Menongkah arus V.
Untuk persiapan bagi menghadapi hari pertabalan raja sehari, dimana manapun dan sesiapapun, apa agama dan apa bangsapun, rata rata adalah sama sahaja. Bentuk apa jua sekalipun sama ada duit ringgit, pakaian, kesihatan dan lain lain termasuk menghafal jawaban juru Wali semasa ijab & kabul kena diambil kira dengan sebaik baiknya. Demikian saya menyediakan persiapan yg sewajarnya itu dgn berjinak jinak dgn masjid, surau dan guru.
Saya sebentar lagi akan berpisah dgn keadaan sebelum ini yg penuh dgn pelbagai cara dan gaya hidup seorang remaja yg masih bujang yang seolah olahnya akan terus membujang selamanya. Jadi banyaklah saya belajar mengenai rukun hidup berumah tangga yg semestinya menjadi beban kepada seorang lelaki yg nanti akan bergelar suami, ayah dan seterusnya. Senior saya En. Bakar sering mengajukan bermacam perkara dan diantaranya termasuklah bagaimana memimpin sebuah rumah tangga, cara cara menyelami hati budi seorang perempuan yg bergelar isteri. Kata En. Bakar yg paling dibenci oleh seorang isteri ialah memimjam sesuatu dari jiran sebelah walaupun sesudu garam. Masya Allah! kata hati kecil saya. Apakah yg boleh menjadi pelenok (mengisi masa lapang) seorang isteri bila keseorangan dirumah sebelum dia berbadan dua dan seterusnya apabila sedang berbadan dua. Ada perkara yg tak boleh diabaikan, iaitu beban perlu yg tak mungkin boleh dibuat sendiri oleh si isteri atau dibuatnya juga sekalipun dgn bantuan suami, sedangkan hal itu adalah asas bagi sesebuah rumah tangga menjadi tanggungjawab penuh si suami. En. Bakar membebel sepanjang masa dan saya merasakan seperti kena ragging pula setiap kali berjumpa dengannya.
Setiap waktu maghrib dan Isya saya di masjid. Lepas maghrib kalau tidak ada kulliayah, saya akan berbual bual dengan maamum yg ada yg tak seramai manapun sementara menunggu waktu Isya masuk. Begitulah saya dan saya sudah banyak berubah kata kawan kawan. Diantara maamum yg tak seramai mana itu, ada seorang tua yg sering memerhatikan saya mula mula dari jauh dan semakin akrab lalu akhirnya menjadi guru saya dunia dan akhirat. Seorang yg agak kurus tinggi, berperwatakan lemah lembut, suaranya banyak di dalam dari yg lepas keluar, kurang bercakap tetapi mudah tersenyum. Itulah guru saya, Imam Ainuddin bin Long Talib orang dari kampung Janda Baik, pernah menjadi imam yg bertauliah dan banyak berguru di Berhala Gantang Temerloh dan berusianya lebih kurang 70 tahun.
" Ilmu itu ertinya tahu, tahu itu ertinya mengetahui dan wajib bagi kita tiap tiap yg mukallaf mengetahui supaya tidak jadi jahil, bukan sahaja jahil pada dirinya malah pada Tuhannya". mukadimah awal yang diajukan kepada saya membuat saya tersentak dan mengelamun beberapa jenak. "Awalluddin Makrifatullah"' katanya lagi yang bererti Awal Agama Mengenal Allah. Kenal Allah dahulu sebelum kenal agama, katanya sambil merenung jauh ke dalam mata dan hati saya. Tusupan kata katanya itu membuat saya berfikir dan bermenung beberapa lama, kerana itu adalah sesuatu yg baharu bagi saya, baharu dalam ertikata dari segala bentuk, baik fysikal mahupun mental. Justeru, saya berakad sebagai sifatnya seorang murid dan guru dengan menyusun jari sepuluh. Belajarlah saya dengannya untuk beberapa lama sehingga saya ditukarkan ke Kuala Lipis. Tidak berapa lama selepas itu saya mendapat tahu bahawa guru saya Imam Ainuddin bin Long telah kembali ke Rahmat Allah.
