Followers

Tuesday, March 17, 2009

Sepanjang hayat 37 - Kuala Lipis tetap utuh dan intim.

Pejabat Daerah & Tanah Lipis dilihat dari hadapan Balai Polis Daerah Lipis.

Pejabat Daerah & Tanah Lipis

Sesuai dengan nama dan wataknya, Kuala Lipis khususnya bandar, bagaikan kelik kelik di kegelapan malam, bagaikan terhakis segala hak kepunyaannya, menjadikan ia gersang segersang gersangnya. Begitulah sangkaan orang yang kurang waras akal budinya.

Bagi saya Lipis amat intim, amat teruja dan masih belum tergadai semuanya. Ibarat seorang wanita yang kematian suami, ia masih terpilih dan terus teruja sebagai pemilik segala kecantikan, keayuan dan kewanitaan yang sebenarnya. Biarlah orang lain mengecisnya, biarlah orang lain mencemuhnya, biarlah orang menghinanya, biarlah. Kalian semua tidak tahu bahawa wanita yang bernama Lipis ini telah melahirkan beribu kelelakian dan beribu kewanitaan, dan warisan inilah sekurang kurangnya telah menaikkan nama Negeri Pahang yang kini berada di persada gah, segah gahnya. Kalian lupa pada Tok Gajah, kalain lupa pada Mat Kilau dan kalian lupa pada Tok Bahaman yg telah mempertahankan kesucian negeri ini. Kalian langsung tidak pandai berterima kasih. Saya sedih. Tetapi tak apa, ketiga tiga orang tua itu tidak pernah minta disanjung, tidak pernah meminta balas walau sekelumit apapun. Mereka telah mati dan mereka dimatikan.

Kalian tahu, bandar Lipis ini tanahnya hakmilik siapa? Pernahkah anak ciciknya meminta agar haknya dikembalikan? Siapakah yang memegang Hulu Negeri Pahang ini kalau bukan di Lipis orangnya? Itulah sebabnya Sungai Pahang tiada hulunya. Hulunya tetap ada. Kalau ada hilirnya pasti ada hulunya. Hulunya bersembunyi terus, ghaib pada mata orang awam ia malu pada orang jahil sebenarnya.

Apa yg kalian mahu dari Lipis? Lipis tetap mengizinkan. Cuba cakap, Lipis sedia memberinya. Kayu kayan? Hutan di Lipis tiada daranya lagi, habis kontang sekontang kontangnya, untuk siapa kalau bukan untuk kalian semua. Emas rial? Ambilkan sahaja dari Empang Jalih sana. Siang malam, pagi petang tanahnya di cambuk, digali, belum juga puas puas, untuk siapa kalau bukan untuk kalian semua. Hak keaslian ikan patinnya juga telah di songlap dan dipindah namanya ke tempat lain.

Yang hanya tinggal disini sekadar sisa sisa. Sebuah bandar kecil yang diapit oleh dua buah sungai dengan landscap yg berbukit bukit tetap segar dan indah, bangunan bangunan lama peninggalan orang putih yang di benci Bahaman tidak diperdulikan. Seperti bandar bandar lain punya ada, Lipis juga punya setesen keretapi, punya jeti bot dan perahu,punya makam dan jirat, pernah punya jel, pernah punya landasan kapalterbang dan pernah punya nama yg gah iaitu IBU NEGERI PAHANG.

8 comments:

  1. Salam pakcik,

    Saya ada beberapa kemusykilan kat sini.

    1) Betul ke takde sape yang tahu hulu Sungai Pahang. Sebenarnya lokasi dia di mana? (Saya memang tak tahu...)

    2) Siapa yang bukak Lipis? Rasanya bukan pihak Inggeris kan? Dan bagaimana Lipis mendapat namanya?

    3) Siapa pemilik Lipis yang pakcik nyatakan di atas?

    Terima kasih pakcik kerana bercerita mengenai Lipis. Lipis banyak kenangan untuk saya.

