Followers

Tuesday, March 10, 2009

Sepanjang hayat 32



Kampungku Kampung Tersan.

Kampung Tersan adalah kampung tertua di Mukim Sega, Raub Pahang. Alasan saya ialah apabila saya baru baru ni menelaah atau mengkaji satu Salasilah atau Teremba atau Teromba atau Family Tree, peninggalan Bapak saudara sepupu saya bernama Zakaria bin Imam Ngah yang telah lama meninggal dunia. Berbulan bulan saya mengesan salasilah ini akhirnya saya dapati berada dalam simpanan anaknya sendiri Hamdan bin Zakaria, saudara dua pupu saya yang tinggal di Kampung Som dekat Damak Jerantut Pahang.

Orang yang mula mula membuka Kampung Tersan bernama Tok Mat Amin keturunan Tok Baginda Demu. Tok Mat Amin dan anak buahnya menyusur mudik Sg. Lipis dari Kampung Pagar, Penjom, Kuala Lipis, Pahang. Berhenti disuatu tanah pamah sebelah kiri mudik yang penuh ditumbuhi oleh perdu perdu buluh aur, lalu membuka kampung halaman di situ. Terus tempat itu dinamakan Kampung Tanjung Aur. Ke daratan Sg. Lipis yang ditumbuhi buluh aur itu dadapati pamah dan lembah, amat sesuai dijadikan sawah / paya padi. Lalu Tok Mat Amin mengajak anak buahnya menebas-nebang kawasan itu untuk dijadikan sawah/paya padi. Terdapat tanah masin yg di gelar jenud tempat binatang datang menjilat di situ. Tanah masin itu boleh menyuburkan semua jenis tanaman termasuk padi. Ke darat lagi terdapat dua alur air yang kemudiannya dinamakan Sg.Buluh dan Sg Ketiar, lalu kedua dua alur itu disatukan menjadi parit besar ala terusan terus ke Sg. Lipis. Terusan itulah yg membekalkan air ke sawah padi mereka. Sempena terusan itulah wujudnya sebuah lagi kampung bernama Kampung Tersan. Itulah kampung saya.

Kampung Tersan semakin besar dan penduduknya bertambah ramai, lalu wujudlah kampung kampung lain disekitarnya menjadikan sebuah kampung yang lebuh besar yang akhirnya bergelar Mukim Sega.

Bagi menjaga kepentingan dan kebajikan kampung Tok Mat Amin di lantik sebagai Penghulu sekaligus menjadi Imam dan Pawang. Bila dia meninggal jenazahnya di semadikan di atas bukit Kampung Tersang lalu dinamakan Makam Keramat Bukit Tersan. Kemungkinan besar semasa hayatnya Tok Mat Amin yang alim, warak dan banyak jasanya maka Almarhum Tok Mat Amin di takbir dalam firasat dan mimpi anak cucunya sebagai wali Keramat. Selepas itu ramailah anak cucunya berziarah ke makam tersebut, bertahlil dan berdoa malah ada yang membayar niat dan bernazar konon.

19 comments:

  1. Terima kasih, Pak Hashim memang seorang “atok “ yang hebat, walau pun saya tak dapat nak gambarkan macam mana Pak Hashim melayan cucu-cucu Pak Hashim tapi saya dapat rasakan bertapa riuhnya suasana di rumah Pak Hashim…. saya tumpang merasai keriuhan itu.

    Kat Lipis cuma satu yang saya suka..Pulut dan rendang hitam….dulu kedainya dekat
    Lorong jelai sekarang ni dengar kata dan tukar ke Station Bas, memang susah nak dapat di tempat lain……….semasa jamuan hari keputraan DYMM Sultan 2007 di Pekan, Pulut dan rendang Lipis mendapat tempat kedua hidangan menu santapan diraja...masakkan yang di bawa khas dari Lipis, barang kali Pak Hashim lebih arif tentang itu.

    Satu lagi makanan yang senang dapat di tempat lain tapi cara dan rasanya tidak sama seperti yang di jual di pekan sari Benta, Tapai yang di bungkus dengan daun keladi, begitu juga sayuran “ Keladi Kemehang “ yang ini lagi hebat sebab daun keladi di tempat lain tak sehebat “ Keladi Kemehang “ mungkin Pak Hashim dapat membuat penjelasan yang lebih mendalam kenapa Keladi di Kemahang tak “ Gatal “……….???????

    ReplyDelete
  2. Salam Pakngah,
    wah, klasik sungguh gambar Masjid Tersan umpama balai polis dalam filem 'Bukit Kepong'.

    Siapakah pakcik berdua di dalam gambar di atas ?
    Saya pun ada menyimpan gambar arwah Aki dan Wan, nanti saya cuba 'scan' dan tampalkan di blog saya...

    En Md. Suak,
    mengingatkan saya kepada karipap goreng berlada berintikan sayur di Sega, saya akan cuba jejakinya dalam penghujung bulan Mac nanti... harap - harap ketemu juga.

    ReplyDelete
  3. Salam Pakcik Hashim.