Bermula dari situ, saya terus belajar dan mencari dengan pelbagai guru yang boleh membimbing saya ke arah kesejahteraan yg sebenar. Saya masih mencari.
Dalam mencari:
makna
kejadian &
kematian
aku rindu pada kesempurnaan,
Aku masih mencari.
bait akhir dari sajak saya yg berjodol Aku Masih Mencari
Antology Puisi DPMP Kuantan 1984.
Bong, steady.... nostalgia dibuatnya. Ada joget lambak ke masa tu. Masa saya kahwin tahun 1975, orang kampung saya dari usia 4 tahun hingga 80 tyahun joget sakan hingga datang angin ribut, chelar....
ReplyDeletecamtuh rupanya persediaan nak kawin....
ReplyDeleteSdr Arisel ba,
ReplyDeleteSalam...
Joget lambak takade, tpi pencaragam kampung sampai ke subuh, waduh!! Masa berarak pengantin kena bertandu atas tengkuk. Nostalgia itu tak mahu ceritalah, malu ha ha ha...
Bung.
Salam Pakngah,
ReplyDeletesemalam saya tidur agak lewat juga,
hujan lebat sungguh diKota Bharu, sudah 3 malam.Pakngah menulis blog ini dipagi hari?
Adakah ilham mengalir laju selari dengan kesunyian malam atau kenangan yang lalu akan jadi lebih syahdu bila diimbas dalam kedinginan..
atau ianya sudah hukum alam, untuk susuk tubuh seusia Pakngah, lena sudah tidak berkira...
hahahaha... saya budak sains, tak pandai bermadah atau berpuisi. Agak sumbang ke lenggok ayat saya di atas ?
Saya setuju benar dengar Pakngah, lelaki yang lebih bebas bergerak dari perempuan, sepatutnya mengambil peluang mencari ilmu yang bermanfaat ,sebanyak mana yang mungkin dalam semua situasi.
Terra Ida,
ReplyDeleteSalam dari pakngah...
Hujan lebat di kuala tidak membanjirkan, tak ape.Sejuk sikit sbb skrg ni cuaca agak panas.
Ilham sentiasa ada, pendeknya kalau cungkil sedikit aje semuanya akan keluar. Segalanya macam masih baru. Susahnya cuma membuat ayat, menyambung ayat sbb pakngah dah lama benar tak menulis. Mulanya sepontan aje, lama lama jadi seronok pulak, tpi skrang pakngah berazam untuk menambah seberapa banyak entri yg boleh. Lebih lebih lagi ada kawan blog yg beri perangsang Klu badan sehat pakngah akan terus menulis.
Memang di usia pakngah ni susah tidur, itu mmg hukum alam. Sebenarnya mmg jadi amalan mengikut kaedah org mengaji diri kena kurangkan tidur, kurangkan makan, banyakkan memandang ke dalam diri.
Rutin pakngah, lepas solat subuh (wirid 1 jam) tidur semula. Bangun jam 9 pagi dan keluar kekadang bersama makngah ke pasar. Balik buka internet, tengok Malaysiakini, kok ada berita sensasi ( s.khabar stop membeli) lepas makan klu tak tidur sambung semula layar dari laman ke laman. Ptg keliling rumah kejap utk keluarkan peluh sikit. Malam lepas solat isya baru makan, makanan tak menentu, cukup dgn mee atau roti. Jam 10 buka internet tengoh blog, menjawab mana yg boleh kemudian terus menulis hingga jam 2 pagi baru tidur. Selain itu pakngah sdg membaca buku salasilah ( ada 5 buku) tak cukup kena cari lagi. Mungkin pakngah kena selalu prgi library utk dapatkan banyak maklumat minta tolong budak library (kawanPP) disana. Kekadang terfikir, pakngah tak boleh terus menerus begini, maknanya pakngah kena balik semula mengabdikan diri pada amalan Tarikat. Kawan kawan sepengajian banyak komplin, kata pakngah akan jadi orang lalai. Itulah pakngah sedang fikir. Nampaknya pakngah kena bijak atur masa.
Tapi apa hal dgn makngah, makngah juga komplin masa utk dia semakin kurang ha ha ha.
Sekian dulu.
Pakngah.