Followers

Sunday, March 29, 2009

Sepanjang hayat 47 - Orang Bujang II.

Suatu waktu saya solat 'asar di pondok Pak Lah seorang diri. Masuk rokaat yang ketiga, saya terdengar bunyi kerbau sedang berjalan dalam lumpur selut. Bunyinya ialah bunyi kerbau beberapa ekor berjalan dalam lumpur selut. Jelas bunyinya. Saya teruskan sembahyang kerana bunyi seumpama itu adalah biasa. Selesai sembahyang dan menyalin pakaian, saya memerhati keluar kok kok kerbau tadi masih ada. Tak nampak, lalu saya turun dan memerhati sekeliling. Memang tak ada. Dalam hati berkata, mana ada selut di sini, padang kering. Aduh! pelik juga.

Bila saya tanya Pak Lah selepas itu, jawabnya tak ada, tak ada kerbau di sini. Jadi sahlah bunyi tadi itu bukan kerbau. Tetapi bunyi apa...Kemudian Pak minta saya tidur seorang diri di pondoknya waktu malam. Maaflah Pak Lah, takut saya. Confirm saya tak berani.

Suatu waktu, Pak Lah, saya dan seorang kawan lagi Mat Ali bersunyi sunyi dalam sebuah gua di Chegar Perah. ( Kawasan ini dari Chegar Perah sampai Gua Musang memang banyak gua). Kami pilih Gua Merah dan tidur di situ 3 ke 4 malam. Kami bersunyi sunyi di situ, bersolat, berwirid dan berzikir. Bayangkan di dalam gua yang gelap gelita, berbau hapak dengan najis kelawar. Kurrr semangat. Kami memilih lubang yang hampir dengan pintu besar dan dapat sedikit cahaya matahari bila siang hari. Masa tidur Mat Ali tidur di tengah, rupanya dia lagi takut dari saya. Tempat solat kami jauh sedikit dari tempat kami tidur dan tempat memasak. Suatu petang kami pergi mandi ke alur kecil kurang lebih 200 meter dari gua itu. Selepas mandi dan berwuduk, saya tertinggal cincin yang saya sangat sayang. Aduh! saya menggelabah. Pergilah ambil, kata Mat Ali. Hati di dalam ragu ragu sedikit. Takutlah tu. Ah! biarkanlah, esok ambil.

Tiba tiba selepas solat Isya' di masa kami akan memulakan wirid dan zikir, saya meraba tasbih saya dan dalam longgokan tasbih itu, saya terasa sesuatu. Apabila saya ambil dan suluh dengan api lilin, rupa rupanya cincin saya. Saya mengucap syukur. Masya Allah...

3 comments:

  1. Saya suka citer pakcik...teruskan....nanti bila2 senang saya nak berkongsi citer..pelik2 tapi benar ni,kerana saya pernah dapat sesuatu 'pemberian'....

    ReplyDelete
  2. hai,salam......
    Bagus sangat. Pemberian ialah satu anugerah. Bukan senang dapat anugerah. Org pilihan saja ygg dapat. Nanti dlm entri saya selepas ini,saya akan cerita mengenai anugerah.

    ReplyDelete