    Pertama sekali saya begitu gembira sebab Pakcik siarkan gambar Masjid. Untuk pengetahuan Pakcik, sudah lama saya hendak bertanya mengenai Masjid di Pahang, sudah lama saya tunggu peluang bahkan pernah juga saya maklum pada Pipi. Hehe. Tanpa berlengah lagi, kenyataan soalan saya berbunyi:

    Saya perhatikan di sekitar Pahang, banyak Masjid lama yang berdinding kayu yang senibinanya serupa. Ciri-cirinya ialah petak segi, berdinding kayu dan atapnya tirus tinggi tanpa kubah. Masjid ini kelihatan sama seperti Masjid lama di Kampung Laut yang kini berada di Nilam Puri, Kelantan.

    Kenapakah masjid-masjid ini serupa? Apakah ianya Masjid yang dibina kerajaan [JKR] waktu dahulu dan melambangkan kekayaan negeri Pahang iaitu dengan bahan binaan kayu?.

    Selain dari itu, Masjid bentuk ini sudah tidak dibina lagi, banyak sudah berubah. Faktor ekonomi telah menidakkan bahan binaan kayu tetapi setidakpun boleh lagi mengekalkan ciri-ciri Masjid lama tersebut seperti konsep binaan.

    Bagi saya, Masjid lama itu adalah identiti negeri Pahang.

    Itu sahaja Pakcik. Maaf jika menyusahkan Pakcik sahaja.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  4. Bong, mengenai Tok Baginda Demu tu, apakah orang yang sama dengan nama Tok Perak atau Tok Prak. Saya sedang dapatkan respon dari JARO Perak.

    ReplyDelete
  5. Dulu-dulu masa kecik selalu pergi Sega ketika hari raya ziarah moyang sedara.

    Sekarang dah tiada siapa-siapa.

    ReplyDelete
  6. Bong, Arwah Uwan pernah cerita konon nisan kubur Tok Muhd Amin tu dulunya melenggok-lenggok macam rentak org bertahlil. wallahua'lam.

    Tok Baginda Demu - Tok Imam Malek - Tol Muhd. Amin

    ReplyDelete
  7. Pak Hashim. Baiknya ditulis sebagai buku Sejarah Kampong Tersan. Tidak perlu terlalu tebal di peringkat permulaan, kukira kalau 50 halaman dicampur gambar-gambar sudah memadai sebagai permulaan. Kalau tidak dimulai, tiada siapa akan berbuat. Apa tidak bisa dihubungi mohon dana dari pihak Persatuan Sejarah Pahang?

    Marsli N.O

    ReplyDelete
  8. Md Suak, salam,....
    Bila kita bercakap tentang pulut dan rendang di Kuala Lipis, secara automatik terimbas ke wajah "Cross street" l.k tiga puluh tahun yg lalu. Tuan Hj.Mahmud dan Tn.Hj.Malik orang Minang yg membuka warong pulut rendang, gulai lemak ciliapi perut muda dan acar lada masak taucu. Itulah legenda pulut rendang K.Lipis yg menjadi kegemaran semua orang hingga ke Istana. Yang sekarang ini adalah saduran dpd resepi asal. Apabila kedua duanya meninggal pekerjanya yg bernama Zahari @ Ujang menjalankan perniagaan tersebut pun sudah pulang ke K.Pilah NS. Yg ada sekarang hanyalah percikan dpd resepi tersebut yg sudah banyak dipinda (modified) Namun klasik pulut rendah Hj.Mahmud masih teruja di Lipis.

    Waris Hj.Mahmud masih ada di Lipis iaitu Cikgu Hj. Zubir Mahmud dan lain lain sudah berpangkat besar.

    Daun keladi pembukus tapai, memanglah berasal dari Benta dan sekitarnya dr kampung Budu, Tualang Padang, Kemahang, Tg.Besar dan Jerangsang. Umbut keladi kemahang dari kampung tersbt di atas memang tidak gatal. Ianya hanya boleh dimasak dengan tempoyak "gulai masam tempoyak" Masalah tidak gatal boleh diketogari kpd dua phenomena.Satu saintifik ialah air yang datang dari banjaran Bukit Raya panjangnya dari K.Krau Jerantut ke Lengkong Bentong. Satu lagi ialah dongeng tradisional yg amat klasik. P'cik belum pasti untuk menceritakannya dgn detail. Tunggu dulu, p'cik akan kumpulkan cerita ini utk satu entri kelak.

    Pak Hashim.

    ReplyDelete
  9. Terra Ida, salam,...
    Masjid lama bekas tangan org kampung. Skrng udah berganti baru, gambarnya nanti P,ngah tampal kemudian. Yang berbaju singkat itu Hj.Mat Yasin waris terdekat kamu. Yg berbaju panjang itu bekas Tok 4 Kg.Tersan sepupu ayah p'ngah, waris keras Tok Mat Amin.

    Pakngah.

