkahwin puteri jeram yg bernama Bedah itupun kahwin pula. Cikgu Amnah lambat kahwin tetapi akhirnya berkahwin juga dan mengikut kata kawan kawan dia ditakdirkan menjadi isteri muda.

Di atas segala pengorbanan yang tak ternilai sebagai isteri dan ibu kepada sepuluh orang anak anaknya, karenahnya terus menerus tidak ada dan peratusnya terus di bawah par. Tahu sahajalah saya ini orang sering berurusan, sentiasa sebok dengan aktiviti persatuannya, politiknya , sosialnya dan berbagai lagi, sudah semestinya sifatnya seorang perempuan menyimpan curiga atau cemburu atau mempunyai sense of belonging yang tinggi. Akhirnya dia jatuh sakit lalu meninggal dunia di hospital besar Kuala Lumpur ketika berusia empatpuluh sembilan tahun. Allah yarhamah menghembuskan nafas terakhirnya dihadapan saya dan dihadapan anak anaknya, sebaik sahaja tanganya terlepas dari menggenggam tangan saya. Alfatihah...!

Itulah detik peristiwa yang paling sedih, bukan sahaja buat anak anak yang kehilangan ibu tempat bermanja malah saya juga. Kehilangan yang tidak ada tukar gantinya. Lantas saya bersendirian bersama anak anak selama dilapan tahun.

Segala kasih sayang yg tak terkumpulkan itu, susah senang bersama, menyelinap masuk ke alam fikir dan akal yang tak kunjung padam, memutuskan bahawasanya ibu si Pipi adalah seorang perempuan yang sempurna. Punya kesedarhanan melampaui sehingga dalam segala hal dan di dalam ertikata lain, pada hakikatnya diberi bukan kerana dia meminta, menolak bukan kerana tak sudi. Itulah isteri pilihan ibu.

Mengikut kata satu bidalan entah dari mana saya kutip dan entah dari mana saya baca dan yang sering saya ajukan kepada staf perempuan di pejabat bahawa seorang isteri adalah: " Berikan aku makan supaya aku tidak lapar dan dahaga, saluti tubuhku seadanya supaya aku tidak telanjang, aku sedia melahirkan anak anakmu" Apakah itu isteriku, ibu kepada anak anakuku, yang kami meterai selepas ijab dan kabul, yg bukan didahului oleh cinta?. Kami kahwin dahulu baharu cinta dan bukan cinta dahulu baharu kahwin.

7 comments:

  1. Salam Pakngah,
    sedih pula saya membaca entri kali ini, tapi sangat bermakna untuk jadi panduan hidup,
    Dr Fadzillah Kamsah selalu berpesan
    "Redha Allah ada pada Redhanya Mak Ayah kita"

    kadang - kadang kemelut yang melanda hidup adakalanya berpunca dari hubungan kita dengan mak ayah kita... terjaga kah kebajikan mereka ?
    kalau yang dah meninggal ? sudah putuskah doa , AL Fatihah dan segala amalan kebajikan yang mampu kita sedekah kan ?

    Memang beruntung lah PakNgah mendapat Makngah, namanya pun manis Rohani , lebih manis dari nama Puteri Jeram = Bedah ? :D
    Entri ini mengingatkan saya kepada kesetiaan mak kepada arwah ayah, dulu saya pernah curi - curi dengar perbualan orang tua, arwah ayah pernah kata mak saya ialah isterinya yang paling penyabar menghadapi karenahnya.
    Arwah ayah pernah kawin 3, tapi kawin cerai. Saya pernah jumpa 2 orang bekas isteri ayah, ok jer...orang dulu - dulu tak perlu bermasam muka jika mereka betul - betul faham istilah tiada jodoh...
    Cinta mak terhadap arwah ayah tak berbelah bagi ,arwah ayah menghembuskan nafas terakhir dipangkuan mak...pada umur 75 tahun.
    Ada juga yang berkenan kepada mak selepas ayah meninggal, tapi mak masih setia pada arwah ayah...

    wah... datuk dan nenek PiPi bijak juga dalam memujuk PakNgah balik... adakah zaman Pakngah dulu, orang berkahwin kebanyakkannya mengikut pilihan keluarga ? apakah peranan ayah Pakngah dalam hal ini ?

    memandangkan ada abang kepada PiPi yang belum kawin lagi, nampaknya selamatlah PiPi daripada menerima sebarang telegram atau SMS palsu
    hik..hik..hik..

    ReplyDelete
  2. haha kalau tak cinta masakan 10 produknya.
    tak begitu?

    ReplyDelete
  3. Alfatihah.

    Cerita Pakcik memang 'stail'.

    ReplyDelete
  4. Terra:

    Salam dari pakngah...

    Bukan semua orang macam pakngah dan tidak sedikit pula yg ikut kehendak hati. Tetapi pokoknya ialah jodoh. Kakak pakngah sendiri (maklong Maznah) kahwin kehendak sendiri tanpa persetujuan mak dan ayah, hidupnya dari muda sampai sekarang agak kurang sempurna, walaupun kekal dan punya anak cucu yg ramai. Dengan adik beradik sendiripun tidak berlaga abgin. Bukan pakngah ni baik sangat tetapi sekarang pakngah lah yg menjadi orangtua untuk menyelesaikan segala hal dan kerenah dalam keluarga.

    W'pun begitu, anak anak pakngah,mana yg dah kahwin, tiada seorangpun yg pakngah carikan atau "match-make". Baik lelaki mahupun perempuan. Jln.sempurna izinkan mereka lepas itu pimpin. Alhamdulillah.

    Ada 5 lagi anak pakngah yg belum kahwin, 4 lelaki satu perempuan. Abang si Pipi Zafrullah (Pu) dah 37 tahun langsung tak berkira nak kahwin, dah jadi bujang lapuk. Kerja dgn abang ipar, suami kakaknya yg sulung sebagai pembantu projek. Bukan dia tak mampu tapi entahlah..

    Seorang lagi abang si PP berhenti dpd. sambung belajar kerana dapat kerja. Skrng Technician di LKIM I.Pejbt.KL. Le ni si PP, pakngah kata lantak pi lah depa...

    Ayah pakngah l.k pakngah juga, banyak tak kesah dpd kesah, sebab itu anak anaknya tiada yg bersekolah tinggi. Yg ambil perhatian mak tapi buta kayu, harapkan mulut sje becok. ha ha ...

    Pakngah

    ReplyDelete
  5. Bong Hashim, saya telah copy and paste fasal Tok 4 Moyang 8, cubalah layari http://terombarawa.blogspot.com/

    Foto Bong masih hensem lagi, jauh muda dari saya.... mesti minum air rebusan akar kayu raja kayu kot...

    ReplyDelete
  6. Pak Arisel,

    Saya dah berkunjung ke laman sdr dan lain lain laman kenalan sdr. Semuanya kesah orang rawa. Wah! tapi kebanyakan entri sudah lama lama belaka.Macammana saya nak beri salam? ha ha ha...Mana blog chatting sdr? kalau ada boleh kita cit cat sikit.

    Selamat dan jumpa lagi...

    Bung Hashim

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kerana melayari laman dan blog saya. Memang benda lama kerana nak dizahirkan sebagai SEJARAH.

    Ruang chatting sengaja saya tidak pakejkan kerana tidak punyai masa yang banyak untuk jawab bualan sobat dan musuh.

    Bong boleh layari blog SEGUDANG IMPIAN: http://ariselba.blogdrive.com/ UNTUK CHATT DENGAN SAYA.

    ReplyDelete