    ReplyDelete
  2. Salam Pakngah,
    Memori Lipis yang saya ingat hanya stesen keretapi itu sahaja...

    dan tiba - tiba saya rasa kepulangan saya ke Raub/Lipis , tak cukup untuk 2 hari...
    bila masa nak masuk Kg Sega - lawat Kubur Aki & Wan,
    Bila masa nak tengok perubahan stesen keretapi Lipis,
    Bila masa pula nak ke Raub ?
    Bila masa nak Ke rumah Pak Ngah ?
    Bila masa pula nak kerumah anak arwah
    makcik Azizan ?

    mak saya sebenarnya , ada rancangan dia juga, dia kata kalau boleh , alang - alang balik kg , biarlah lama sedikit. Saya tiada masalah, cuma tak mahir dengan suasana luar dari kelantan.
    Tapi nasib baik kereta Auto - Ya kereta auto bahan gelakan si PiPi itu .

    ReplyDelete
  3. Bobo Brazil,...salam,
    Kuala Lipis ialah Bandar Warisan Sejarah.
    Mengikut tulisan dalam blog Tinta Keris, Kangkong dan Zaini, cerita mengenai Lipis agak berfakta dan baru. Daripada kesah Jelai Purba, kawasan takluk Orang Kaya Indera Maharaja Purba Jelai (OKIMPJ) meliputi sepanjang Sg.Jelai ke hulunya hingga ke sempadan Perak & Kelantan. Ke hilirnya mudik Sg.Tembeling. Bandar Lipis didiami oleh Wan Daud bergelar Orang Kaya Haji yg sepatutnya menjadi OKIMPJ selepas Wan Ali, tetapi mati dibunuh.

    Nama Lipis mengikut Blog Zaini berasal dari sejenis tumbuhan dikenali sebagai Serau Lipis
    (Pavetta Indica). Sebenarnya banyak andaian nama Lipis dan panjang ceritanya. Saya tak mahu komen. Kematian Orang Kaya Haji sewaktu Residen British Hugh Clifford menduduki Lipis, dipercayai ada satu komplot rampasan kuasa, saya kurang pasti dan tak mahu komen.

    Hulu Sg.Pahang mengikut Sejarah Pahang ialah pertemuan Sg.Jelai dgn Sg. Lipis. Sg.Pahang tiada hulunya cuma orang yang arif lagi bijaksana dalam ilmu kebatinan dan Alam ghaib sahaja yang tahu. Ini pun saya tak mahu komen,sebab ia melibatkan ilmu Usulluddin dan Tasauf serta kaji diri.


    Tulisan saya dlm entri itu hanya sebagai satu provokasi sahaja untuk melihat sejauh mana komen orang lain. Nampaknya tidak ada.

    ReplyDelete
  4. Ida, salam....,
    Betullah tu, alang alang balik kampung biarlah lama sikit. Berkenalan dgn sdr mara bukan dlm masa sejam dua. Duduklah barang seminggu, barulah puas.
    Kalau susah sangat talipon Pipi biar dia bawa kereta tunjuk jalan. Jangan lupa bawa camera, ambil gambar orang kampung, bandar Raub, bandar Lipis dan stsn K'api juga. Rumah P,ngah ada dua bilik kosong, boleh saja bermalam di Lipis. Bawa kereta p,ngah kurang ceregas, dekat dekat bolehlah. Ok terra.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Lipis pernah jadi ibu negeri pahang? Alangkah butanya sejarah saya. Kenapa sekarang Kuantan? Kalau-kalau pakcik tau.

    ReplyDelete
  7. Salam

    Pakcik kenal ke dengan OKIMPJ? Pakcik tak perasan ke sejak meninggalnya Tok Raja masa tahun 1991, itu la titik perubahan jadi kontangnya hutan Lipis?

    Saya diberitahu tender-tender mula dihantar setelah mangkatnya Tok Raja pada tahun itu. Semua kontraktor dah tak sabar nak meratah bumi Lipis. Kalau pakcik perasan la. Bagi saya memang marah, saya tahu Tok Raja waktu itu memang pantang orang merosakkan kawasan hijau Lipis. Sekarang tengok la apa jadi. Banyak dah ditarah. Paham sendiri la siapa bolot, kaum2 kerabat yang berkepentingan la.

    ReplyDelete
  8. as,kum tumpang tanya boleh cerita tak siape sebernarnya tengku wong kenapa bila sebut je pasal hutan kat lipis byk org ckp tengku wong punya

    ReplyDelete