    ReplyDelete
  10. enamdegrees, salam...,
    Masjid lama kg Tersan bekas tangan org kampung dibuat secara gotong royong pd tahun 1941-42. Bahan kayunya dari hutan tempatan. Arkiteknya p'cik tidak tahu. Jika ada kesamaan dgn masjid masjid lain di Pahang, kemungkinan besar, banyak org kampung pada masa itu pergi menuntut / mengaji agama ke Kelantan, ke Kedah hingga ke Petani, membawa balik model tersebut. Itulah kebarangkalian masjid banyak yg serupa.

    Masjid ini telah diganti dgn yg baru dibawah Perancangan Luar Bandar (PLB) di atas tapak yg sama.

    Pakcik pernah bersembahyang sunat Tahyatul Masjid,dalam satu hari siang sebanyak 40 kali dalam 40 buah masjid, bermula dari Lipis, Raub, Karak, Mentakab/ Temerloh dan akhir di Jerantut.
    70% masjid baru selebihnya masjid berbentuk lama tetapi masih baru. Kelebihan dan rangsang atau seriau-nya takde pada masjid baru.

    Pakcik cadangkan supaya 6deg.dapat mengumpulkan gambar gambar masjid lama diseluruh neg Pahang @ Negara dan diabadikan ke dalam satu Blook dgn sedikit ringkasan cerita mengenainya. Pakcik rasa usaha ini sangat baik.

    Pak Hashim

    ReplyDelete
  11. Annapopp, salam...,
    Siapa moyang sdr kamu tu, dimana kuburnya dan siapa ayah dan emak kamu. Kalau ada klunya mungkin pakcik boleh kesan.

    ReplyDelete
  12. Arisel BA, salam...,
    Mudah mudahan kita dapat kongsi cerita mengenai Tok Baginda Demu itu. Tok Mat Amin, anak Tok Malik anak Tok Muhammad Salleh anak Tok Ngah Endik anak Tok Muhammad Ali Jaafar Sidek anak Tok Baginda Demu.

    Sila hubungi JOHN @ Hj.Saedan Hj Ibrahim, skrg ni di Rembau - Tel 0132466853. Dia kepingin memblog.


    SdrMarsli NO,
    Saya sedang menuju ke arah cerita kampung Tersan dan kampung sekitarnya serta salasilah keturunan orang orangnya.Nanti kalau sudah siap saya akan hubungi D'Zainuddin Jumaat dgn makluman kpd sdr.

    ReplyDelete
  13. Bong, saya dah hubungi Hj Saedon, dia jawab, selamat berjaya. Dia kirim salam kat Bong. Jika Haji Saedon ni dah nampak makrifatullah, lebih elok dia bersuluik di Surau Jeram Bangking, Dong, Raub.

    ReplyDelete
  14. Salam Pak Hashin dan Terra Ida,
    maaf, Gambar dua orang tua di atas kalau tak silap saya, di sebelah kiri ialah bapa saya Haji Bahauddin bin Ahmad, dahulunya pernah menjawat jawatan Penghulu Mukim Sega dan sekarang menetap di Sepang Selangor bersama kakak saya dan di sebalah kanan ialah pakcik saya Haji Ngah bin Ahmad, yang telah meninggal dunia pada tahun 2008.

    ReplyDelete
  15. Salam,
    Kalau pakcik ada simpan teromba Baginda Demu, ada tak di dlmnya catitan mengenai nama isteri Teh Fakir? Teh Fakir ini anak Abu Samah anak Imam Malik anak Mat Salleh anak Ngah Endik anak Tok Ali Jaafar anak Baginda Demu.

    ReplyDelete
  16. Saya ada baca dlm catitan arwah Aki Sahak Jeram Bangkin mengatakan Tok Ba ini isteri kpd Fakeh Khalifah Saka. Tok Ba bertiga beradik. Kakaknya bernama Mas Sara, yg kedua bernama Da Mahida dan Tok Ba. Apa nama penuh Tok Ba ini? Saya ingin sekali bertemu dgn Pakcik. Sekiranya senang dan tak keberatan, Pakcik boleh hubungi saya di ismail.maria35@gmail.com

    Bagaimana saya boleh hubungi Pakcik?
    T.Kasih. Wassalam.

    ReplyDelete
  17. pembetulan...
    yang berkacamata itu namanya pak lang yassin...
    yang di sebelahnya itu namanya tok4 keria (tok4 zakaria)

    ReplyDelete
  18. assalammualaikum.. saya ni mungkin generasi baru, tapi sempat la dengan Arwah tok4 keria tu.. terima kasih la kerana membuat blog yang macam ni. dan ada kisah2 sejarah kampung tersan. walau pun saya tidak berapa kenal dengan pakcik2 @ makcik2 yang ada dalam ni.. tapi saya sangat berbangga kerana dengan blog ni memberi rasa cinta kepada kampung. terima kasih kepada . Pakcik hashim. sila la ke http://www.facebook.com/Kg.Tersan , http://www.facebook.com/groups/KgTersan/430593356996252/?notif_t=group_activity

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Pak Ngah, maaf nak tanya tentang sejarah maqam di Bukit Keramat, Pahang. Dari mana boleh saya dapatkan informasi lebih lanjut?

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete